Sunday, March 10, 2019

Hokkaido Road Trip : Day 1

11 & 12 Feb 2019

Manjung - ERL Salak Tinggi  - KLIA - Osaka Kansai Airport  -  New Chitose Airport - Sapporo

Flight MAS KL - Osaka departure pukul 10.40 malam. Tapi aku bertolak awal sikit dari Manjung, maklumlah masa pergi Korea hari tu kena traffic jam teruk, jadi bimbang jugak aku amik risiko sampai lambat. Tapi alhamdulillah kali ni takde jam cuma kadang musykil jugak aku,  bila pegi airport ni rasa macam dah pegi awal tapi bila sampai sana sama je masanya ngam ngam aje jadinya.

Sampai di ERL Salak tinggi macam biasa cari tempat parking. Nampaknya nasib baik kali ni dapat parking kat 1st floor aje, dekat pun dekat.

Lepas amik ERL ke KLIA, sampai aje terus aku ke Tune Talk Booth nak ambik Wifi Baby yang aku dah book online ni. Untuk sepanjang trip ni charge dia RM90 dengan deposit RM200. 

Masa aku dengan Haikal sampai kaunter ada sorang cina kat kaunter tu tengah meroyan sakan sebab Wifi Baby yang dia ambik tak berfungsi masa dia Trip Bangkok. Dia pi kempen semua orang jangan ambik Wifi ni, aku cakap nak buat cemana, duit dah bayar aku cuma berharap semuanya ok di Japan nanti. 

Nampaknya memang rezeki, sepanjang trip wifi ni berfungsi dengan baik di semua tempat dan sangatlah berguna. Yang tak bestnya lembab giler depa nak pulangkan deposit, ramai dah yang komplen... aku pon sampai sekarang masih belum dapat.

Update 24 March : Aku dah dapat balik refund deposite RM 200.00 tu. Itupun selepas aku ugut nak report authorities. Apahal zaman sekarang ni, semua benda nak kena ugut baru dapat.....hahahahha.

Nampaknya semua orang agak lapar, tapi sedia maklum ada makanan dalam flight nanti. Jadi decide makan KFC sajalah, alas perut katanya. 



Sedia maklum check in dengan MAS ni memanglah serba bestNext time sila lebih giat kumpul duit supaya boleh naik MAS bila travel lagi. Perjalanan ke Osaka ini mengambil masa 6 jam lebih. Apalagi aktiviti yang best lepas makan selain tidur. Badan pun letih bawak kereta tadi... elok.

 Makanan dalam flight. Dekat nak landing makan breakfast pulak

Pesawat mendarat di Kansai Airport lebih kurang 5.40 pagi.  Lugagge langsung tak diperiksa. Selamat pelbagai jenis makanan yang dibawak. Alhamdulillah.


Next flight ke Sapporo dengan Peach Airways adalah jam 8.45 pagi. Asalnya aku nak amik Jet Star yang beroperasi di Terminal 1 Kansai Airport tapi entah macamana tukar jadi Peach Airways yang beroperasi di Terminal 2. 

Suasana sejuk sekali ketika ini, segera semua orang pakai baju sejuk dan bergerak ke Aeroplaza untuk mengambil free shuttle ke Terminal 2. Sampai Terminal 2, lepas self check in kat machine di sini, ada sikit masa lagi sebelum departure jadi kami berlegar-legar area sini. Nampaknya terminal 2 ni memang untuk low cost flight jadi kemudahannya pun serba kekurangan.

Menuju ke Aeroplaza

Peach Airways

View dekat nak landing

Selamat mendarat di New Chitose Airport pukul 11 lebih. Segera aku ke kaunter Orix Car Rental. Lepas tunjuk IDP dan passport bagai, kami dibawa dengan bas ke Orix Car Rental Center beberapa km dari Airport.

Aku book Honda jenis kecik aje tapi staff dia bagitau yang kereta telah ditukar dengan Honda Hybrid jenis lain yang lebih besar pada harga yang sama. Ini sudah bagus. Alhamdulillah. 

Harganya seminggu RM1377 + Full Coverage Insurance RM546 (Optional). Sengaja aku amik full coverage supaya boleh travel dengan senang hati. Lengkap dengan GPS boleh tukar ke English dan snow tyre.

Sampai di New Chitose Airport

Dalam bas menuju Orix Car Rental Center... sapa pon tarak dalam ni



Office Orix Car Rental

Ini kali pertama memandu dalam keadaan bersalji. Taklah sukar mana, lebih kurang sama aje. Driver seat sama macam Malaysia. Cuma kena jaga-jaga pejalan kaki sebab design jalanraya sini mengutamakan pejalan kaki. Kat traffic light, kalau nak turn kanan kena tunggu orang dari depan kosong baru boleh turn walaupun lampu tengah hijau.  

Segera aku set up GPS Map Code ke Gyomu Mart Chitose yang ada jual barangan halal. Dekat je. Wife aku pulak guna Google Map, jadi double confirmation tempat yg dituju.

Aku memang dah search sesiap ayam frozen Seara yang dibekalkan oleh pengeluar ayam halal certified, jadi tiada keraguan tentang status halalnya. Cari kat Mart ni tak jumpa pun, tanya staff dia tak tau English, dia cuma tunjuk section halal je. Nasib baik Nabila ternampak ayam tersebut kat area halal yang lain. Alhamdulillah. Terus aku beli 4 kilo bersama sedikit sayur sayuran. 

Ni lah kereta kami sekeluarga selama seminggu... sampai aje Mart ni, salji tetiba aje turun. Seronok depa dapat tengok dan rasa snowfall yang pertama. Dulu masa kat Swiss takde snowfall macam ni cuma ada salji yang dah sedia kat bawah. 


Lepas bayar duit, barang kena packing sendiri

Tu dia ayam halal Seara... ayam ni jenis boneless, lebih dari cukup untuk seminggu 

Perjalanan di sambung menuju ke Sapporo. Laluan menggunakan Express Way. Oleh kerana aku tak amik ETC yang Orix offer sebab cadang nak guna banyak jalan biasa sahaja, kena lalu lorong cash warna hijau (purple untuk ETC) . Harga tolnya RM 52.00. Tempat pertama singgah adalah Odori Park. Sempatlah lagi tengok beberapa sculpture ice festival yang masih wujud di sini sebab festival berakhir semalam. Sepatutnya kalau nak tengok Ice Festival kena datang beberapa hari lebih awal, tapi Sapporo ni plan kedua, jadi dapat tengok  baki sculpture pun kira ok la.

Menuju Sapporo




Suasana kiri kanan jalan

Odori Park... salah satu sculpture yang masih ada belakang sana




Abis Odori Park terus ke Nakajima Park pulak. Cantik taman ni walaupun tasiknya beku dan suasana makin sejuk. Seronok anak-anak aku bermain salji kat tempat ni.

Tasik yang membeku

Nakajima Park



Wife aku ni hidung dah merah sebab terlebih sejuk...you see tu la kelebihan kulit sawo matang cam aku nih....hehhehe

Vending machine ada di mana mana

Seterusnya ke Nijo Market nak tengok King Crab katanya. Besar betul King Crab, ngeri tengok.....akan tetapi harganya lagi ngeri.......hahhahahah. Apapun nak merasa aku beli ketam separuh. Walaupun separuh nampaknya banyak isinya bila wife aku campur dengan kari dan tomyam. Rasanya pulak boleh tahan la.


Nijo Market

Dalam Nijo Market

Destinasi akhir untuk hari ini mestilah apartment. Area Chuo Ku. Apartment ni aku tempah dari airBNB untuk 2 malam. Tapi itulah nasib agak kurang baik kali ini.  Walaupun jumpa apartment tu, tapi tak dapat masuk  sebab keycode yang diberikannya tak boleh bukak. Cuba berkali-kali tak berjaya. 

Beberapa hari kemudian baru aku tahu yang owner dia tukar key code 24 jam sebelum check in, masa tu masih dalam flight dan aku pun tak dapat notice tukar tu. Suka-suka aje dia tukar code dah tu tak follow up pulak tu. Sudahlah tempat parking dia penuh salji, boleh terbenam tayar kereta dibuatnya.

Beberapa orang Jepun yang baik hati cuba membantu siap call owner tapi tiada jawapan. Mau tak mau terpaksalah cari apartment lain. Mujurlah ada lagi kosong kat Residence Plus Sapporo dalam booking.com. Sebelum tu walk in beberapa hotel....mahal la pulak. 

Ini antara kelebihan berkereta, tak dapat aku bayangkan dalam kesejukan macam ni dengan beg yang besar nak cari apartment lain kalau tak ada kereta. Segera aku book dan terus menuju ke apartment baru. Kawasan berdekatan aje. Jumpa guna google map. Apartment ni mudah sebab ada receptionist 24 jam. 

Apartment yang aku book ni harga dia RM 330. Duit dah transfer. Sampai sana receptionist tu bagitau ada kesilapan dalam booking.com, jadi depa ganti dengan apartment lain.

Memang selesalah apartment gantian ni boleh muat sampai 6 orang. Katil pun best. Cadang nak sambung semalam lagi, sekali dia bagitau harga apartment tu sebenarnya dekat RM1000 terus aku book apartment lain iaitu  L'Arc  Susukino. Hahaha patutlah rasa mewah.

Ada sikit masalah kecik terjadi, Haikal pi bukak tingkap pulak tengah tengah sejuk ni lepastu tak boleh tutup balik. Nasib baik receptionist dia bagitau tekan satu sign kat tengah hinge dia baru boleh tutup. Style Jepun le kot. Kalo tak kesejukanlah satu bilik.

Pasal makan pulak takde masalah sebab tadi dah beli nasi segera Otogi dan makan dengan serunding ayam dan daging yang aku ode kat Shopee hari tu. Royal Floss nama dia. Sedap serunding dia ni aku recommend. 


Apartment Residence Plus Sapporo  

Nota : Balik Malaysia terus aku contact AirBNB mintak refund. Macam biasa mesti dia tak nak bayar, maklumlah duit dah dapat.  Terpaksa aku ugut macam-macam sampai nak report fraud bagai akhirnya aku dapat refund. Tak rugi apa-apa cuma susah payah sikit la. Alhamdulillah. 

4 comments:

Kay said...

Alhamdulillah dpat refund airBnb tu. Baru nak tanya juga prosedur macamana. Kira mmg salah owner rumah la kan sbb tukar code tak bg tau. menganiaya orang. airBnb blacklist tak owner tu?

said...

Alhamdulillah. Saya check hari tu dah tak jumpa lagi rumah tu dalam list. Tak tau apa AirBNB dah buat.Memang salah owner lah sbb tukar last minute.Tapi you kena provide bukti2 kesalahan tu datang dari owner.

casa nayafana said...

Terbaik Amran.....baru baca....lawa gambar.....trip hang memang best...banyak information...best salji

said...

Yeah....Hang dah boleh plan Japan pulak Yahya....memang best bro