Thursday, July 21, 2011

Transformers & Harry Potter



Ada lagi !!!. aku ingat dah abis ler musim tengok wayang ni. Rupanya masih belum tamat. Sempena Haikal dapat nombor 1 dan 4 kat kedua dua sekolah baru baru ni, maka dia mintak la nak tengok wayang. Ish ish.....aku dulu memanjang no 1 dan 2 aje tak dapat apa pun?? Gitulah bebudak sekarang. 

Nabila pulak dia jenis tak mintak apa-apa. Keinginan dia setakat ni nak bela pets je. Tapi itupun dah cukup buat aku pening.  

Transfomers Dark of the Moon baru aje tengok. Lepas tu pulak datang lagi Harry Potter melanda. Panggung kat Sitiawan ni pun bukan main ramai lagi pengunjung semenjak kebelakangan ni. Lambat booking sikit alamat duduk depan sekali laa.
 
Komen aku : Kedua-dua cerita ni memang hebat dan superb. Puas hati tengok.

No comments: