Sunday, September 25, 2011

Cuti Hari Malaysia di Bukit Merah

Cuti Hari Malaysia baru ni jatuh pada hari Jumaat. Bersambung dengan Sabtu dan Ahad maka jadi 3 hari. 

Untuk menghabiskan masa jugak sempena Anniversary aku dan Nora yang ke 14 yang jatuh pada 13 September, aku pegi ke Bukit Merah Laketown Resort. Entry theme park ni untuk 4 orang RM 88.00. Seronok jugak ler lama dah tak masuk mandi-manda theme park ni.

Leceh sikit pasal pelampung dah abis, terpaksa pulak tunggu orang pulangkan dan kena berbaris dekat 15 minit. Apapun berbaloi tunggu sebab bebudak ni gembira sungguh dapat mengelongsor kat sini. Berkali kali depa dok ulang naik turun. 

Budak-budak ni ada request tambahan nak naik Skylift pulak....tapi memandangkan hujan dah mula nak turun, aku tunda aje untuk visit yang akan datang.

                                                 Makan lapik perut kat luar theme park ni


Untuk makan tengahari, kami makan kat gerai yang dinamakan "nasi ekonomi" kat dalam sini. Sedap jugak kari ikan dan masak kicap ayam dia tambahan pulak tengah lapar-lapar dan sejuk macam ni.

                          Sempat lagi buat cucur keria kat sini. Makan pulak bersama kopi o


Habis kat sini dah lewat petang kami terus ke Pondok di Bangan Serai. Dekat dah. Mak mertua aku dah siap rennovation pondok. Dah semakin luas dan selesa, macam rumah la pulak.

Balik ke Manjung ada lagi sambutan Anniversary ke 14 tu iaitu makan tengahari di Horizon Garden. Memang confirmlah lunch kat sini lebih sedap dari dinner (pastinya sebab tak ramai orang).

No comments: