2, 3 & 4 Januari 2015
Ini kira entry terbengkalai punya sebab
lama betul aku tak update blog aku ni. Sibuk dok menguruskan kehidupan yang
semakin mencabar sejak kejatuhan nilai ringgit ni....hehehehhe. Apapun blog ni
macam rumah jugak, kalau lama jadi bersawang dan usang. Jadi pasal Teluk
Senangin pun kira boleh la.
Teluk Senangin......tempat yang tak penah jemu pergi. Sama jugak macam Cameron Highland. Pergi waktu bila pun sentiasa best je. Kali ini tidur dua malam lagi. Musykil aku, dah berapa kali kami berazam nak sewa chalet lain pulak.......tapi berkesudahan tetap dengan Chalet Kamal Hj Zaman jugak. Ada pelaris ni.....hehee.
Special kali ni menunya dikuasai oleh ketam-ketam segar dan masih hidup lagi yang kami beli dari nelayan di bahagian hujung pantai ini. Tunggu aje nelayan balik dari laut pagi-pagi. Bukan setakat ketam, udang besar dan ikan pun ada. Harga pun berpatutan. Sedia maklum ketam memang kegemaran kami sekeluarga.
Sampai sini dah agak petang....jadi terus masak untuk makan malam
Makan malam dah siap
Esoknya pulak sudah makan pagi tu, aku pegi jalan sampai dekat nak hujung pantai tu...nampak macam ada bot nelayan baru sampai. Alhamdulillah ada rezki...
Kueyteow goreng untuk sarapan
Pukat nelayan ni padat dengan ketam yang masih hidup
Ketam semua gred A punya.....perghhh
Ikan segar.....sukar dilepaskan
Chef sedang beraksi
Aktiviti membakar ikan berlapikkan daun pandan....
siang malam depa punya bakar....jenuh makan
Menu spesel untuk hari kedua...gulai lemak ketam
......memang terangkat
Ikan sebelah yang besar
...goreng aje pon sodap
Sebelah petangnya macam biasa kami bungkus je
...macam macam bole dapat
...macam macam bole dapat
Cucur cempedak
Malam pulak goreng aje ketam tu dan makan bersama bubur nasi......manyak syiok oooo
Makan megi sebelum balik
Mai sini depa angkut chess dan saidina....maklumlah banyak masa nak main
Aku membayangkan kalau lah pasir kat pantai ni putih dan lautnya jernih je macam kat Krabi tempohari...alangkah indahnya...mau check in sebulan terus
Pejam celik pejam celik dah pun hujung tahun...Mana pun tak pegi, tabung ayam itik semua habis bocor....
Tak pe, tahun 2016 aku beli tabung unta pulak. Besar tabungnya tu....hehehehhe. Mana tau boleh melancong lagi banyak tempat yang indah-indah.
4 comments:
Alamak Farikica,terdelete la pulak. adeh.....masak kat depan depan chalet tu aje. Atas meja batunya.
teluk senangin best.
ate nye.. orang perak mmg tak pergi teluk batik dah.. teluk batik tak best dah sekarang kannnn
betul tu. Teluk Batik skrg tak macam dulu
Betui2 yeop...
Orang perak tak layan teluk batik dah skrg ni.
Teruk bebenor...
Post a Comment