Otaru - Ranshima - Niseko - Lake Toya
Bangun pagi dengan penuh kesegaran dan kesejukkan😃. Sebelum check out dan bertolak ke destinasi seterusnya, semua pegi bersarapan di lobi Guest House. Sarapan simple saja roti roti dan buah buahan serta air panas dan jus oren.
Sempena tempat ni ada shared kitchen jadi bolehlah geng wanita memasak apa yang patut kat dapurnya, lebih mudah sebab tak ada sapa pun guna dapur pagi-pagi macam ni.
Sempena tempat ni ada shared kitchen jadi bolehlah geng wanita memasak apa yang patut kat dapurnya, lebih mudah sebab tak ada sapa pun guna dapur pagi-pagi macam ni.
Receptionist... All in one. Dari hidang makanan, kutip pinggan, cuci pinggan mangkuk segala aktiviti semua dia buat.. ntah berapa ribu yen gaji dia.. 😁
Suasana dapur
Sup sayur
Rajinnya Jepun cuci salji sampai atas bumbung
Sedia maklum yang Otaru ni ada beberapa attraction, tapi masa tak berapa cukup, jadi yang sempat dikunjungi adalah kawasan tepi laut dekat port dan Masjid Otaru. Semalam dah pi Otaru Canal, jadilah. Lepas dua tempat ni terus sambung perjalanan menuju ke Niseko.
Tepian laut Otaru
Singgah sebentar di Masjid Otaru. Ada juga sinar islam di tempat macam Otaru ni. Akan tetapi masjid ni tutup rupanya pagi pagi, jadi dapat bergambar depan pintunya ajelah.
Sambung lagi perjalanan. Salah satu laluan ke Niseko adalah Ranshima. Wah... tepian laut Ranshima memang cantik betul. Masyallah. Walaupun sejuk tetap seronok singah-singgah pantai sekitar kawasan ini.
Musykil jugak aku tengok kat sini dalam sejuk macam ni ada sekumpulan mat saleh dok tengah surfing. Macam ni punya sejuk depa mampu selamba je surfing.. dasat.
View ini in real jauh lebih cantik dari foto ini
Suasana ni macam kat Icelend pun ada... walaupun belum pernah sampai lagi😅
Lepas Ranshima perjalanan disambung lagi. On the way tu nampak satu ski centre yang agak menarik. Ingatkan ada cable car ke naik ke atas, rupanya ada Chairlift aje. Agak curam slopenya.. jadi mampu tengok ajelah.. huhu
Semakin hampir dengan Niseko
Pekan Niseko
Niseko Seicomart
Memana kedai yang aku singgah selalu ada onigiri. Ada yang halal ada yang tidak, jadi kena check betul-betul
Sambung lagi perjalanan sehingga sampai di Niseko. Kat pekan Niseko ni ternampak food truck makanan muslim yang popular Taj Mahal. Nama pun Taj Mahal.. mestilah mahal harganya😁.
Pekan Niseko
Niseko Seicomart
Memana kedai yang aku singgah selalu ada onigiri. Ada yang halal ada yang tidak, jadi kena check betul-betul
Suka dia dapat cuba makanan baru ni
Tu dia Shawarma yg sedap
Suasana depan ski centre
Menuju stesen cable car
Tu dia Shawarma yg sedap
Jalan lagi ke depan akhirnya sampai di Niseko Ski Resort. Stesen cable car ni betul-betul depan Hotel Hilton Niseko. Ini last chance nak merasa naik Cable car ke atas, hari tu kat Furano tak jadi naik. Tiket dia untuk round trip 2000 Yen/person.
Ingatkan tempat dia rendah aje macam kat Queenstown New Zealand atau Mannlichen Swiss yang pernah naik sebelum ni. Sekali... bapak tinggi😅😅amik ko.
Suasana depan ski centre
Menuju stesen cable car
View tengah naik
Enjoy dan puas rasanya dapat lama lama menikmati view dari dalam cable car ni.
Masa ni cuaca tidak begitu baik dan ada angin kencang. Dapatla merasa tengok orang main ski sekejap kat puncak ni. Tak mampu nak tunggu lama dengan keadaan cuaca yang macam tu. Makin sejuk pulak rasa.
View masa turun
Kat sini pun ada Hotel Hilton
Sambung lagi perjalanan menuju ke Lake Toya. Makin hampir Lake Toya makin cantik viewnya tapi tak berapa sempat nak berenti snap gambar sebab dah semakin lewat.
Menuju Lake Toya
Area ni memang tak sibuk jadi mudah aje nak cari homestay yang dah aku book ni iaitu Homestay Toyako Onsen. Sewanya RM 538.00
Jalan menuju homestay
Buang salji kasi abis ye.. sekali yang kat seat tu
Tu dia sudah sampai
View depan homestay
Penyodok salji yang dibekalkan tuan rumah
Buang salji kasi abis ye.. sekali yang kat seat tu
Homestay ni semua orang sangatlah suka. Selain luas dan serba lengkap, viewnya jugak cantik maklumlah berdekatan dengan Lake Toya.
Tu dia sudah sampai
View depan homestay
Penyodok salji yang dibekalkan tuan rumah
Suasana bilik tidur dengan tilam futon
2nd room
Tatami ni agak membantu kurangkan sejuk bila pijak lantai
2nd room
Tatami ni agak membantu kurangkan sejuk bila pijak lantai
Dapur yang lengkap.. dari tingkap boleh nampak tasik
No comments:
Post a Comment