Tuesday, September 20, 2011

Salam Aidilfitri 2011

Lama betul tak update blog aku ni. Maklumlah bulan puasa mana ada mood nak update. Badan lembik macam kangkung. So sempena bulan syawal ni elok rasanya aku update sikit tentang Aidilfitri yang lepas.


 Masa beraya di rumah Kak Chik dan Abang Sudin raya ke 3. Macam macam ada.

Macam tahun-tahun yang lepas jugaklah persediaan kami sekeluarga sederhana je. Baju raya pun last minit baru pegi beli.....untungnya pilihan makin banyak dan harga makin diskaun terutama biskut raya.

Bakar bakar ketam dan ikan. Tak menang tangan...



Raya tahun ni aku solat sunat di Masjid Pengkalan Baru. Pak imam Mat Long siap menangis tu.. terharu kata dia. 

No comments: