21 SEPT 24
Dah semakin ke penghujung kembara di bumi Vietnam ni, kena ke Nha Trang semula nampaknya. Untuk perjalanan kali ni kami tempah van. Nampak macam mewah dan menarik sangat kalau tengok dalam iklan. Jadi, ambik ajelah.
Depan apartment sebelum bertolak
Sampai masa van datang pick up kami di apartment. Van ni memang rasa macam best, lapang dan selesa tapi alamak suspension dia nak nangis dibuatnya, bouncing semacam. Sabo jelah.
Apapun alhamdulillah selamat perjalanan sampai ke apartment berikutnya di Nha Trang.
Ni rupa dia. Babai van...
Apartment ni mula mula dia bagi bilik yang terlindung view laut sebab ada bangunan lain di depannya. Terus kami mintak tukar ke bilik yang lain.
Tak ada aktiviti apa lagi selain rehat rehat dan makan makan.
2 comments:
Terasa bouncing van tu. Wahhh Dalat ke Nha Trang naik van. Berapa lama ya.
Harap rupa je lawa luar dalam van ni. Boleh pening dibuatnya hehe. 2jam lebih rasanya.
Post a Comment