Wednesday, April 20, 2011

From MK to UK

Hari isnin baru ni kami sekeluarga pergi menghantar emak aku ke stesen bas Manjung untuk ke KL sempena percutian 2 minggu emak ke UK (United Kingdom...bukan Ulu Klang, lawak style dulu dulu). Huhuhu......jauhnya emak aku pergi melancong. Baru aje 2 minggu lepas emak balik dari Bandung. Dasat....dasat.


Emak aku ni nak melawat adik aku di Durham UK selama 2 minggu.  Mak pergi dengan Maklang Ramnah. Aku beli tiket Transnasional ke pudu raya. Jumlah RM 49.00. Heran jugak aku yang dah berkurun tak naik bas ni.......mahal sungguh tiket ke KL sekarang. Hampeh betul minah kaunter tu, rupanya dia bagi 2 tiket... aku tak perasan, masa dalam kereta baru sedar. Apalagi patah balik le....mintak baki.


Aku tumpang gembira dan bangga kerana emak aku adalah warga emas pertama dari MK (Matang Kerian... bandar berkembar dengan UK) yang pertama merasa ke sana setelah sekian lama. Thanks tu Tony Fernandez Air Asia (Walaupun tetap kena bayar tambang - ni dah kira murah le). Aku dah check dengan adik aku dan dia cakap nak bawa emak melancong ke Wales, Scotland dan last ke London.


Wife aku ni memang suka ambik gambar...mana mana tempat pun dia sempat tangkap jugak

Semoga emak aku selamat pergi balik dan bergembira di sana.

No comments: