3 - 10 Februari 2017
Bas bergerak lancar menuju
Mekah. Sampai masa untuk berniat umrah, bas cuma berhenti sebentar
sahaja di Bir Ali dan tidak masuk ke kawasan masjid kerana keadaan masjid dan
parking bas yang sesak.
Miqat Umrah Bir Ali
Lepas berniat umrah,
perjalanan di sambung semula. Kelihatan suasana padang pasir yang
bebukit bukau dan berbatu di kiri kanan bas. Terlintas di hati alangkah jauhnya
dan hebatnya hijrah Rasulullah melalui laluan yang sesukar ini dengan berjalan
kaki. Semuanya kerana Islam.
Alangkah ruginya kita yang menerima islam secara mudah ini menjadi muslim yang ala kadar sahaja, beribadah sambil lewa, bermaksiat, suka berhibur dan membuang masa dengan sia-sia.
Bas berhenti seketika di R&R untuk solat
dan makan. Perjalanan ini mengambil masa selama 5 Jam. Suasana agak sejuk
dan orang agak ramai di tempat rehat ini.
R&R
Kami tiba di Mekah agak
lewat juga. Kali ini kami ditempatkan di hotel Loloat Azhar. Berbanding dengan
hotel di Madinah, hotel ini lebih jauh lagi dari Masjidil haram iaitu kira-kira
650M. Untuk ke Masjidil Haram lebih kurang 15 minit berjalan kaki.
Tapi bagi sesiapa yang tak berapa larat nak berjalan, ada banyak teksi untuk berulang-alik ke Masjidil Haram. Harga tambang teksi ikut masa dan boleh dirunding. Kalau nasib baik satu teksi 4 orang boleh dapat 10 Riyal. Kalau waktu puncak lebih sikit la.
Satu bilik ada 4 katil.
Ada bilik siap kabinet dapur dan sinki tapi tak boleh digunakan. Untuk kegunaan
Jemaah haji dulu agaknya
Selepas makan malam dan berehat sebentar
kami pun dibawa ke Masjidil Haram untuk melaksanakan ibadah Umrah.
Alhamdulillah dah agak tengah malam macam ini orang pun tidak begitu ramai, jadi
senanglah untuk melaksanakan tawaf. Aku bertawaf dengan Haikal dan Nora dengan
Nabila. Sekejap sahaja untuk menghabiskan 7 pusingan yang di mulakan dari
belakang lampu hijau.
Suasana sekeliling Kaabah memang terang
benderang dan Kaabah kelihatan menakjubkan berdiri megah di tengah-tengah
ribuan umat yang datang ke sini semata-mata menyahut panggilan dan
mengharapkan keredhaan Allah.
Memang mengkagumkan kerana dapat melihat sendiri bangunan yang didirikan oleh Nabi Allah Ibrahim dan Ismail ini yang selama ini menjadi arah kiblat solat kini berada di hadapan mata.
Selesai tawaf dan solat sunat serta
minum air zam zam, kami sekeluarga berkumpul depan pintu masuk tadi dan menuju
ke tempat permulaan saie pula. Masa ini ahli group Imtiyaz yang lain dah
terpisah, tapi tak masalah kerana ada banyak penunjuk arah, tambahan pula ada
keluarga kakak ipar aku yang memang expert kerana telah berkali-kali
mengerjakan umrah.
Saie memang mencabar sebab jarak perjalanan total adalah 3.5 km (0.5km dari Safa ke Marwah total 7 pusingan). Depa tiga beranak aku suruh tinggalkan aje aku yang kurang mampu nak jalan laju-laju (maklumlah dah tua-tua ni stamina pun kurang).
Sesekali aku berhenti minum air zam-zam bila terasa dahaga dan duduk sebentar bila letih atau lenguh lutut. Paling penting kena pastikan di mana tempat berhenti tadi sebab wajib bermula dari tempat yang sama lepas habis rehat.
Rehat sebentar memulihkan
tenaga semasa saie
Alhamdulillah dapat aku
melaksanakan 7 pusingan ini dengan sempurna dan diakhiri dengan
bercukur/menggunting rambut. Sampai di hentian terakhir, depa semua dah sudah
dan menunggu aku. Semoga kami semua mendapat umrah yang Mabrur. Amin Ya Allah
Semuanya selesai ketika dah
nak dekat solat Subuh. Jadi rehat sebentar sementara menunggu solat subuh
secara berjemaah. Sedap sungguh bacaan imam solat subuh dan macam di Madinah
tiada doa qunut atau doa lepas solat. Maka kita yang dah biasa berdoa lepas
solat ni, berdoalah secara sendiri.
Lagi satu seperti juga di Madinah, setiap lepas solat mesti ada solat jenazah, tak pernah miss walaupun satu waktu.
Dataran Masjidil Haram
Ada banyak merpati kat sini.....ramai yang dok bagi makan
Melihat sendiri menara jam di depan mata nampak indah pulak. Lagi lagi kalau tersalah arah, perhatikan sahaja menara ni, pasti dapat membantu kembali ke hotel semula.
Laluan dari hotel ke Masjidil Haram. Sesiapa yang ingin bersedekah kepada pekerja membersih jalan, mereka sentiasa ada sepanjang laluan ini
Aiskrim favourite
Macam hotel kat Madinah jugak makanan yang
disediakan memang sentiasa lebih. Rasa makananya sederhana ikut selera
Indonesia. Hotel ni nampaknya dikuasai oleh jemaah dari Indonesia.
Oleh kerana musim sejuk,
maka bulan Februari macam sekarang waktu solat jadi rapat-rapat. Macam tak
begitu berbaloi sekejap ke hotel, sekejap datang semula ke masjid. Jadi
biasanya kami marathon duduk dalam masjid dari asar sampai Isyak dan sekali
dari Zohor sampai Isyak.
Kalau lapar keluar aje depan Masjidil Haram ada banyak kedai makan, cuma janganlah menaruh harapan rasa makanannya sesedap di Malaysia kerana selera arab ni lain macam sikit. Kurang garam dan kurang gula memang perkara biasa.
Ziarah
Luar
Program 2 kali ziarah pula adalah seperti berikut :
- Padang arafah
- Mudzalifah
- Mina
- Miqat Jaranah untuk umrah ke 2
- Jabal Thur, Jabal Nur dan Jabal
Rahmah
- Ladang Unta
- Miqat Hudaibiyah untuk umrah ke
3
- Muzium dua tanah haram
Ladang Unta. Syukur dapat melawat ladang unta ni kerana menurut mutawif beberapa minggu sebelum ni tidak di benarkan melawat
Di hadapan Muzium dua Tanah Haram yang mempamerkan barang-barang bersejarah dari Masjid Mekah dan Madinah
Jabal Thur
Jabal Rahmah
Atas Jabal Rahmah bersama Paklangnya
Dataran Kaabah ni kalau nampak dari atas Masjidil Haram macam sesak teruk, tapi bila turun sendiri ke bawah tak sesak mana pun dan sentiasa ada ruang untuk mengerjakan tawaf
Selamat tinggal Kota Suci Mekah
Akhirnya setelah 6 hari berada di Mekah, maka sampai masa
untuk melaksanakan Tawaf Widak (berpakaian biasa) dan mengucapkan selamat
tinggal kepada Tanah Suci Mekah. Syukur Alhamdulillah berkesempatan mengerjakan
ibadah umrah tanpa sebarang halangan.
Tengahari selepas makan, bas pun bertolak ke
Jeddah dan perjalanan mengambil masa 2 jam. Lama jugak kena menunggu di airport
kerana menurut Mutawif memang diarahkan pihak berkuasa untuk berada lebih awal
di sana. Urusan imigresen agak mudah dan tiada sangkut-sangkut. Alhamdulillah.
Sekali lagi menaiki
pesawat Air Sri Lankan. Transit sebentar di Colombo kira-kira sejam sahaja.
Urusan Imigresen lebih mudah sebab tak keluar dari airport.
Sampai di KLIA semua Jemaah dibekalkan 5-liter air Zam Zam setiap seorang. Oleh kerana kami berempat maka dapatlah 20 liter. Tidak membuang masa kami mengambil ERL ke Putrajaya Sentral semula.
Syukurlah kereta dapat dihidupkan dengan mudah dan bayaran parking RM72 kalau tak silap aku. Kena ingat untuk bawak duit RM10 dan duit RM1 kerana mesin automatiknya tidak menerima wang 20 atau 50.
Selesai semua kami terus bertolak ke Permatang
Pauh untuk menghantar Nabila ke UITM. Terasa keletihannya memandu sejauh ini
selepas mengharungi flight beberapa jam. Sampai aku kena berhenti tidur dan
mandi di R&R untuk melegakan badan.
Kami tiba di Permatang
Pauh sudah malam. Makan dahulu di Faiz station kegemaran sekeluarga. Ikan
siakap masak masam manis dan tomyam gongnya memang sedap. Dah kenyang terus
check in Hotel Seri Pauh untuk semalam.
Esoknya selepas menghantar Nabila kami bergerak ke Manjung. Maka berakhirlah kembara Umrah 2017 kami. Segala puji-pujian bagi Mu Ya Allah yang telah memudahkan perjalanan Umrah kami ini.
4 comments:
Alhamdulillah...Another beautiful Writing Amran...
Banyak photo menarik...
Your photo collections boleh generate some income...boleh tengok sini
https://www.shutterstock.com/g/Casa+nayafana?rid=3696461&utm_medium=email&utm_source=ctrbreferral-link
Suka suka je Yahya. Kot kot anak cucu nak tau pasal atuk dia.....haaaa ni la blog atuk dulu dulu. Tq pasal idea generate income tu. Btw gambaq aku biasa biasa saja. Gambaq hang lagi superb.
Assalamualaikum sahabat. Terjumpa blog miker ni. Apa kabo yop.long time no see. Alhamdulillah perkongsian yang amat menarik dan cukup bermanfaat. Tq sheikh
(Najmulkhair Nawawi. Adik Baizid. We are old Cliffordian)
Waalaikumusalam. Alhamduliilah sihat aje teman. Ingat lagi teman kalo azan atau baca quran suara Najmulkhair ni le yang paling sedap macam suara Baizid juge. Teman pun dah lama tak menjenguk Clifford.
Post a Comment