Saturday, October 28, 2017

Perth : Travel Day & Day 1


14 - 15 October 2017

Manjung - Permatang Pauh - Salak Tinggi - KLIA - Perth Airport - Homestay Belmont 

Secara ringkas program penginapan aku macam ni :
  • 1 malam di Hai O Hotel Salak Tinggi - sebab flight pagi
  • 1 malam di Belmont, Perth - Menginap di homestay
  • 4 malam - Bermotorhome sekitar West Australia
  • 2 malam di Belmont, Perth - Menginap di homestay dan jalan-jalan sekitar Perth
Bab persiapan, sama jugak macam sebelum ni aku prepare list makanan dan ubatan yang lengkap. Maklumlah Australia ni cerewet sikit. Visa/ETA amik dari agen sebelum ni iaitu si Intan RM20 seorang. 

Makanan pulak dibeli di Tesco Manjung lengkap dengan paste dan perencah pelbagai jenis. Maka pada 14 Oct kami pun bergerak ke Hotel Hai O di Salak Tinggi. Sebelum tu kena amik Nabila dulu kat Permatang Pauh.

                                                       Singgah makan di Perhentian Tapah

Hotel Hai O ni jadi pilihan aku sebab jaraknya yang agak hampir dengan stesen ERL Salak Tinggi. Lagi pun tak banyak hotel berhampiran yang aku jumpa dalam internet, sekali bila sampai area ni, nampak banyaknya hotel lain yang lebih baru. Rate hotelnya RM130 untuk family room. Boleh tahan la keadaan bilik aku di tingkat 2 ni.

Oleh kerana flight awal pagi, maka terpaksalah aku dengan Nora pergi riki dulu kata orang utara (survey). Takut-takut sampai masa nanti tak jumpa stesen ERL. Susah sikit nak jumpa sebab tak perasan langsung ada jalan masuk sebelah fly over untuk ke stesen ni. Nasib baik ada sorang pemuda baik hati tolong tunjukkan. Alhamdulillah. 

Pagi pagi lepas subuh terus kami check out dan segera ke ERL Salak Tinggi. Setelah drop out lugage dan ahli rombongan Cik Kiah depan ERL station, aku dan biras Abang Sudeen terus parking kereta. Aku ingat banyak parking kosong sebab masih awal pagi, rupanya agak penuh. Sampai kena naik level 3 baru ada kosong.

Suspen jugak aku pasal masa agak suntuk, lagi lagi memikirkan KLIA 2 ni memang hazab kena berjalan jauh. Akan tetapi syukurlah check in lugage lancar aje memandangkan ibu mertua aku yang berkerusi roda, maka boleh check in di kaunter khas. Tambah lagi semua orang tak payah jalan kaki jauh-jauh kerana dipelawa menaiki kenderaan khas. Alhamdulillah lagi sekali.

Flight agak delay ke sana kemari kat runway entah berapa lama. Tak taulah apa sebabnya. Apapun selamat take off dan penerbangan ini mengambil masa 5 jam. Apa lagi aktiviti yang sedap dibuat melainkan tidur ...maklumlah letih travel semalam pun belum reda.  



Sampai

Perth Airport


Flight landing di Perth Airport lebih kurang 3.15 petang. Still on time, gamaknya pilot dia pecut kot haha. Pemeriksaan lugage berjalan lancar. Kastam cuma tick aje list makanan dan ubatan yang aku bawa tu....terus jalan keluar tanpa pemeriksaan. Lega.

Homestay yang aku tempah terletak di Belmont. Nak ke sana kena naik teksi nampaknya. Nasib kurang baik tiada sebarang teksi masa tu. Petang Ahad macam ni mat saleh kira nak berehat aje. Call Swan Taxi, dia kata tak boleh hantar teksi masa ni. 

Ada sorang minah Indon tu approach kami dan bagitau ada member dia  boleh hantar tapi dia nak dekat AUD100. Mahal tu, Belmont sekitar 4 km aje dari airport. Sekali ada sorang mat saleh offer abang ipar aku naik bas ke Belmont. Kami pun malas nak tunggu teksi ikut aje. 

Dalam bas

Ini pengalaman lucu dan letih sebab bas tu tak lalu Gardiner Street tempat homestay tu. End up kami sampai kat CBD Perth. Nasib baik driver tu bagitau dia boleh patah balik dan drop kami kat Belmont Forum , lepas tu kena amik bas lain. Mujurlah sekejap aje bas lagi satu tu sampai, dan kami pun turun depan IGA Belmont yang kira-kira 300m dari Homestay. Kosnya AUD15 untuk 7 orang. Memang jimat banyaklah.

Sampai homestay kami disambut oleh parents owner yang tinggal di sebelah rumah sahaja. Terus dia bagi kunci dan penerangan serba sedikit.

Rumah ni aku book kat Airbnb  pada harga RM 610 semalam. Ada 3 bilik, laundry dan dapur serba lengkap dan selesa. Halaman rumahnya pun cantik dengan bunga-bungaan. 

Dapur yang luas

Bilik mandi

Tandas siap  ada library...kagum anak anak aku

Ruang tamu pun agak besar


 View dari ruang makan

Bilik tengah

Ni bilik belakang...bilik depan lagi besar ada 1 katil queen  dan 1 katil bujang..lupa nak snap

Menu pertama.....nasi impit dan bihun goreng

Backyard. Yang besar tu pokok avocado rumah belakang


Kakak ipar aku ni ada kedai makan. Jadi pasal makan-makan dan masak-masak tanggung beres. Ikan bilis dan sambal udang kering pun dibawaknya. Perut pun dah kenyang. Sejuk sejuk macam ni memang sedap tidur. Esok bermulalah kembara Perth.

No comments: