Catatan 12 March 2013
Hari ke 5. Bangun pagi-pagi aku dan Nora jalan-jalan tepi pantai. Kami menghirup udara dingin dan segar dan melihat matahari terbit. Lepas jalan-jalan masuk pulak ke kedai runcit 24 jam kat sebelah apartment. Duit syiling Australia makin banyak nampaknya dan memberatkan poket, ada lagi baik aku beli barang semua guna duit syiling.
Kedai runcit 24 jam sebelah The Shore
Lepas siap-siap semua kami terus ke destinasi pertama iaitu centre Surfer Paradise sebab nak merasa suasana melepak kat sini waktu siang pulak. Nasib baik senang aje nak dapat parking maklumlah ini hari bekerja. Kalau cuti memang susah nak dapat parking.
Sini pun ada koala
Perjalanan diteruskan kali ni ke Harbour Town pulak. Satu jalan aje dari tempat tujuan asal. Ramai orang-orang Malaysia yang ke Gold Coast ni meminati pusat membeli-belah ni. Bagi aku Harbour Town ni lebih kurang macam Pacific Fair cuma kawasannya lebih luas. Kat sini jugak ada Nando's yang ada sijil halal yang sah sehingga November 2013. Habiskan masa sekejap kat sini dan beli apa yang patut.
Abis tempat ni, kami terus menuju ke Wet and Wild Theme Park yang termasuk dalam senarai VIP Pass kami. Anak anak aku cakap lagi best dari Sunway Lagoon. Gumbira habis nampaknya bebudak ni mencuba berbagai jenis gelongsor air, maklumlah orang semakin berkurangan bila sudah petang. Jadi tak perlu berbaris panjang.
Takde sebarang etika berpakaian kat sini, pakailah apa apa aje yang sesuai. Apa yang aku nampak pengurusan sini betul-betul amik berat pasal safety. Sungai kecik paras pinggang pun punyalah ramai safety personnel yang jaga. Menjelang pukul 5.00, bila tempat ni dah nak tutup, kamipun berangkat pergi.
Tengok mat saleh berayun kat sini pun aku dah ngeri.....tu belum cuba lagi!!!
On the way ke Surfer Paradise, kami melalui Harbour Town sekali lagi. Depan sikit dari Harbour Town kami terjumpa Ian Dipple Lagoon lalu berhenti melihat-lihat. Tak sangka Lagoon ini sungguh indah dan nyaman. Seronoknya berdiri di pasir yang berada di tengah-tengah dua laut yang terpisah. Ada banyak burung camar pulak tu menambahkan suasana ceria.
Kami jenguk sekejap Pasar Seafood ni. Wah.....macam-macam ada. Sotong besar, Lobster dan pelbagai jenis dijual. Sayang tak boleh nak beli apa-apa sebab ada banyak makanan dalam peti ais perlu dihabiskan supaya tak membazir sebelum balik.
No comments:
Post a Comment