Tuesday, March 19, 2013

Gold Coast : Day 1

Currumbin Wildlife Sanctuary

Catatan 8 March 2013

Alhamdulillah diberi Allah kesempatan untuk melancong sekali lagi. Destinasi kami kali ni Gold Coast Australia. Air Asia ada tiket promo bulan September tahun lepas. Tak lepaskan peluang aku terus sambar cepat-cepat sebelum kehabisan. 

Plan tiket aku dah bagus iaitu pegi masa cuti sekolah kanak-kanak berdua ni. Apa boleh buat, tetiba aje cuti sekolah dianjakkan ke hujung March. Terpaksalah aku bagi cuti sendiri kat depa ni.

Maka setelah sekian lama, pada hari khamis kamipun bertolak dari Manjung menuju ke KL. Untuk kali ni aku decide letak kereta di parking lot Hotel Royale Bintang. Selamat, berbumbung dan kadarnya cuma RM15.00 sehari. Dari hotel ni terus kami amik teksi ke KL Central...tidak berlengah mengambil Skybus menuju LCCT terminal.

Sampai di LCCT sempatlah lagi makan, solat maghrib sebelum check in. Pukul 9.45 malam Air Asia Airbus departure menuju Coolangatta Airport dan penerbangan mengambil masa 8 jam. Macam 2010 dulu makan nasi lemak Pak Nasir sekali lagi.




Coolangatta Airport

Pesawat mendarat di Coolangatta airport lebih kurang 7.20 pagi waktu Gold Coast. Lega sungguh pasal airport immigration langsung tak periksa lugage kami. Dia sekadar bertanya apa yang aku bawak. Aku explain semua yang aku declare dalam form masa dalam flight tadi......terus dia suruh jalan. 

Suasana agak nyaman maklumlah sudah masuk musim luruh. Dalam mengantuk-ngantuk tu terus aku menuju ke kaunter Budget Car Hire, settle kan booking aku.

Untuk penggunaan 6 hari kereta Hyundai Elantra Auto yang masih baru ni, AUD 275.00 dikenakan. Lesen memandu memang tak de hal sebab staf-staf budget ni dah biasa sangat dengan lesen dari Malaysia dan tak perlukan sebarang translation pun.  

Aku memang dah decide untuk bertawakkal aje kali ni dan tak amik sebarang Reduction Insurance. Sebelum ni aku cadang nak amik aje dari Cut Price Rental yang lebih murah, tapi baca macam-macam komplen kat Trip Advisor pasal depa ni terus aku cancel. 

Destinasi pertama lepas dapat kereta Currumbin Wildlife Sanctury. Dengan adanya GPS, senang je nak cari tempat ni yang begitu hampir dengan airport.

Tiket masuk untuk 2 Adult + 2 kids AUD 131.00. Dalam sini memang sesuai naik keretapi (kecuali ada yang tenaga lebih nak berjalan) sebab tempat-tempat yang dituju memang jauh satu sama lain.

kenangan bersamamu......Currumbin Wildlife Sanctuary

 Tempat mula-mula kami turun tu dekat bird show,


Hebat.....memang luarbiasa bird show ni. Entah ilmu apa mat saleh ni pakai burung-burung tu semua sungguh mendengar kata. Suruh buat apa pun boleh. Lagi hebat burung yang boleh sambar makanan tak kira macam mana dibaling sekalipun. Sungguh cekap. 

Pekerjanya pun nampak sungguh komited dalam melatih burung-burung ni dan aku agak depa mesti sayang akan mereka, siap ada nama masing-masing.  


Lepas bird show ni, pegi tengok Koala pulak. Memang betul dia ni pemalu dan kaki tidur. Tapi memang dah rezeki, kat kandang sebelah kami terjumpa beberapa ekor yang tengah makan. Subhanallah, Sungguh comel Kaola ni. Tengok dia aje dah rasa seronok. Itu belum pegang lagi.



Nampaknya kaola ni lagi pemalu dari sesetengah anak dara zaman sekarang yang selamba aje jelir lidah dan upload kat fb

Next kami ke show mengetam bulu biri-biri. Walaupun show ni fun dan pengacara pandai buat lawak, tapi kami kesian la pulak tengok kambing biri-biri tu habis tinggal togel.



Seterusnya kami naik train lagi dan berhenti di next stop yang favourite iaitu tempat tinggal kangaroo. Wow....sungguh seronok dan amat puas hati dapat bermanja-manja dan bagi makan kangaroo. Kangaroo ni sangat hensem rupanya.

Tak sangka aku binatang ini betul-betul jinak, seakan-akan kucing. Alangkah seronoknya dapat membelai-belai tengkuknya, dan memeluk-meluk belakangnya.




Seronok pulak tengok telatah takut-takut anak mat saleh yang comel ni nak bagi makan kangaroo




Dalam banyak banyak kangaroo ni...dia ni lah yang paling aku suka

Tak ketinggalan jugak bagi makan burung unta....tapi bebudak ni suspen sikit takut tangan kena patuk, maklumlah muka burung ni nampak garang

Kangaroo ni selamba je tidur merata rata...terbongkang pulak tu





Ini masa naik keretapi nak balik...Lama jugak kami habiskan masa kat tempat kangaroo ni. Sayang aje nak tinggalkan tempat ni.

Keluar aje dari Currumbin Wildlife, kami menjenguk Currumbin beach yang terletak berdekatan. Suasana pantai sungguh nyaman dengan tiupan angin dingin.


Seronok kalau dapat melepak-lepak lebih lama tapi perjalanan harus diteruskan sebab semua orang sudah letih maklumlah mengharungi 8 jam dalam flight dan beberapa jam pula di Currumbin sebentar tadi. 


Keluar dari pantai ni, masa on the way tu ternampak ada sebuah Asian Supermarket...apa lagi terus singgah beli udang, ikan, sayuran dan lain-lain. Perjalanan disambung lagi menuju ke Surfer Paradise. Walaupun The Shore tiada dalam GPS, pakar GPS aku Arif Haikal set-up GPS ke Surfer Paradise. 

Dari jauh dah nampak tulisan besar SHORE menandakan kami sudah tiba di Apartment The Shore yang aku tempah ini. Keluar dari kereta bebudak ni ketawa dan sungguh gembira sebab depa ni tak pernah rasa tiupan angin sekencang ini. Beg beroda pun tertolak laju ke depan. Satu pengalaman baru.

The Shore ni receptionist dia semuanya opah-opah belaka. Kami ditempatkan di bilik 114 yang sungguh selesa. Walaupun boleh nampak laut........ini bukan bilik Ocean View yang dijanjikan. Next day aku request pindah ke bilik Ocean View pulak di tingkat 2.

Dua-dua bilik ada kelebihan. Bilik tingkat 11 lebih baru tapi view laut tu cuma boleh nampak dari tingkap tepi. Bilik ocean view ni pulak agak klasik tapi pemandangan dia memang superb. Apapun sungguh selesa untuk tidur, masak dan berehat. Tak perlu aircond sebab angin dingin sentiasa masuk bila bukak tingkap.


Apartment masa hari pertama ni ada 1 bilik...kat hall ada sofa panjang yang sangat selesa untuk bebudak ni tidur

Gambar atas dan bawah ni view dari dalam bilik tingkat 11


Lega rasanya dapat berehat di sini. Untuk hari pertama ni, makan malam kami adalah nasi putih, tomyam udang dan sayur-sayuran, telur dadar dan ikan lengat. Sedap..

Tuesday, February 19, 2013

Teluk Batik vs Vale

Isnin lepas pegi Teluk Batik. Lama jugak tak sampai sini.......sesekali kena ulang, macam renew lesen le pulak. Pantai masih cantik macam biasa cuma aku tak puas hati dengan Majlis Bandaran yang tak buat kerja. Sampah berlonggok-longok dan nampak sungguh kotor. Tak sesuai dengan nama Teluk Batik yang agak famous ni.   

Depa ni kalau nak kutip cukai atau saman kereta cepat aje buat kerja.........malah masa nak saman parking tu bukan main terkocoh-kocoh. Tapi bila time buat kerja..hampesss..macam kutip sampah kat rumah aku jugak..kadang kadang berhari hari tak di angkutnya.


Satu lagi yang membimbangkan aku ialah Projek Vale di Teluk Rubiah. Dari tepi pantai Teluk batik ni dah nampak jeti Vale yang sangat panjang sehingga ke tengah laut. Vale ni sebenarnya projek construction kilang pemprosesan bijih besi berskala besar.

Ownernya dari Brazil dan projek ni dah ditolak banyak negara kerana bahaya yang mungkin timbul kesan dari operasinya yang tidak terkawal. Ntah macam mana boleh di bina di Teluk Rubiah ni. Ada lah yang tak kena tu....!!!! benda bahaya macam ni pun boleh approve?. 

Tak kira macam mana usaha Vale cuba nak meminimakan kesan pencemaran, aku pasti Pantai Teluk Batik ini akan merasai kesannya bila kapal-kapal pengangkut bahan mentah bersaiz gergasi akan mula memasuki perairan ini. Pasti ada tumpahan minyak dan bahan-bahan pencemar merosakkan keindahan yang ada ini.


Dulu masa mula-mula TNB Janamanjung di bina kat sini, semuanya nampak ok. Tapi lepas beberapa bulan beroperasi........bila aku ke pantai Teluk Rubiah, suasana benar-benar berubah sebab pantainya dipenuhi sisa-sisa arang batu yang tertumpah dari barge yang mencemari kawasan sekitarnya. Langsung tak de selera nak mandi laut lagi. Akhirnya seluruh kawasan pantai Teluk Rubiah itu diambil-alih oleh Vale dan pencemaran yang lebih besar bakal berlaku dan kali ini pasti melibatkan Teluk Batik pulak yang bersebelahan aje.


Sakit hati aku tengok semua ni. Macam ni ada lebih baik aku pindah aje ke New Zealand lagi bagus....hahahhaa......persoalannya ada ke kerja kat sana...??

Tuesday, February 12, 2013

Sahabat Lama



Sabtu lepas masa aku dok shopping-shopping kat AEON Seri Manjung tetiba ada orang tepuk bahu aku. Terkejut aku rupanya sahabat lama aku kat UKM ni, Berahim namanya. Dah 20 tahun tak jumpa member ni. Rupanya dia baru balik bercuti di Cameron Highland. Singgah sekejap kat Teluk Batik.   

Seronok jugak jumpa sahabat lama yang dulunya kaki buat lawak dan dok merapu masa sama-sama struggle nak dapat selesaikan course Chemical Engineering.

Update : Aku baru aje terima berita member satu kamsis KIY (Kamsis Ibrahim Yaakub) - Osman Saad telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Alfatihah. Dia ni budak Kedah. Dulu selalu aje main chess dan sepaktakraw dengan aku. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah. Begitulah kehidupan ni. Tahun-tahun kebelakangan ni ada aje aku terima berita yang macam ini tentang member-member sebaya. Entah bila giliran aku pulak. Ya Allah kembalikanlah hambaMU ini dalam keadaan beriman dan mendapat redha dariMU.

Monday, January 14, 2013

Ulu Licin Here We Come

6 Jan 2013


Minggu lepas tetiba aje dapat notis dari TNB yang taman aku tak de elektrik pada 6 Jan, Ahad dari pukul 9.30 pagi - 9.00 malam.

Tapi bila sampai waktunya aku pun dah tak ingat pasal takde eletrik tu...sehinggalah  sampai pagi ahad, aku tengok ada lori besar TNB kat sebelah rumah aku. Alamak baru teringat balik pasal notis tu...apa nak dibuat kalau suasana panas macam ni, mesti boring punya. Terus terfikir aku apa kata cari tempat yang sejuk macam Ulu Licin ni, terus ajak depa.....aku tau depa mesti tak menolak punya. Dah setahun lebih aku tak datang sini.

Rupanya walaupun supply potong, TNB dah back-up dengan mobile generator untuk seluruh taman. Maknanya letrik tetap ada dan tak de la panas nanti.....akan tetapi takkanlah aku nak cancel plan mandi manda ni ...........apa lagi....jalan!!!  Lagipun bunyi generator kat sebelah ni agak bising jugak.

Segar dan jernih

Seronok depa mandi

Anak aku ni memang suka cuba benda-benda baru.....macam solat dalam air ni

Dapat berendam kat sini memang seronok.....cuma tak tahan dia punya sejuk tu


Kali ni bersiap cepat-cepat...risau gak kalau kalau lewat sangat nanti tak puas mandi kot kot hujan. Capai dapur kecik aku tu dan bawak apa yang ada dalam peti ais masa tu. Ada ketam, ayam dan ikan. Minuman pulak air kelapa hasil dari pokok sendiri..kebetulan sehari sebelum tu dah kait kelapa, jadi ada lagi separuh yang berbaki.

Kali ni kami kena cari port baru lagi atas dari tempat biasa nampaknya...bukan apa sebenarnya tempat yang biasa kami pegi tu pokok besarnya dah tumbang...tak redup lagi dah. Tempat baru ni nampak macam best siap ada gazibo besar untuk berteduh kalau-kalau hujan. Ada bangku tepi air lagi......santai. 

Memang lagi sempoi rupanya kat sini hahahahaa..Makanan semua tu walaupun sekadar goreng goreng aje....kalau tempat macam ni kompom sedap...siap ada sambal belacan lagi......ketam goreng ni terasa sungguh manis dan bersari.