Monday, December 12, 2011

Singapore : Day 2 - Universal Studio

Catatan 28 November

Sepatutnya aku naik kereta sewa ke Singapore. Tapi mamat yang aku dah booking petang sebelum pergi tu buat hal pulak, dah pukul 9.30 pagi dia cakap dia masih ada di Singapore dan nak passing kat kawan dia pulak.

Fikir fikir aku amik keputusan masuk kereta ajelah ke Singapore, lagipun aku dah tau sikit-sikit pasal procedure nak bawak masuk kereta. So, tak berlengah terus masuk ikut Tambak Johor. Tak susah sangat nak masuk sini, cuma amik masa sikit sebab nak kena isi beberapa dokumen kat counter kastam Singapore.

Apa yang susah adalah nak cari Universal Studio kat Sentosa Island. Satu papan tanda pun tak de tulis perkataan Sentosa. Hampeh, yang ada sign TPE, WTE, bla bla,.... pusing punya pusing, terpaksalah aku guna taktik terakhir iaitu tahan teksi, suruh dia tekan meter, follow belakang dia dan bayar sikit. Elok aje sampai USS. Tak payah pening kepala. Terus parking kereta kat Convention Centre.

Memang ler gah Universal Studio ni. Enterance dia pun dah ada bola gergasi yang nampak hebat.

 


Mula mula kami masuk ke Madagascar. Seronok jugak naik bot dan melalui alam Madagascar kat dalam sini. Suasana macam dalam hutan rimba.


 Alhamdulillah... tak perlu berbaris panjang sebab aku awal-awal lagi dah ambik Universal Express Ticket.  Kalau tak, mesti berpeluh satu badan nak menunggu giliran yang panjang giler

 Dia ni la yang meludah air kena orang habis kat dalam tu haha


Masuk makan kat sini dulu... sedap jugak ayam kat Goldilocks ni


Next naik Dragon Roller Coaster. Aku tak perasan yang ini sebenarnya Roller Coaster, tak nampak pun dari depan. Kalau tak, sumpah aku tak naik dan biar bebudak tu aje.

Roller Coster yang ni lagi tinggi

Berikutnya masuk pulak ke Animasi Shrek. Aku tengok kat sini lagi panjang dia punya barisan.... dengan express ticket terus masuk. Memang berbaloi la bayar lebih untuk tiket ni. Fuhhh... memang best animasi 4D yang dia buat kat sini. Kerusi boleh bergerak ikut suasana scene, siap ada air liur keldai lagi menyembur... so real dan puas hati betul.

Selesai Shrek cadang nak ke Scene Waterworld. Rupanya Waterworld dah abis show dan next show 4.30 dan 6.30 pm. Tambahan pulak hujan mula turun... terpaksalah beli plastic cover dan main indoor game aje menanti hujan reda.

Beberapa tempat dah ditutup dan tak boleh nak main sebab hujan. Budak budak ni terkilan jugak tak dapat naik pelampung yang melalui alam Jurassic Park.

Tak berlengah terus ke Revange of the Mummy. Aku tak sangka yang ni lagi suspen. Brader yang jaga tiket tu selamba je bagitau yang mainan ni biasa biasa je. Lagi sekali kalau aku tau macam ni punya thrill, jangan harap aku nak naik. Adeh... dia punya roller coster bila jatuh dari gaung rasa nak nangis pokcik.

Seketika terasa pulak bahang api kat sekeliling. Tak cukup tu siap ada jatuh gaung secara reverse. Keluar dari tu aku tengok ada orang menangis takut. Aku macam biasa kontrol macho walaupun kecut perut jugak. Betul punya kenangan.... hahhahaha.


Depan pintu keluar Revenge of The Mummy 




Kat sini jugak ada surau dekat Exhibition Centre. Walaupun dia punya surau campur lelaki dan wanita tapi takpe lah janji boleh solat.



Kereta antik kat New York

Dalam semua tu yang paling best bagi aku ialah Scene Waterworld. Dia punya live show memang mantap dan real. Penuh adengan stunt yang sebijik macam cerita Waterworld lakonan Kevin Costner yang memang aku dah lama minat. Puas hati betul tengok show ni.




Waterworld Scene

Bersama barisan Stuntmen Waterworld




Balik dari Universal Studio terus check in di 81 Geylang. Bilik yang agak murah. Sampai sini lebih kurang jam 9malam. Kawasan ni kononnya red light district. Aku tengok elok aje. Jalan kaki sikit belakang hotel  ada kedai mamak. Tidur nyenyak sekeluarga maklumlah sangat letih.

1 queen bed dan 1 sofa bed... cukuplah untuk 4 orang