Wednesday, January 22, 2014

3 Hari 2 Malam : Teluk Senangin

Catatan 17,18 &19 Januari 2014

Jumaat lepas ada cuti umum. Lepas bincang lebih kurang kami pun buat keputusan ke Teluk Senangin. Lagipun dah lama tak datang sini. Kali ni lama sikit, duduk 3 hari 2 malam. Sewa Chalet Haji Kamal sekali lagi.

Sewanya sekarang RM40 untuk semalam. Sesuai dengan kenaikan harga barang-barang selain kangkung....kenaikan sebanyak RM10 ni kira ok lah. Contact Number Haji Kamal ni 012 -5287825.

Demi keselesaan kami sumbat masuk macam-macam barang sampai nyaris penuh kereta aku dengan pelbagai kelengkapan yang kami bawak dari rumah. Dari dapur gas kecik, BBQ set, periuk belanga, bahan mentah sehinggalah ke kipas angin, tilam dan peralatan elektronik semuanya serba lengkap.



Walaupun chalet ni biasa aje dan rating tak  sampai 1 bintang pun, kami tetap sukakannya sebab kedudukannya yang hampir dengan pantai, bebas memasak dan membakar seafood sesuka hati jugak suasananya yang redup dan mendamaikan.


 Sebahagian chalet Hj Kamal 

 1st night buat ayam percik

Sarapan

 Ada sukaneka kat chalet sebelah

 
Chalet-chalet lain yang terdapat di sini

 Menu makan tengahari 2nd day.....masak lemak labu, sambal telur hancur dan ikan goreng

  Buah kelapa ni pemberian dari tuan punya chalet

 
 Macam macam ada kat gerai ni

 Menu petang kami beli je...waktu macam ni memang ramai orang jual makanan

 



Suka depa kutip siput remis ni


Siakap bakar sambal yang meletop bila dimakan

Anak jiran chalet sebelah.....minat depa tengok anak aku main game  

Sarapan hari terakhir...nasi lemak daun pisang dan laksami udang.......yummy....mai bercuti ka mai makan ni??

Nama bot sekarang pun dah advance



Suasana tepian pantai di awal pagi


Paling best kali ni suasana agak sejuk dan banyak angin. Memang seronoklah untuk bersantai-santai bersama keluarga tersayang.

8 comments:

Nurul Azizah Selamat said...

Salam nak tanya, chalet haji kamal tu ada plug x?

said...

waalaikumusalam ada

Anonymous said...

salam..boleh saya tgk keadaan dalam chalet tak...

Unknown said...

sy pn nk tgok keadaan dlm chalet..BH share x photo..tq

Unknown said...

*blh

MOHD HAPIZI BIN MOHD FATHER said...

duduk hotel mana dan berapa harga?

Unknown said...

Assalamualaikum
Nak maklumkan tuan haji kamal telah pulang ke Rahmatullah pada hari jumaat 13/03/2020

said...

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un