Monday, November 4, 2019

Kunjungan Gambang

5, 6 & 7 Julai 


Lama dah tak update blog. Badan pun rasa lega maklumlah dua kali dapat cuti selama 3 hari. Sekali masa Isnin Deepavali minggu lepas, sekali lagi Jumaat 1 November baru ni senpena Keputeraan Sultan Perak. Sanah Helwah Tuanku. 

Anak anak pun  dedua ada kat rumah, Nabila cuti seminggu dan Haikal cuti 3 minggu. Tak pi mana-mana pun dok layan anak anak melepaskan kerinduan  makan-makan apa yang depa teringin di Manjung ni😁. Tapi semalam anak sulong aku dah balik Penang, abis dah cuti seminggu dia.

Kisah 5 Julai. Dah 3 minggu anak lelaki aku sorang ni dok di Gambang. Semua orang pun rindu nak jumpa dia. Apalagi mohle kite ke Pahang. Jadi hari Jumaat aku pun ambik cuti sehari. Dapatla 3 hari 2 malam, berbaloila sikit alang alang dah pergi jauh tu. 

Bertolak awal kali ini. Hikmahnya perjalanan memang lancar dan sampai awal sebab jalanraya langsung tak sesak, lori pun sikit aje. Dekat nak subuh bertolak dan singgah kat Masjid Haji Isa Batu 8 Lekir kalau tak silap aku.

Singgah sarapan kat Medan Selera Kg Selabak. Makan roti canai dan nasi lemak. Tak cukup tu bungkus kuih lagi... Adeh

Suasana jalanraya di pagi hari

Sampai di Gambang dekat pukul 12 tengahari. Pergi ambik Haikal di CFS seterusnya ke pekan Taman Tas sesiap untuk topup barang anak aku ni serba sedikit dan terus makan tengahari sebelom solat Jumaat di Masjid Batu 8 Taman Tas Jaya.


Alang-alang dah sewa homestay yang ada mesin basuh, suruh dia bawak semua pakaian yang nak dibasuh termasuk cadar sekali

On the way tu, anak aku wasap gambar ni nak bagitau dia dah ready nak balik haha

Check in di i-Gambang Homestay. Ok aje nampaknya homestay ni. Lebih kurang sama macam Aleesya Homestay yang lepas. Lengkap dengan pelbagai kemudahan. Cuma mesin basuhnya tu manual. 

Untuk makan malam, kami pergi ke Restoran Thai berhampiran.







Rajin Nabila buat ais krim goreng ni nak jamu adik dia 

Esoknya pepagi lagi depa ajak pi Gambang Waterpark. Dekat aje kira-kira 2km dari homestay. Aku ingat tak ramai sangat orang kat sini, rupanya salah. Bukan main penuh lagi orang yang datang padahal awal lagi ni. Pening pokcik.

Pintu gerbang Gambang Waterpark

Sekali waktu anak aku nak bayar tiket rupanya ada offer tiket masuk RM10 saja, harga asal RM28. Haha... patutlah bukan main meriah lagi. Aku syak yang ramai ni dari kalangan student. Maklumlah Gambang ni kan dipenuhi dengan pusat pengajian.


 Locker room... Google aje ni

Happy dan enjoy nampaknya dapat mencuba beberapa attraction yang ada di sini antaranya Family Raft Ride, Crystal Slide, Galaxy Slide, Kids Slide dan lain-lain. Depa terkilan tak dapat naik 6 Lane Racer sebab tak sanggup nak queue terlalu panjang. 

Bagi aku yang pokcik pokcik ni pulak macam biasala yang paling best Journey of Ice Glacier River. Sewa pelampung dua biji menyusuri sungai. Santai abis. Satu lagi tadah kepala kat air pancur dia,  ni pun wow 😄

Anak-anak aku suka nampaknya dapat makan-makan kat Pizza Time dalam ni. Sedap katanya. Harganya pun berpatutan. Takde gambar yang dapat diambil sebab malas rasanya nak ke sana kemari bawak HP, jadi semuanya disimpan di dalam locker.

Habis Water Park ni dah agak petang terus pulang semula ke Homestay. Makan malam kali ni aku beli aje kat pasar malam taman ni. Beria-ia depa nak beli Fried Korean Chicken. Ingatkan sedap sangat sebab kena tunggu lama beno, sekali biasa je rasanya..  kesian.

Esoknya lepas menghantar Haikal ke CFS, jenuh peluk cium semua, maka kami bertiga pun bertolak balik.

No comments: