Thursday, February 25, 2016

Berhujung Tahun di Cameron Highland


20, 21 & 22 December 2015

Day 1

Hujung tahun dah ni. Cuti sekolah pun panjang, jadi aku ingat nak cari tempat sejuk sikit maka macam biasa Cameron Highland jadi pilihan. Kali ni, aku kurangkan melawat attraction tapi lebihkan bersantai-santai dan menghirup udara dingin dan segar.

Sekali lagi kali ini kami amik Cool Point Hotel untuk malam pertama dan untuk malam kedua pulak Copthorne Apartment.

Memang bestlah menghabiskan masa di sini seperti makan scone dan home made ice cream di Taman Sedia, berjogging di taman Tanah Rata, menikmati steambot dalam kedinginan dan bersantai - santai di balkoni apartment.   

Nampaknya bulan December kali ni memang sejuk luar biasa kat Cameron. Hotel pulak tak de satu pun yang ada heater kat dalam bilik. Berkira betullah.  Nak tidur tu kena berbungkus sakan, macam negeri mat saleh la Cameron sekarang....hehehhee

Sampai - sampai terus beli strawberry ni kat pasar hari Brinchang. Dia punya kombinasi mestilah milo atau nak lagi sedap guna chocolate drink  yang dicampur dengan susu pekat. Yang ni rasa dia lebih sedap dari coklat yang dijual tu


Lepak di taman sebelah hotel  sambil menghabiskan sarapan yang masih banyak yang dibeli di Manjung pagi tadi 


Cool Point lagi

Bilik yang luas

Puas berehat rehat, kami keluar ke Taman Sedia.


Starzy Strawberry Taman Sedia. Asalnya nak ke Opah Strawberry yang katanya viral di kalangan penggemar, tapi tutup pulak nampaknya. Apapun scone dan homemade ice cream kat Starzy ni pun sedap rasa dia




Habis makan kami meronda ronda sekitar Taman Sedia, masa on the way nak keluar ke jalan besar tu nampak kedai ni. Singgah kejap .

Steamboat Taman Sedia, tak jadi makan sini nampaknya walaupun suasana agak menarik

Dinner kat Steamboat Snack Corner sebelah Hotel De La Fern. Total RM68.00. Asalnya nak cuba steamboat tadi, tapi harganya ikut pax, kalau 4 orang dah RM100. Kelebihannya pulak boleh amik makanan tanpa limit. Nampaknya tak begitu sesuai untuk kami sebab yang kat Steambot Snack Corner ni pun dah cukup kenyang dan suasananya lebih classy. 

Day 2

Bangun pagi tu kami keluar jogging kat taman sebelah hotel ni.

Berjogging pagi pagi kat sini memang best. Sejuk sungguh rasanya. Semakin best
bila matahari mulai terbit. Ala-ala sunbathing gitu. Mengingatkan kami kenangan  di Lorient France dulu.



Di tepian sungai

Habis jogging kami meronda ke Ladang Teh Boh Ringlet ni. Memang cantik viewnya. Lebih cantik dari Teh Boh Sungai Palas, cuma kekurangannya tak boleh nak turun ke ladang teh, sekadar boleh view dari cafenya sahaja

Selesai check out lunch kat Marry Brown Tanah Rata dulu. Depan hotel je. Seberang jalan. Tempat favourite bebudak ni


Check in pulak kat Copthorne Hotel dekat Kea Farm. Aku amik apartment 2 bilik. RM397 campur GST. Saje teman nak merase yang mahei sikit.... Suasana best cuma check in lembab betul. 

Ruang tamu

Microwave aje ada kat dapur ni. Sebijik pinggan tak ada

Apartment kami di tingkat atas sekali, memang privacy dan view cantik. Kalau dapat buat bbq mesti best nih

Bilik kedua

Cantik dan best, tapi sejuk waktu malam tu yang tak tahan

View dari bilik utama

View dari bilik kedua

Boleh nampak dari sini pekerja-pekerja ladang sedang mencabut dan mencantas sesuatu. Kami agak lobak putih kot yang atas bukit tu. Ladang kobis pun ada

Petang tu, kami  ke Taman Sedia sekali lagi.


Semalam dah datang Starzy Strawberry ni, petang ni datang lagi. Sedap punya pasal kena ulang lagi lah jawabnya. Lagipun semalam tu makan share, nak rasa sedap ke tak aje. Harini baru makan betul-betul heheh

Day 3

Bangun pagi dengan suasana yang begini alangkah indahnya...rasa tak nak balik je.

Pagi yang nyaman





Lepas check out kami bersantai kat area hotel ni kejap sebelum bertolak balik.

Lanskap yang menarik

Bunga-bungaan sekitar Copthorne ni memang cantik belaka 

Ala bucuk-bucuk



Hasil kali ni...sikit aje

No comments: