20 SEPT 24
Selepas 2 bulan baru nak update. Bukan setakat kura kura, siput pun kalah dah ni dia punya slow.
Masih di Dalat. Hari ini memang plan tak sewa skuter. Jadi ambik grab ke Flower Park ni. Lagipun langit agak mendung, sesuai la tu. Entrance fee ke tempat ini VND 100000 per pax. Lebih kurang RM16 lebih. Depa kata tengok kat youtube macam cantik Flower Park ni. Lokasi pun depan tasik aje.
Sayangnya sampai aje dah mula rintik-rintik. Masuk aje dalam hujan terus. Jadi kerjanya menunggu hujan berhenti barulah boleh meronda ronda. Nasib baiklah dah hujung hujung dekat nak balik Malaysia baru kerap hujan.
Pintu gerbang dia pun dah tersergam
Sebelah kiri tu tempat kami lepak tunggu hujan
Tunggu hujan berhenti sambil makan biskut
Kembali cerah selepas hujan
Kawasan di atas sana ada Japanese Garden dan Rose Garden
Bonsai di Japanese Garden
Ros di Rose Garden
Jambatan
View dari atas jambatan
Gambar sikit aje kali ini. Yang lainnya tersimpan dalam kamera. Malas aku nak cari. Merata tempat depa punya ambik masa tu aku tengok.
Beberapa jam kat dalam ni, kami pun bergerak menuju Sarah Restoran untuk aktiviti yang lebih mantap, makanlah apa lagi😆
Order steamboat lagi macam semalam
No comments:
Post a Comment