Wednesday, March 29, 2017

Umrah 2017 : Booking and Preparation


   لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكإِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ  لَكَ
Aku memenuhi panggilanMu ya Allah aku memenuhi panggilanMu. Aku memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku memenuhi panggilanMu. Sesungguhnya pujian dan ni’mat adalah milikMu begitu juga kerajaan tiada sekutu bagiMu

Alhamdulillah baru baru ini aku sekeluarga diberi Allah rezeki untuk mengerjakan Umrah di Tanah Suci. 

Adapun persediaan pergi umrah ni tidaklah macam nak pergi melancong. Selain persediaan fizikal seperti kesihatan, pakaian dan lain -lain, persediaan mental pun kena ada jugak. Lagi lagi ada banyak cakap cakap orang versi Majalah Mastika yang menakutkan yang mengerikan. Seakan-akan Mekah dan Madinah ni tempat mendapat balasan.

Agaknya ada yang terlupa, bahawa Allah itu penuh sifat Rahman dan Rahim dan sesungguhnya Allah menangguhkan balasan terhadap orang yang sedang bermaksiat dan yang menderhaka, apatah lagi mereka yang sedang berusaha berbuat taat. Apakah Allah akan memberi balasan buruk kepada para tetamuNya yang datang dengan penuh harapan ke rumahNya..? Hendaklah kita sentiasa berbaik sangka dengan Allah dan kikislah tanggapan Tanah Haram ini tempat mendapat hukuman dan balasan kerana inilah tempat merasai kecintaan, rahmat dan kasih sayang Allah. 


Umrah maupun haji adalah perjalanan hati. Maka seharusnya hati wajib dibersihkan sebelum ke sana lagi, maka akan bertambah-tambah bersih lagi sepulangnya dari Tanah Suci. Semakin baik akhlaknya dan semakin banyak amalannya.  Itulah tanda-tanda orang yang mendapat umrah atau haji yang Mabrur. Tamat ceramah.

Pakej, kursus, dokumen dan pakaian 


Untuk Umrah ni kami pergi Pakej Ekonomi Imtiyaz Travel yang dinamakan "Pakej Super Jimat". Imtiyaz Travel ni ada opis kat belakang Econsave Sitiawan. Lebih mudah berurusan. 


Harga pakej ni RM4970 seorang. Nama pun pakej super jimat jadi dalam kepala tu kenalah set-up segala-galanya serba sederhana. Jangan pulak ambik pakej ekonomi nak dapat layanan dan kemudahan 5 bintang. Apa yang penting dapat mengerjakan umrah dengan sempurna. 


Program umrah Imtiyaz Travel


Untuk persediaan pergi umrah aku banyak merujuk kepada blog umrahku. Sangat lengkap. Terima kasih kepada tuan punya blog hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan saudara dengan pahala yang berlipat kali ganda. Link blog nya :
Blog Umrahku

Tentang kursus umrah, Imtiyaz buat kat Lekir, pasal tarikh ni masjid terdekat takde kosong. Sekali aje pergi sana, Alhamdulillah dah faham tentang semua tatacara mengerjakan umrah secara detail, tambahan pula kerap aku sekeluarga melihat youtube panduan umrah yang menerangkan secara lengkap segala-galanya dari rukun umrah, pantang larang ihram sampailah ke cara memakai Ihram yang betul dan selamat. 

Terimakasih kepada mereka yang bersusah payah upload dalam youtube hanya Allah yang dapat membalas kebaikan mereka.

Slide penerangan kursus umrah di al Baghdadi Learning Center Bt 7 Lekir


Ustaz sedang memberi bimbingan kepada para peserta

Buku suntikan meningitis dari Klinik Family...sorang kena RM130

Passport kami dah nak expired... kenalah renew RM200 seorang untuk 5 tahun

Bab pakaian umrah ni ada je kedai kat Manjung yang offer kelengkapan umrah yang berkualiti. Tapi kalau nak jimat kat Mydin pun ada supply kelengkapan yang sederhana pada harga yang lebih rendah. Jadi sebahagian aku beli di Manjung dan sebahagian lagi di Mydin Permatang Pauh.

Walaupun setiap pakej umrah ada mencadangkan pelbagai kelengkapan, maka pandai-pandai sendirilah menentukan kuantiti barang yang nak dibawa.  Kain Ihram sepasang pun dah mencukupi, tapi kalau risau boleh spare lagi satu. Macam aku, beli 3 pasang untuk aku dan Haikal.

Pakaian ihram... harga ada yang sepasang RM70, RM50 dan paling murah RM29.90 

Pasal beg, Imtiyaz ada bagi hand carry beroda sorang satu. Jadi aku tambah dua hand carry beroda, luggage besar satu dan tambahan satu lagi luggage saiz sedang yang dibeli di AEON last minit nak bertolak. 

                                                     Hand carry dari Imtiyaz


Beg galas / pinggang ni memang sangat berguna dari pegi sampai balik untuk letak pasport,duit,air zam zam,sejadah dan benda benda kecik yang lain.


Ni beg tambahan yang dibeli 

Duit cash pulak tak banyak yang aku bawak sekadar Riyal 3200 untuk sekeluarga itupun tak habis pakai walaupun digunakan untuk makan-makan, tambang teksi, beli sedikit souvenir, jubah anak isteri dan lain-lain. 

Nampaknya pakej Imtiyaz ni walaupun pakej ekonomi serba mencukupi. Makanan sentiasa cukup malah berlebihan, ziarah luar langsung tak minta tambahan sebab aku pernah dengar dan terbaca ada sesetengah pakej ziarah luar minta duit tambahan.


No comments: