Wednesday, March 20, 2019

Hokkaido Road Trip : Day 2

13 Feb 2019

Sapporo - Takino Suzuran



Sapporo dan sekitar Hokkaido ini  terkenal  kerana kualiti saljinya dari  jenis powdery antara yang terbaik di dunia. Lembut, gebu dan berserbuk memang beza lah dengan salji yang pernah aku pegang di Swiss atau Germany last time. 
Pagi-pagi lepas sarapan dan membayar parking (parking semalaman dalam 1000 yen) terus menuju ke Takino Suzuran. Hari ni keluar lewat sikit. Letih semalam belum habis.

Betul-betul gebu dan powdery

Bayar parking. Ambik masa jugak ni sebab belum cekap. Nasib baik ada Haikal yang bantu aku cara-cara bayar parking ni yang dalam bahasa Jepun. Tahu aje dia cara nak bayar

Lepas posing jangan lupa buang salji kat kereta kita ye nak... aktiviti  cuci salji  ni dah  rutin sepanjang di sini. Siang malam ada aje salji turun



Singgah dulu di Family Mart berdekatan. Depa beli apa kat sini pun aku dah tak ingat. Biasa kalau aku pesan cuma nasik segera je tapi depa mesti tambah macam macam barang lain punya.

Sepanjang kat sini pantang la kalau nampak Family Mart, Seico Mart ke apa mesti depa nak singgah... ada aje benda yang nak dibeli, heran aku. Kalau aku, turun pi tandas adalah kat sini hehe. Jepun ni style ada tandas bidet kat dalam kedai. Tak payah singgah petrol pump. Ok aje singgah sini sebab tepi jalan tambahan pulak parking dia pun luas.

 Teringin aiskrim letu, kesian... depa sendiri tak berani beli sebab rasa was was lepas cek ingredients dia. Tengoklah jam kat dinding kedai dah 10 suku masih ada sini lagi adeh...  bila mau sampai daa 

Laluan ke Takino Suzuran ni aman-aman saja. Senyap sunyi terutama bila dekat kawasan pergunungan. Siap terfikir tempat ni tutup ke. Sekali dah sampai bukan main meriah lagi nampaknya. Banyak kereta dan bas rombongan budak sekolah.

On the way

Ni dekat nak sampai... barisan patung ni nampak macam kat Easter Island pun ada

Tempat ni memang pilihan orang kebanyakan macam kami ni, maklumlah masuk pun percuma. Main tube sledding pun percuma jugak mainlah berapa kali pun asalkan sanggup beratur semula. 

Memang cantik tempatnya dan menyeronokkan. Sapa yang nak main ski pun boleh. Awok anak beranak  orang kampung, main tube sledding ni pun dah best dan seronok. Depa ulang naik sledding ni 4 kali. 

Nasib baik sungguh depa sebab berbaris nak naik tu sekejap je... kali ke 3 dan 4 takyah berbaris terus sebab takde orang. Siap mamat yang jaga tu panggil depa suruh naik banyak kali lagi haha.

Kekurangan winter ni adalah masa yang terlalu singkat. Belum sampai pukul 4 dah mula terlebih sejuk dan tanda-tanda nak gelap muncul.  

Parking free... semua pun free lah hehe

Kena panjat tangga ni dulu

Pintu masuk

Anak-anak Jepun nak main ski 


Tempat main ski


Sampai sini dah masuk waktu Zohor. Jadi kami try masuk kat dalam kawasan ni kot kot ada surau kecik ke apa. Wife aku tegur dan tanya pompuan Melayu dalam tu kot depa tau... depa pun taktau.  Memang takdelah nampaknya. Tandas ada la. Keluar balik intai intai kot nak solat kat bawah pokok ke apa... sejuk pulak rasa kaki nanti. Adeh. 

Masa lalu kat deretan bangku ni, tetiba budak melayu tadi panggil dan bagitau masuklah solat kat dalam bilik ni. Laa rupanya dalam tu tadi yang nampak ada bangku meja semua tu tempat rehat... ingatkan kedai makan bila sekali pandang mmm... kalau tak, tadi dah aku masuk situ hehe... Alhamdulillah. Baguslah budak tu tolong kabokan.

Dalam bangunan belakang bangku nilah semua orang solat

Nak ke tempat sledding kena jalan terus dari pintu masuk tadi lebih kurang 10 minit... view sepanjang laluan dia cantik 



Langit biru sungguh hari ni


Sledding track dia memang panjang. Laju giler tube mengelongsor


Nak naik ke starting point sledding cuma perlu duduk aje atas tube, lepas tu staff dia tolong pasang cangkuk tube ke cable rope dan ditarik ke atas

View tengah ditarik ke starting point tube sledding... sebenarnya masa kena tarik ni pon rasa best dah haha... nanges pokcik, kampung sungguh


View dari starting point

Tengah tunggu giliran nak sledding


Dah macam photoshoot lah pulak depa ni... haih 



Habis Takino Suzuran... jom lah balik

Nampaknya untuk hari ni dapat pi satu tempat ni ajelah. Ikut itinerary pagi pagi hari ni nak ke Lake Shikotsu dulu, tak sempatlah gayanya. 

Abis tempat ni apa lagi bertolak le ke Apartment L'Arc Susukino yang aku book semalam. Senang cari. Ada satu family dari Sabah pun menyewa kat sini. Nampaknya access masuk pun mudah. 



Sampai  dah apartment 





Wife aku main tekan tekan aje periuk ni... malas nak guna google translate 

Tu dia sup sayur king crab dan ayam masak kunyit suda mari

Apartment ni memang comel dan best. Serba lengkap. Iron pun ada. Peralatan memasak serba serbi cukup. Apa lagi makan sedap sikit le. Balun...

Tido awal sikitlah... esok nak jalan jauh. 

8 comments:

Kay said...

saya baru tahu salji pun ada kualiti dan gred. bestnya main salji

said...

True. Salji dia memang lagi best

casa nayafana said...

Driving licenece Malaysia punya boleh pakai tanpa additional letter ya Amran

said...

Kena ada International Driving License dari JPJ Yahya. Jepun ni strict sikit

casa nayafana said...

ok noted...International ni bayar jer ke pi test kat JPJ

said...

Takde test apapun. Pergi JPJ bawak lesen dan isi borang nak buat IDP. Bayar 100 lebih. Dalam sejam siap la.

ida said...

salam en.Amran, nak tanya sket, yg masak ayam ni masa kt 2nd apartment kan? bahan mentah beli masa 1st day.. macam mana simpan ye sblm masuk 2nd apartment? biar dlm kereta tak rosak sebab sejuk ke?

said...

Waalaikumusalam.
Apartment first pun ada peti ais. Sini makanan tahan lama. Kalau nak lagi selamat masukkan salji dalam bekas ayam sebelum letak dalam boot kereta.