Monday, February 13, 2023

Pakistan Road Trip : Day 11

 29 September 2022

Hunza - Gilgit - Babusar Top - Babusar Pass

Sudah hari ke 11. Habis dah masa di Hunza. Kena bergerak balik ke Islamabad le nampaknya. Jaraknya yang jauh tidak membolehkan direct ke Islamabad. Jadi aku plan tidur di pertengahan jalan tak pasti lagi kat mana.

Ada masa lagi sebelum bertolak jadi sempatlah nak nikmatin suasana menarik di Sapphire Hotel ni. Enjoy Haikal dapat naikkan drone lagi pagi ni.

 Sapphire Hotel. Sebelah kanan tu surau dan restoran

Ni Luxus Hunza Hotel

Ada macam-macam hotel lain area ni tengah construction

View Sapphire Hotel dari kejauhan



Dah makin cerah ni

Sampai masa memulakan perjalanan yang jauh ini. Kena melalui Hunza sekali lagi. Singgah farmasi dulu beli ubat sikit dan ambik dobi tambahan kat Hunza ni. Semalam hantar lagi sikit pakaian.

Anak anak aku kata dah macam klinik dah farmasi ni siap ada katil

Ubat sakit perut untuk Nabila, dua jenis dia bagi satu lagi pil. Kejap je baik sakitnya alhamdulillah

Kedai dobi


Tak taulah ni bangunan apa. Kubu tentera agaknya

Iklan cat Sparco tepi jalan ni ada di mana mana saja




Unik


Singgah sini dulu... nampak ada macam bilik air tu


Babusar... dua beradik tengah melepak sekejap

Heran depa semua sebab harini aku sorang je bawak dari Hunza tadi sampai hotel. Sebenarnya aku sendiri pun heran jugak mana mai semangat ni

Beberapa jam perjalanan akhirnya sampai di Babusar Top. Adeh sikit punya sejuk ke tempat ni. Ada sebuah masjid sedang dalam pembinaan, jadi boleh singgah solat. Baiknya orang tempat ni, siap nampak aku nak wuduk terus seorang jemaah tu ambik air dan tolong jirus wuduk aku sampai habis. Segan betul aku dengan orang Pakistan ni. Terlampau baik sangat. 

Nora dan Nabila kena solat di tingkat bawah tanah. Gelap. Cuak jugak depa kata dengan suasana bangunan belum siap dan bumbung pulak rendah. Depa nyaris dah nak kensel solat kat situ tapi ada sorang laki ni dok panggil nak bawak depa tunjukkan jalan ke tempat solat tu sekali tempat wuduk sampai ke bawah. Habis solat aku turun pegi temankan depa sampai habis.

Babusar Top ni famous sebagai tempat persinggahan kawasan pergunungan... sederhana aje pembangunannya. Kalau tempat lain mesti dah goverment dia kasi lawa lawa tempat istimewa macam ni


Habis solat anak anak aku merayau rayau kejap. Depa pegi satu gerai ni jual telur rebus goreng celup tepung. Sebelum tu masa lalu dengan kereta tadi kami nampak macam cucur cucur atau nugget sosej semua, rupanya bukan. Telur tu lah rupanya.

Tapi walaupun begitu, bila makan kat Babusar Top yang terlebih sejuk ni telur ni telah menjadi tersangat sedap hahaha. Rangup sungguh tepung dia tu, makan pulak panas panas. Balik Malaysia terkenang pulak menu ni, wife aku pegi buat bagi jadi rangup jugak nak bagi sama macam Pakistan hahaha. 

Jualan telur celup tepung... bila nak makan depa akan goreng semula bagi panas. Kalo tak, makan telur salut ais alamatnya

Siap tambah lagi, ada rasa rempah sikit... nasib baik ada kicap manis dari Malaysia

Babusar Top ni sangatlah sejuk banding tempat lain tambah pulak dah petang macam ni. Tak boleh nak stay lama. Cemanalah ada orang boleh pegi naik zipline lagi kat sini. Sambung lagi perjalanan cari tempat tidur. 


Lembah kat bawah ni nampak menarik dari kejauhan

Nak drive area Babusar ni kena berhati-hati lebih dan ada sedikit berani. Tengoklah jurang kat bawah tu mana ada sebarang penghadang jalan langsung

Area ni dipanggil Besar

Lulusar Lake ni asal lalu je gelap, asal gelap je baru nak lalu jadi tak merasalah nak lepak

Hari dah semakin lewat dan suasana bertambah tambah sejuk. Perjalanan diteruskan lagi sikit sehinggalah kami tiba di Restaurant Moon Besar. Sebelahnya nampak ada chalet. Sunyi gayanya macam tak bukak aje. Sekali nun seberang jalan sana nampak sebuah hotel ala-ala hotel container tepi sungai.

Tak buang masa terus Nabila dan Haikal pergi tanya. Nampak macam depa dok tengah bina lebih banyak chalet lagi. Hotel baru gayanya. Aku cek dalam map pun takde lagi. Tak ada family room katanya. Alamak kena cari lain lah. Sekali staff dia bagitau ada satu kosong. Kami agak dia offer bilik pekerjanya tu. Hentam sajalah dah nak malam ni bukan senang nak cari hotel lain.

Not bad bilik yang dia bagi ni. Rate dia RM60 semalam. Kecik aje, bolehlah untuk semua orang tidur. Air panas dia pun berfungsi dengan sangat baik. Buka paip terus panas aje takyah nak tunggu dah. Alhamdulillah. Semua orang betul-betul letih dan tidur awal malam tu.

Tak ingat apa nama hotel ni... ada katil queen dan tilam besar tambahan

Bangunan merah itu lah hotel penginapan kami. Kami tinggal di chalet di belakangnya. Gambar ni diambik keesokan  paginya dari Restaurant Moon Besar

Tamat day 11. Esok dah nak ke Naran dan terus ke Islamabad.

Wednesday, January 18, 2023

Pakistan Road Trip - Day 10


28 Sept 2022 

Hunza - Karimabad Bazar - Attabad Lake - Sapphire Hotel

Hari ni pergi dekat dekat udah le. Semalam kan dah ke Khunjerab Pass. Rasanya itinerary aku sepanjang di Pakistan ni memang santai habis hahaha. Untuk sarapan, semua orang makan maggi Pakistan. Sedap pulak teman rasa.

Lepas check out dari Jubilee Hunza dan menghantar dobi tambahan, kami menuju ke Attabad Lake semula disebabkan semalam tak sempat. On the way tu pegi kejap tengok Karimabad Bazar, sebelahnya ada tempat bersejarah Altit Fort. Aku perhatikan banyak betul hotel kat sini.

Beli tembikai dulu 

Agak curam laluan Altit Fort ni. Nak naik dia punya parking pun agak suspen sebab bunyi semacam tayar kereta terseret. Apapun selamat sampai ke parking kereta bersebelahan dengan sekolah. Dalam dok berlegar-legar tu,  Haikal dan Nabila jalan kaki turun bawah pegi beli Pizza Pamir sini.

Parking kereta sebelah sekolah ni

View dari parking


Karimabad Bazaar Hunza

Pizza Pamir lagi... Haikal ni  suka makan pizza

Helok jugak view dari sini

Suasana sekitar

Habis tempat ni tak berlengah terus aku menuju ke Attabad Lake. Lagipun dah tengahari dan agak panas terik masa ni. Sekejap aje dah sampai Attabad Lake. Terus aku parking di tempat yang disediakan.

Laluan turun ke Bazaar 

View yang sama macam semalam

Suasana Attabad Lake ni memang menarik dan ada pelancong pelbagai bangsa walaupun taklah begitu ramai. Macam-macam aktiviti ada sini macam cruise boat, jet ski dan lain-lain. Kekurangannya musim autumn macam ni kebanyakan kedai makan tutup, cuma ada dua tiga aje yang bukak.

Terik betul tapi cuaca masih lagi sejuk


Macamanapun ada satu restoran tepi tasik. Siap boleh makan kat tingkat atas lagi. Cantiklah. Terus aku suruh anak-anak order apa-apa makanan yang sesuai kat sini. Tak banyak pilihan dan rasa pun so so aje. View Attabad Lake dari atas ni memang best.

Jom naik atas

Nice View. Hujung tu Luxus Hotel 

Pelbagai jenis cruising boat


Next kami ke misi seterusnya iaitu mencari hotel yang best area Attabad Lake ni. Mula mula kami ke GOHO Hotel. Tak jadi sebab hotel tu kurang best kata depa, nampak macam tak terurus walaupun view dia cantik. 

Laluan ke GOHO yang tak jadi tu

Singgah bergambar lookout ni sekejap

Sambung misi pencarian hotel

Pusing balik dan drive lagi jumpa sebuah hotel. Suasana hotel dia macam club house mewah. Tak jadi jugak lah sebab rasa hotel ni macam untuk keluarga Malhotra je takpun tauke Megah Holding. Cari lagi jumpa  hotel berikutnya iaitu Sapphire Hotel. Depa pi tanya, dibagitau rate dia RM130 untuk family room. 

Lepas dua beradik tengok bilik, nampak best aje katanya dengan view tasik, teruslah confirm. Bab cari bilik hotel sepanjang kat sini memang aku bagi anak anak aku je carikan. Rate hotel ni kalau summer RM300. Jangan lepas peluang...  baik punya harga ni.

Deko yang menarik

Sebelah belah kanan ni ada sofa ukiran dan belakangnya ada lukisan gambar yang sangat besar...  Haikal bagitau yang dia dah penah sampai sini sebijik suasana tu yang dia pernah tengok sebelum ni. Dejavu letu, acah betul budak ni dejavu pun sampai ke obesi haih

Puas hatilah view macam ni RM130 saja

View dari balkoni


Drone view lewat petang

Ni depa punya menu dua beradik... pizza lagiii taktaulah aku, sebelah dia tu taktau apa nama

Menu makan malam makcik dan pakcik. Sedap dan banyak pulak tu

Enjoy betul suasana bilik hotel ni. Siap Haikal naikkan drone dari balkoni lagi. Tak buat apa-apa dah semua orang santai-santai sambil enjoy view. Teringat pulak aku kalau bawak game Saidina mesti lagi meriah. Untuk makan malam kami order dari hotel ni nasi goreng cina dan ayam grill.