Wednesday, November 23, 2011

Hari Anugerah SRAR & Sekolah Kebangsaan 2011

SRAR
Minggu lepas Haikal dengan Nora pergi ke penyampaian hadiah sekolah agama. Untuk peperiksaan akhir tahun, dia dapat no 1. Alhamdulillah. Macam biasa walaupun sekolah agama dah bagi medal, dia nak hadiah tambahan.  

Dia mintak game PS3 (player dah lama aku beli). Aku dah letih ni, sebab dia ni kalau main game jenis full swing punya......sekejap aje game tu khatam, dah nak kena beli baru. Sebab dia excited sangat nak game baru sebagai hadiah, aku pujuk-pujuk mintak dia RM40 (duit raya dia hari tu ada lagi) untuk beli 2 jenis game. Hahhahahha.....itulah hadiahnya.

Sampai hari ni jadi bahan lucu kat rumah aku bila dia bersungut "Haikal dapat hadiah tapi kena keluaq duit"... Saja je aku nak bagi dia rasa macamana peritnya nak belanja duit berbanding mintak duit.

ustazah 4 Falah

 kat sekolah ni ibubapa disuruh bagi hadiah kepada anak sendiri

"suka laa dapat medal banding dapat hadiah buku banyak2 sebab nanti kena buat latihan lagi, malaslaa. kalau medal boleh tengok sampai haikal dah besaq"...kata dia

SKSM
Kat bawah ni gambar2 sekitar penyampaian hadiah di sekolah kebangsaan pada hari rabu minggu terakhir persekolahan. Aku kerja, macam biasa nora jugak la yang pergi. Nabila pun ada.
hadiah kecemerlangan no11 ikut ranking keseluruhan tahun 4.dapat sijil dan buku2 latihan untuk tahun 5 nanti. sebelum tu dia siap tak mahu pergi majlis ni sebab dah tahu mesti dapat buku,hahaaa. tapi takpe nanti sijil tu pun boleh tampal kat bilik dia, boleh tengok jugak   

sijil dan buku lagi sempena dapat 5A untuk tahun 4. tapi yang ni dapat buku2 angry bird. kakak dia pun minat  

guru kelas 4 bestari

Nabila pulak akhir tahun ni dapat nombor 9. ok laa result dia meningkat jugak berbanding pertengahan tahun hari tu. semenjak di tingkatan 1, rileks manjang dia...

belum habis acara depa dah balik dulu

No comments: