Sabtu minggu lepas Yard buat family day. Aku sekeluarga pun join la. Nak tau jugak apa yang menarik kat sini. Meriah rupanya dengan macam-macam acara telematch dan yang penting ada pelbagai makanan disediakan.
Nabila masuk acara kerusi berirama. Walaupun tak menang, dapatla saguhati. Haikal pulak sepatutnya masuk acara tiup belon...entah macamana terlebih peserta pulak dah. Takpe lain kali boleh masuk lagi.
Keluarga rumah kuning di bawah khemah masing masing. Macam sukan kat sekolah le pulak.
Topi kuning macam BERSIH lak
Sampai acara cabutan bertuah yang suspen tu. Asal orang tu umum nombor pekerja aje Nabila dengan Haikal dok tanya.....bila nombor ayah nak ada ni? Aku cakap rilek le.....ada punya. Sekali dah dekat nak last round pertama cabutan bertuah ni, akhirnya nombor aku 1017 pun naik. Haaaa....kan dah betul. Dapat jugak le hamper kat aku. Kalau pusingan kedua ada LCD TV dan barangan elektrik lain. Apapun dapat hamper ni dah Alhamdulillah daripada tak dapat apa. Bayangkan pekerja sikit punya ramai ke.
Kami kat sini pulak dari mula datang asyik makan dan minum aje. Siap boleh bawak balik lagi. Dekat pukul 2 jugak baru balik. Nasib laa cuaca hari tu redup sampai petang, kalau tidak dah lama cabut.