Wednesday, December 11, 2013

New Zealand : Day 5

Catatan 25 November 2013

Queenstown - Te Anau - Milford Sound

Perjalanan hari ini agak jauh. Tempat tujuan adalah Milford Sound dan Te Anau sebagai tempat persinggahan. Aku memilih tidur di Milford Sound dengan satu matlamat iaitu tak perlu rushing dari Te Anau pepagi buta sebab aku dah booking tiket cruise pukul 9.15 pagi esok. Lagipun kebiasaannya waktu pagi ada heavy traffic kat homer tunnel.

Cuaca agak mendung pagi ini diringi hujan rintik-rintik. Lepas sarapan pagi dan mengisi minyak, kamipun memulakan perjalanan.

Kambing putih kepala coklat


Perjalanan lancar dan pemandangan masih cantik macam biasa cuma kami merindui langit yang membiru. Setelah 4 jam lebih kami akhirnya tiba di Te Anau. Comel pekan di pinggiran tasik ini. Tasiknya pun cantik, cuma airnya kurang biru dalam cuaca sebegini.



 



Untungla depa ni rumah mengadap Lake Te Anau

Waktu makan tengahari sudah tiba. Maka kami pun mulalah meninjau-ninjau tempat yang sesuai untuk memasak. Ada banyak tempat sebab camping/parking campervan memang dibenarkan di pinggiran tasik ini tapi pada waktu siang sahaja. Waktu malam dilarang dan mesti parking di Holiday Park yang berhampiran.

Cari punya cari akhirnya terjumpa satu kawasan sesuai....




Menu hari ini adalah ayam masak lada yang dimasak oleh Masterchef Am (aku ler tu) dan roti garlic special request Haikal. Sejuk-sejuk macam ni memang makin selera nak makan.


Kat kawasan ni  jugak ada kemudahan bilik air, tempat mengisi air tanki dan membuang air dari sinki secara percuma dan tak perlu ke Holiday Park untuk tujuan itu. 

Lepas makan kami masuk kejap ke sebuah kedai souvenir. Harga barangannya tak lah berapa murah, jadi beli sekadar yang patut aje. 


Aku masuk kejap ke I-Site Te Anau bertanyakan keadaan jalan ke Milford Sound. Petugas kat dalam tu bagitau jalan ke sana ok dan tak de sebarang masalah. Lega.....sebab ada jugak aku baca kat internet ada pelancong yang terkandas di Te Anau ni akibat tanah runtuh.

Te Anau Garden

Wajib mengisi minyak sampai penuh kat Te Anau ni sebab lepas  ni sampai ke Milford Sound pergi-balik memang tiada sebarang stesen minyak. Jadi kalau tak mau tolak campervan, pastikan jangan terlepas perkara yang sangat mustahak ni.

Kami teruskan perjalanan ke Milford Sound. Oleh kerana Milford Sound ni takde dalam GPS, saja aku sertakan di sini kordinit GPS yang tepat untuk sesapa yang terbaca blog aku ni. Kordinitnya :

DDDecimal (WGS84) : -44.671535, 167.925610

Decimal Minutes (GPS) : S44 40.29209 E167 55.5366

Degrees Minutes Seconds : S 44° 40' 17.5254", E 167° 55' 32.196"




Dalam perjalanan kami singgah sebentar di Mirror Lake yang terkenal dengan reflectionnya itu. Sayangnya reflectionnya tak berapa menjadi disebabkan cuaca berangin dan air pun tak tenang.


Walaupun airnya jernih tapi tak dapatlah reflection tulisan 'mirror lake' tu. Takkan le aku nak tunggu sampai angin berenti pulak jawabnya sampai esok la terbenam kat sini




Berenti kejap kat air terjun biru ni

Sambung lagi perjalanan sehingga sampai ke Homer Tunnel. Traffic lightnya sekejap aje sekitar 5 minit. Suasana memang berkabus tapi masih lagi boleh nampak gunung-ganang hebat di sekitar kawasan ini dan beberapa glacier yang masih membeku. 

Bagi aku Homer Tunnel dan simpang siur kawasan ini taklah menakutkan sebagaimana gambaran sesetengah pelancong. Ok aje bagi mereka yang biasa memandu.





Tak lama lepas Homer Tunnel kami pun tiba di Milford Sound Lodge. Untuk pertama kali aku mengambil power campervan site sebab masa nak booking lodge ni dah penuh. Kami ok aje, lagipun inilah satu-satunya malam nak merasa tidur dalam campervan.

Milford Sound Lodge ni under rennovation rupanya, dan kami diberikan site No 5. Sebelah kami ada banyak Motorhome yang besar-besar dan jiran kami campervan Jucy. Parking aje elok-elok terus aku sambung soket dengan power yang disediakan kat post khas di petak yang sama. Oleh kerana agak sejuk terus aku pasang heater. 

Satu hal Milford Sound ni memang banyak nyamuk. Mujurlah nyamuk ni tak menyerang waktu malam. Selamat. Siang aje dia ada, banyak jugak. Tapi tutup aje pintu campervan selesai le masalah ni.

Kemudahan kat sini memang ok. Bilik air yang lengkap dengan toilet dan shower untuk kegunaan ramai. Cuma kena jalan kaki sikit le dalam sejuk sejuk tu tak macam kat hotel atau motel. Shared kitchen, washing machine pun ada kot-kot nak guna.

Maka lepas makan spagheti sup malam tu, kami pun menyusun dan mengemaskan katil. Tidurlah kami sekeluarga di dalam campervan ini sementara menantikan masa menyertai aktiviti kesukaan ramai iaitu bercruising di Milford Sound esok. Mudah-mudahan cuaca baik. InshaaAllah.

New Zealand : Day 4

Catatan 24 November 2013

Glenorchy dan Sekitar Queenstown

Ada hujan renyai-renyai pagi ini dan suasana agak dingin. Apapun plan untuk menerokai laluan ke Glenorchy yang juga merupakan salah satu lokasi filem Lords of The Rings tetap akan diteruskan.

Bangun pagi-pagi dapat tengok view macam ni...memang la best...kalaulah hari hari begini

Serba sedikit tentang Glenorchy :

Glenorchy is a small settlement nestled in spectacular scenery at the northern end of Lake Wakatipu in the South Island region of Otago, New Zealand. It is approximately 45 kilometres by road or boat from Queenstown, the nearest large town. There are several pubs, a café and a range of small shops in the town catering mainly to tourists but also to the small resident population. There is also a small airstrip which caters to small planes

The local scenery received worldwide attention when it was used as one of the settings in the first of Peter Jackson's Lord of the Rings films. The scene where Boromir was slain and leant near a tree, Lothlórien and Orthanc were a few that were shot in Paradise. Vertical Limit, X-Men Origins: Wolverine, and The Chronicles of Narnia: Prince Caspian were also filmed in the area.

Dekat nak start perjalanan, hujan pun berhenti. Alhamdulillah. Aku memandu dengan tenang di sepanjang laluan ini. Kereta pun jarang-jarang ada maklumlah masih awal pagi. Sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan pemandangan persisiran lake Wakatipu yang tetap indah sekalipun cuaca agak mendung.

Sesekali aku berhenti singgah bila terjumpa lookout atau spot yang menarik untuk mengambil gambar.

Tak lama kemudian aku tengok makin ramai pelancong mula tiba ke laluan ini. Ada dengan bas, kereta dan ada juga dengan Motorhome.



Kira-kira 45 minit perjalanan kami pun tiba di Glenorchy dan kami ke spot paling utama iaitu jetinya. Aku tengok ramai mat saleh ahli kelab kereta antik baru aje selesai mengunjungi jeti. Bagus….giliran kami pulak.






Seronok bersantai-santai di sini cuma suasana sangat sejuk, cakap pun keluar asap. Setengah jam kemudian kami pun beredar ke sebuah stesen minyak berhampiran.

Tujuannya nak tambah air dalam tangki campervan. Walaupun free segan le nak buat selamba aje, jadi aku pun beli satu poskad Glenorchy dan potato chips. Orang berbudi, kita berbahasa.

Depan stesen minyak

Selesai isi air, kami teruskan perjalanan menuju ke arah Glenorchy Paradise Road. Kawasan ni agak cantik jugak, tapi kami pergi setakat Routeburn Road saja bila mengenangkan ada lagi aktiviti yang menanti di Queenstown.

 
Dah lama baru aku perasan yang jambatan ni ada dalam cerita X Men Wolverine

So lepas sikit dari ladang ni, kami pun patah balik menuju ke arah Queenstown semula.....






Waktu memasak sudah tiba jadi aku reverse aje campervan ke satu spot berpantai yang landai dipinggiran tasik. Ada sungai kecik pulak tu. Lagi best.

Nampaknya menu chef Nora hari ini nasi goreng ditambah dengan dadih jagung.

View dari dalam campervan

Anak sungai ni sangat jernih dan agak dalam



Tengok depa basuh pinggan ni teringat iklan Fab dulu dulu : " membasuh begitu teruk sekali ?" "Dah terpaksa, lihatlah kotoran ni "... Basuh-basuh jugak, tapi sampah dan sisa makanan tak bolehlah buang dalam tasik yang cantik ni.



Selesai makan tengahari kami gerak ke Queenstown semula dan terus menuju ke Skyline Gondola. Banyak kereta la pulak sampai penuh parking. 

Cari punya cari terjumpa parking tak jauh dari kawasan kubur. Kubur pun kuburlah....janji boleh parking. Lagipun free.

Terus ke dalam. Selepas meninjau-ninjau akupun tanya kat kaunter kalau-kalau ada pakej yang sesuai untuk kami. Orang tu bagitau terbaik family package NZD111 untuk naik turun Gondola dan Luge boleh naik 2 kali setiap orang.


Tak buang masa terus masuk dalam gondola kecik ni (designnya untuk 4 orang maksimum). Walaupun kecik tak rasa suspen pun sebab laluannya dekat dengan tanah.

Sampai atas terus menuju ke Luge. Tapi sebelum naik Luge kena naik chairlift dulu. Seronok aku tengok depa naik Luge ni. Senang aje pengendaliannya. Boleh ulang dua kali pulak tu, tambah gumbiralah depa.


Abis Luge kami ke lookout utama tempat ni. Pemandangan dari atas ni memang cantik. Subhanallah. Haikal dok sebut "ayah 3D, ada 3D". Aku tak faham. Rupanya dia maksudkan suasana ni macam dalam game yang dia selalu main. Betullah, rupanya pemandangan dari atas ni macam dalam 3D game.....terutama pertemuan antara gunung dengan air tasik. Hebat.




Selesai kat Skyline ni kami ke bandar Queenstown pulak. Tujuannya nak melihat-lihat pekan, sekali dengan beli souvenir apa yang patut. Cari punya cari akhirnya dapat satu lot parking dalam pekan ni. Kalau dengan Motorhome tentu lagi sulit sebab aku ternampak sorang mat saleh tu kena hon bertalu-talu dengan beberapa buah kereta sebab blocking orang semasa mencari parking.

Parking yang ada tu untuk 1 jam saja. Lepas 1 jam aku pegi tambah lagi. Terus kami menuju ke Queenstown Mall sebab depa nak makan MC D Fish burger dan aku pulak nak makan Turkish Kebab yang agak famous ni. Biasa aje rasanya kebab ni. Tak sehebat namanya.



Dalam pada tu dok berfikir kata manalah DF Souvenir yang terkenal dikalangan orang Malaysia ni?? Sekali aku ternampak 2 orang perempuan Melayu. Terus tanya depa ni. Rupanya depa pun nak ke sana dan tolong bagitau arah. Settle.

DF Souvenir

DF Souvenir ni memang banyak pilihan dan harganya pun agak murah. Tugas beli ni mestilah Nora dan Nabila yang buat. Aku dan Haikal cuma meninjau-ninjau crystal ball untuk menambah koleksi yang ada.


Dah abis membeli apa yang patut kat pekan tadi terus kami ke pinggiran Lake Wakatipu.....sebelum balik ke hotel semula. Selesai untuk hari ini.

View lewat petang dari balkoni