Showing posts with label Family Day. Show all posts
Showing posts with label Family Day. Show all posts

Tuesday, December 18, 2012

Family Day 2012 - Marina Island

15 December 2012

Family day BNS tahun ni diadakan Marina Island Resort. 7.00 pagi dah start acara, tapi macam biasa takkan le aku macam tu punya komited, mesti lah sampai lagi lambat.....hehehehe. Dalam 8.30 kami sampai aje terus register untuk cabutan bertuah (sambil baca Bismillah, masukkan nombor pekerja aku - 1017) dan amik door gift - dapat tuala. Lepas tu terus pegi makan pagi nasi lemak yang disediakan. Boleh tahan sedap. Makanan memang banyak dan cukup untuk semua staff dan keluarga masing-masing.

Macam-macam acara yang ada tapi untuk anak anak punya acara dah penuh, maklumlah staff ramai...kejap aje dah disapu habis. Yang tinggal cuma acara untuk sebelah petang...tak larat aku nak tunggu. Tengok orang main telematch pun dah rasa seronok. Dalam pada tu ada jugak artis jemputan tapi aku tak kenal sorang pun depa ni, yang pasti depa menyanyi memang sedap.

Sampai acara cabutan bertuah, satu demi satu nombor staff dibacakan. Aku siap-siap bagitau anak-anak aku, lepas ni nombor ayah naik. Tapi depa tak percaya. Masuk kali ke -5, hehhehee aku terdengar nombor aku 1017 dipanggil. Rupanya ada rezeki lagi tahun ni macam tahun lepas (tahun lepas dapat hamper), tapi tahun ni minyak wangi Someday Justin Bieber. Alhamdulillah.

Makan tengahari ada nasi tomato, ayam masak merah,  ayam goreng, kuey teow goreng, char kuey teow (masak on the spot) dan buah-buahan. Ada jugak ais krim untuk kanak-kanak. Aku tengok kali ni makanan memang mewah dan berlebihan. Lepas makan kami pun angkat kaki.






Marina Island Resort


Minyak wangi cabutan bertuah...ada kelopak bunga la pulak, sah untuk pompuan..tak merasa le aku :(

Thursday, July 21, 2011

Family Day 2011 - Padang MDM

Sabtu minggu lepas Yard buat family day. Aku sekeluarga pun join la. Nak tau jugak apa yang menarik kat sini. Meriah rupanya dengan macam-macam acara telematch dan yang penting ada pelbagai makanan disediakan.  

Nabila masuk acara kerusi berirama. Walaupun tak menang, dapatla saguhati. Haikal pulak sepatutnya masuk acara tiup belon...entah macamana terlebih peserta pulak dah. Takpe lain kali boleh masuk lagi.

Keluarga rumah kuning di bawah khemah masing masing. Macam sukan kat sekolah le pulak.



Topi kuning macam BERSIH lak






Sampai acara cabutan bertuah yang suspen tu. Asal orang tu umum nombor pekerja aje Nabila dengan Haikal dok tanya.....bila nombor ayah nak ada ni? Aku cakap rilek le.....ada punya. Sekali dah dekat nak last round pertama cabutan bertuah ni, akhirnya nombor aku 1017 pun naik. Haaaa....kan dah betul. Dapat jugak le hamper kat aku. Kalau pusingan kedua ada LCD TV dan barangan elektrik lain. Apapun dapat hamper ni dah Alhamdulillah daripada tak dapat apa. Bayangkan pekerja sikit punya ramai ke. 

Kami kat sini pulak dari mula datang asyik makan dan minum aje. Siap boleh  bawak balik lagi. Dekat pukul 2 jugak baru balik. Nasib laa cuaca hari tu redup sampai petang, kalau tidak dah lama cabut.