Friday, February 28, 2025

VIETNAM : DAY 10 - DALAT

 19 SEPT 24

Hari ni aku cadang nak rehat rehat kat bilik aje. Hari hari dah berjalan, sikit sikit sudah. Oleh kerana depa ni bersemangat waja nak jalan jalan jugak, maka aku mintak depa jelah pegi bertiga naik grab. 

Attraction yang nak dipergian tu Datanla Waterfall. Waterfall ni wajib bagi mana mana pakej dari Malaysia, samalah macam Clay tunnel itu hari. Paling orang promote kat sini roller coaster untuk turun ke air terjun. 

Jadi lepas sarapan depa pun babai aku. Menu pagi ni nasi lemak sambal udang dan sotong bersama jagung cup dan roti untuk Haikal.

Ini gambar gambar yang diambil.

Masa sampai tu katanya ramai sungguh orang termasuk Melayu. Jenuh beratur. Tempat popular memanglah  gitu.

Entrance fee dia 50000 VND per pax






Roller coaster yang popular. Gambar nak naik atas untuk balik 

Balik tengahari tu aku tanya best ka, depa kata biasa saja. Roller coaster pun tak terkejut sangat katanya sebab dah pernah naik di Vinpearl tempohari. 

Sebelah petang kami bermotor dan pusing pusing area tasik lagi. Next kami ke  Night Market. Tak besar mana. Ada sourvenir, makanan dan pakaian. 



Minum minum dan makan biskut di tepian tasik

Suasana Night Market

 Lucu pulak tengok depa ni dok makan atas bangku dan meja rendah kecik tu


Lepas Night Market kami ke Lam Vien Square lagi. Nak tengok view malam pulak.


Tak dapat nak lepak lama kat sini sebab makin sejuk pulak teman rase. Jadi kami terus ke Restoran Sarah untuk makan malam lepas tu terus balik. Masa sampai kedai ni dah hampir 10 malam. Hujan renyai bertambah sejuk laa. 

Mini steamboat ni memang best. Sedap dan murah pulak tu. Tak silap aku macam RM12 je sekali mee, sayur dan seafood. Banyak betul

Nasi pun banyak, terlebih kenyang le pulak

Alhamdulillah selesai untuk hari ini.

No comments: