6 September
Nampak gayanya cuti cuti Malaysia sudah mencapai penghujungnya hari ini. Kalau dah nama pun bercuti, manalah pernah cukup. Japgi dah nak kena berkemaslah nampaknya.
View balkoni pagi pagi
Aktiviti pertama mestilah turun sarapan. Macam semalam, sarapan memang best dan sedap. Siap staff dia tolong ubah meja lagi bagi tepi tingkap cermin. Ada le view sikit.😍
Depa kata penkek ni sedap
Balik dari sarapan pegi melepak-lepak kat area bunga-bungaan tepi bilik ni. Memang menariklah ditambah udara yang nyaman dan kedinginan pagi.
Enjoy dulu suasana yang best ni
Macam macam bunga dok ada
Macam ni punya style duduk, kalau drama melayu mesti dah keluar dialog " Papa dah tua... papa nak Arif mewarisi bisnes keluarga kita, jangan sampai jatuh ke tangan orang lain"... Dato Mustapha Kamal😬
Sampai masa aku pun check out dan terus menuju ke pekan Tanah Rata. Saja merayau ke Puncak Arabella kejap, sebab nak tau apa yang ada kat atas nun. Pusing-pusing kejap area ni, tengok-tengok apa yang patut.
Moh le berangkut
Menuju Puncak Arabella
Turun dari puncak Arabella aku tengok dah traffic jam teruk. Terus depa ni bagi cadangan apa kata sambung lagi satu malam. Aikkk itu maciam ke, lagi mau sambung?🤦♂️Boleh lah, aku pun rasa berat jugak nak balik ni. Jadi aku suruh anak-anak aku search hotel murah area Tanah Rata ni.
Search punya search depa dapat Hotel Planters dalam booking.com. Teruslah ke sana, sejengkal aje. Nyaris dah nak check in, sekali depa tiba teringat nak try naik tengok bilik dulu. Hah bocor rahsia. Takde tingkap rupanya bilik tu🤨 Tak baik lah perangai pihak hotel ni letak gambar tak sama macam actual. Terus aku cancel.
Cari hotel lain pulak. Masa ni dah jam melekat. Ingat nak ke Apartment di Barrington Square. Dah book bilik pun, sekali tengok teruk benor jam ni.
Ternampak pulak OYO Madani Hotel. Macam ok aje. Search pulak website OYO, harga lagi rendah dari Booking.com. Apa lagi terus cancel Apartment di Barrington tu dan book hotel ni. Muslim Hotel.
Depa beli apa tah kat sini
Hotel Madani pilihan untuk semalaman lagi. Harga RM 80 lebih. Ada diskaun sebab masa ni tengah ada promo kat OYO website
Sesuai dengan harganya yang rendah, bilik ini kira bolehlah untuk tidur semalam. Bilik ada 1 katil extra large dan 1 katil bujang yang sesuai untuk 4 orang dewasa. Cuma bau masakan dari restoran kat bawah tu pulak agak kuat betul. Adeh
Lepas check in dah tak ke mana-mana lagi. Dah le jam teruk hujan pulak tu. Tidur lagi sedap. Makan malam tak payah risau, kat kiri kanan bawah sana ada restoran. Jadi untuk makan malam, kami makan di Restoran Teratak Man KDO. Sedap la jugak makanan kat restoran ni cuma staff dia dah nampak letih benor nak melayan pelanggan. Nasi goreng dan Takoyaki dia bole tahan.
Lepas makan takde buat apa-apa pun cuma berlegar-legar kejap depan hotel sebelum masuk tidur. Esok dah nak balik. Ni betul-betul balik. Jangan nak mintak sambung lagi ye😅