Sunday, February 1, 2015

Krabi Trip - Day 5

Catatan 27 November 2014

Pusing-pusing Krabi

Hari ni lepas bersarapan di cafe Luna House kami meronda-ronda sekitar bandar Krabi sebelum check in ke hotel yang baru. Lepas check out dari Luna House dan tinggalkan beg-beg buat sementara dekat receptionist hotel ni, kami pun terus menuju ke pekan Krabi.

Krabi ni dekat aje dengan Ao Nang. Bermotosikal dalam setengah jam gitu. Dalam perjalanan ke Krabi ada banyak signboard Emerald Pool dalam 70 km jaraknya. Jauhnya...macam tak berapa berbaloi je.Tak pergi la nampaknya. Nak naik gajah kat sana pun depa tak berapa minat, kesian kat gajah katanya.

Pusing sana pusing sini akhirnya kami berjumpa mercu tanda utama bandar Krabi ini iaitu "Big Crab" di tebing sebatang sungai. Panas terik betul masa ni, jadi tak mampu nak lepak lama-lama kat sini. Sekadar bergambar. Lagipun ada dua ejen kat sini sibuk mengikut kami nak offer river cruising. Nampaknya air sungai ni tersangatlah keruh, jadi tak berasa nak join.




Berhenti isi minyak

Abis Big Crab kami ke sebuah gerai muslim. Kami order murtabak, roti pisang dan kueteow goreng atau orang sini panggil big noodles. Harga makanan di Krabi ni lebih mahal dari Ao Nang...terbalik nampaknya. Selalunya tepi pantai yang patut lebih mahal.


Selesai makan tengahari kami berjalan di kedai-kedai berhampiran tengok-tengok apa yang patut. Lepas tu ke pasar buah-buahan berhampiran. Nampak segar, jadi kami pun beli sekilo buah mata kucing, tembikai dan nenas.


Manis sungguh buah-buahan kat Thailand ni


Habis tempat ni kami balik ke Ao nang semula. Dalam perjalanan singgah kejap di sebuah masjid untuk solat. Ada beberapa masjid sepanjang perjalanan ini menggambarkan bahawasanya syiar islam memang tersebar luas di Krabi ini.




Sampai di Luna House terus kami ambil beg-beg dan letak atas skuter dan segera menuju ke hotel berikutnya iaitu Somkiet Buri Resort. Oleh kerana ada beberapa buah beg kenalah angkut dua kali. Tak masalah sebab hotel ni tak jauh sangat dari Luna House.

Cafe comel Luna House. Sarapan simple seperti roti, cereal dan minuman ada disediakan. Sapa yang nak jimat boleh je makan kat sini setiap pagi.

Angkut jangan tak angkut

Best. Hotel ni memang menarik dan persekitarannya indah. Di kelilingi pepohon hutan malar segar, suasana sekelilinginya memang sukar ditandingi. Biliknya pun selesa dan luas betul, berhampiran kolam renang yang direkabentuk dengan baik. Kami tinggal di bilik nombor 1009.

Check in aje kat sini , kami langsung tak kemana-mana lagi. Menghabiskan masa kat kolam dan melepak-lepak di bilik saja. Teringin aku nak tiru percutian ala-ala mat saleh yang suka bersantai sambil membaca di tepi kolam sekali sekala. Hahaha.




Lama tak mandi kolam, seronok pulak rasanya

Hijau dan segar...

Suasana kolam yang unik penuh kehutanan dan kerimbaan.
Bilik mengadap kolam ni untuk dua orang sahaja, penghuninya pasangan mat saleh. 

Oleh kerana hotel ini memang tersenarai sebagai hotel halal oleh "Jakim Thailand" maka tanpa ragu ragu untuk malam ini kami order makanan ke bilik. Menu pilihan kami adalah sepinggan nasi goreng Thai, dua pinggan nasi goreng America dan burger (special request Haikal).

Total RM45.00. Memang berpatutan sangat harga ini. Kalau kat Malaysia asal hotel best sikit je, mulalah harga makanan yang bukan-bukan.

Habis untuk hari ke 5 kami di Aonang.

Sunday, January 18, 2015

Krabi Trip - Day 4

Catatan 26 November 2014

4 Island Tour Package

Hari ini adalah hari untuk kembali mengunjungi pulau pulau indah di Krabi ini. Lagi sekali kami amik 4 Island Package ini dengan Barracudas Tour. Owner Barracudas ni seorang muslim. Jadi makan tengahari package ni InshaAllah halal. 

Dalam pukul 9 lebih, depa pun datang pick up kami. Kalau kemarin naik van aircond, hari ni naik lorilah nampaknya. Maklumlah package 400 bath seorang, takkan nak mewah kot.

Bot yang digunakan kali ni memang besar, lebih ramai penumpang dan confirm slow macam kura-kura. Tapi taklah masalah sangat sebab 4 island yang terdiri dari Tup island, Chicken, Poda dan Phranang beach ni dekat aje dari Ao Nang beach.

1st Stop - Tup Island 

Crystal clear water, itu yang dapat aku katakan untuk tempat ni. Sungguh jernih dan membangkitkan mood untuk mandi manda dan bergumbira. Rasanya berhenti kat sini 45 minit macam tu...rasa macam tak puas je mandi.  



Memang terbaiklah mandi manda kat sini


2nd Stop - Snorkeling at Chicken Island

Puas hati bebudak ni dengan uminya sekali dapat snorkeling sekali lagi dekat pulau berbentuk ayam ni.

Macam burung unta pun ada Chicken Island ni



Snorkeling lagi



3rd Stop - Poda Island

Pulau ni dijadikan tempat berhenti untuk makan tengahari. Walaupun rasa makanannya biasa saja, tapi lapar punya pasal sampai kena tambah lagi. Makanan memang banyak jadi memang takde masalah bagi sesiapa yang nak tambah.




Nasib baik ada papan tanda ni sebagai pengenalan...nampaknya pompuan  tourist guide kali ni cakap pun macam nak tak nak je, suara pun tak berapa nak dengar pulak tu


Memang kuat berendam la depa ni...tak sia-sia mai cuti sini

4th Stop - Phranang Beach

Last stop ni bukan pulau. Kedudukannya dekat aje dengan Aonang.





Macam- macam jualan makanan ada sini. Special sebab depa guna bot untuk jual barang...tapi perut dah kenyang maka tak terasa nak beli




Habis Phranang beach terus bot bergerak ke Noparathara Beach sekali lagi. Kali ni tak perlu tunggu lama sebab sekejap aje lori dah sampai.

Malam ni kami makan di gerai seberang jalan depan Luna House sekali lagi. Kali ni kami special request mintak tomyam putih yang kurang pedas dan kurang masam. Wow... malam ni tomyam putih dia betul-betul lazat. Ditambah pulak dengan sotong 3 rasa yang fresh, memang perghh. Makan malam ini harganya RM40.

Monday, January 5, 2015

Krabi Trip - Day 3

Catatan 25 November 2014

Sekitar Ao Nang

Itinerary aku untuk trip kali ini kurang sesuai dijadikan rujukan kepada sesiapa yang ingin bercuti secara padat sebab program aku tersangatlah santai. Memang tujuan aku untuk bersantai-santai hujung tahun dan merehatkan badan dan minda.

Hari ini kami sewa 2 buah motosikal dari Luna House. Macam yang aku sedia maklum owner motosikal ni mesti mintak passport punya sebagai cagaran. Aku memang tak nak bagi sebab owner motor ni orang luar dan dia cuma menggunakan hotel ini sebagai marketing place aje.

Oleh kerana aku dah biasa dan kenal receptionist hotel ni, maka aku request passport aku di simpan di dalam peti berkunci kepunyaan dia, lagipun dia ada sini 24 jam. Aku rasa macam ni lebih selamat dari serahkan passport kepada orang yang kita tidak tahu dia tinggal kat mana. 2 buah motorsikal sewanya RM50 untuk 24 jam.

Dah lama aku tak naik motor bebas macam ni. Yelah sejak pakai kereta ke sana ke mari, memang takde chance nak naik motor. Yes!!!! memang seronok pusing Ao Nang bersama keluarga dengan motosikal skuter macam ni. 

Dah ada motor ni makin panjanglah langkah... terus menuju ke arah pantai Aonang untuk sarapan. Banyak gerai dengan pelbagai pilihan makanan.

Ayam goreng lazat pun ada sini




Air kelapa ni memang sedap... mesti cuba


Lepas makan jalan depan sikit jumpa pantai Noparathara ni


Nampaknya kena isi minyak dulu  sebab minyak yang ada dalam tangki ni ngam-ngam je. Auto pump ni terletak di Naporatharat Beach. Jumpa tempat ni hasil pertolongan seorang tempatan. Terima kasih banyak kat dia ni kerana susah payah tunjuk jalan dan ajar cara nak isi minyak. Rupanya depan sikit aje dari pantai yang kami lepak ni.



 Caranya dengan masukkan duit 20 bath ke, tekan butang dan pump minyak. Kalau nak ke petrol station pun boleh jugak tapi minima kena isi 50 bath.

Perut pun dah kenyang, minyak pun dah isi, apalagi meronda-ronda le. Tak buang masa kami ke Noparatharat Beach semalam. Nampak macam cantik aje tempat ni. Semalam on the way balik masa kat dalam speed boat kami nampak ramai orang berjalan-jalan antara dua buah pulau masa air surut.

Sampai aje, alamak!! air tengah pasang. Takpe petang nanti datang lagi, sekarang kita ambik angin dulu.





Tengok gambar ni terus aku teringat cerita "Lagak A Mamud" dalam komik Gila-Gila dulu-dulu 


Singgah lagi kat kawasan tengah pantai Noparathara pulak sambil menikmati aiskrim



Ni la deretan gerai yang kami sarapan pagi tadi...view dari atas motor


Aonang Beach

Berhenti tanya harga pakej kat tepi jalan ni... nampaknya lagi mahal dari Luna House punya pakej

Habis meronda kami singgah kat gerai dekat Luna House ni... beli bungkus makanan tengahari. 


Sebelah petang tu kami datang lagi ke Noparatharat Beach ni. Sebelum tu singgah dulu beli makan petang kat gerai yang sama masa sarapan tadi. Macam-macam depa beli buat bekal makan kat pantai nanti.




Penkek Yaminlah yang disebut-sebut

Singgah isi minyak motor aku pulak

Menikmati penkek

Kali ni air surut. Kami masuk dengan motosikal sampai ke beting pasir berhampiran dua buah pulau tersebut. Kalau tuan punya motorsikal ni nampak mesti dia sakit hati tengok kami masuk sampai sejauh ini. Kira halal lah sebab dia tak bagitau apa-apa larangan pun.

Cantik... tempat ni memang cantik. Kami betul-betul enjoy suasana nyaman dan menikmati sunset di tempat ini.












First time anak perempuan aku bawak motor... boleh pulak nampaknya. Lagipun kawasan ni lapang, sesuailah aku bagi dia bawak sebab dia teringin sangat nak try 


Sebelah malamnya kami bermotosikal ke Restoran Lemon yang katanya famous dikalangan orang Malaysia. Untuk makan malam kami order ikan sweet and sour, sup sayur, sotong goreng tepung, telur bungkus dan telur dadar. 

Biasa saja rasa makanannya. Not that tasty. Tidak se hot namanya. Harganya RM97.00. 


Balik dari Lemon pergi melepak-lepak sekejap menikmati suasana malam di Ao Nang Beach sebelum balik semula ke Luna House.

Esok ada 4 Island package untuk di terokai. Harga pakej RM160.00 untuk 4 orang dengan Long Tail Boat. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar




*

*

Perbelanjaan hari ke 3 dan seterusnya ni, aku agak agak aje sebab info yang tersimpan dah hilang sebab handphone dah kena format pulak.


Perbelanjaan hari ini :


Sewa motor - 50
Sarapan - 28

Isi minyak motor - 5
Minuman - 4
Aiskrim - 2
Makan tengahari - 10
Makan petang - 20
Makan malam - 97
Pakej 4 Island - 160

Jumlah : RM376