Sunday, May 4, 2025

VIETNAM : DAY 12 - DALAT KE NHA TRANG

21 SEPT 24

Dah semakin ke penghujung kembara di bumi Vietnam ni, kena ke Nha Trang semula nampaknya. Untuk perjalanan kali ni kami tempah van. Nampak macam mewah dan menarik sangat kalau tengok dalam iklan. Jadi, ambik ajelah.

Depan apartment sebelum bertolak

Sampai masa van datang pick up kami di apartment. Van ni memang rasa macam best, lapang dan selesa tapi alamak suspension dia nak nangis dibuatnya, bouncing semacam. Sabo jelah. 

 Apapun alhamdulillah selamat perjalanan sampai ke apartment berikutnya di Nha Trang.


Dalam van  menuju ke Nha Trang... ni semua muka gembira sebelum tau van ni sikit punya goyang

Ni rupa dia. Babai van...

Apartment ni mula mula dia bagi bilik yang terlindung view laut sebab ada bangunan lain di depannya. Terus kami mintak tukar ke bilik yang lain.

Tak ada aktiviti apa lagi selain rehat rehat dan makan makan.

View dari balkoni, ok lah sikit



Untuk makan malam kami ke Restoran Halal Food Karim. Walaupun restoran ni besar tapi nampaknya tak semeriah di Dalat. Hidangan dia goreng goreng aje yang ada masa tu. 

Depa order nasi goreng dan popia

Ni aku punya order

Lepas makan tak  ke mana mana lagi terus balik apartment. Orang puang ni depa singgah beli buah mata kucing, buah kelapa pun ada dan entah macam macam buah lagi.

Tidurlah dulu, esok dah nak beraktiviti lagi. Siaran ulangan katanya sebelum balik.

2 comments:

Mulan said...

Terasa bouncing van tu. Wahhh Dalat ke Nha Trang naik van. Berapa lama ya.

said...

Harap rupa je lawa luar dalam van ni. Boleh pening dibuatnya hehe. 2jam lebih rasanya.