Royale Bintang Hotel
Manusia hanya mampu merancang, sedangkan Allah maha berkuasa menentukan segalanya. Semenjak aku dah balik dok Manjung ni makin kerap pulak outstation ke KL.
Tempat menginap masih sama kat Royale. Makan tak jadi masalah..banyak gerai kat belakang ni jadi kalau time aku tak ada pun, pandai-pandai la depa merayau. Sebelah pagi ada orang jual nasi lemak. Tengahari pulak ada nasi kandaq baek punya.
kat BB Plaza - Nabila cukup suka kedai-kedai cenderamata macam ni
Tasik Perdana
Kat restoran jejantas
Aku agak lepas ni mesti lagi kerap aku ke KL. Maklumlah sebab company aku kerja ni baru je dapat LOI untuk bina lagi 6 buah kapal perang. Billion-billion punya projek, bukan Billion supermarket...mesti lagi ganas kena nego. Lagipun projek ni macam gula....banyak semut yang nak menghurungnya.
Aku ingat lagi masa 1st projek dulu. Kerap betul kat KL.....ada sekali tu sampai sebulan berterusan. Masa ni aku, Nora dan Nabila tinggal di rumah Amir adik aku kat Cheras Perdana. Baik sungguh depa.
Kalau dulu tempat menginap biasanya sama ada Maple Suite Jalan Raja Chulan atau Dynasty Hotel. Ada sekali tu aku kena tinggal lama kat Maple suite sampai kena import Nora jadi tukang masak...tempat ni serba lengkap dengan dapur semua. Siap abang aku yang sulung bawak ikan dan sayur-sayur lagi...
Tapi sekarang ni rasanya tak boleh le nak masak-masak lagi......nak kasi terbakar bilik bolehle.
Satu hal pakcik tak tahan bila kena lalu depan Mydin masa nak balik ke Manjung mula le depa mengajak singgah. Suke benor deme dengan Mydin tu. Apa hensem benor ke si Mydin itu?? Setakat nak beli keronsang...apekeheiii! Sebab aku ni suami dan ayah misali........layan kan aje.
No comments:
Post a Comment