Saturday, January 2, 2010

Semalam di Pulau Pangkor

Memori Puteri Bayu Beach Resort

Pergi ke sini sempena minggu pertama lepas pindah balik ke Manjung dari Pasir Gudang, sementara cuti masih ada lagi. Masa tu ada break satu minggu sebelum masuk kerja baru. 

Mak aku pun join sekali. Aku ambik kereta sewa dengan kawan Paklang Halim yang kami jumpa dalam feri. 

Kalau ke Pangkor ni, makan ikan bakar kat Teluk Nipah la yang best walaupun gerainya biasa aje. Waktu petang pulak makan laksa tepung beras tepi pantai...memang best.