Thursday, November 3, 2022

Pakistan Road Trip - Day 6


 24 Sept 2022

Gahkuch - Yasin Valley

Perjalanan hari ini lebih kurang 60km sahaja. Walaupun dekat, awal pagi adalah waktu terbaik untuk memulakan perjalanan. Tapi tak lah awal beno, dekat pukul 8 jugaklah jadinya. Lagipun 2, 3 hari ke depan ni aku plan nak travel dekat-dekat dan santai-santai aje.  Sebab sebelum ni dah jenuh perjalanan yang jauh-jauh. Apapun rugilah rasa kalau mai oversea melepak lama-lama kat bilik. Nak tido lama-lama balik Malaysia😃. 

Depan bilik di tingkat 1

Suasana pagi depan hotel... jom check out


Ada kedai makan depan hotel ni. Nampak depa dok bakar prata. Kami pun makan prata jugak pagi ni lebihan semalam dan buah-buahan sahaja dah cukup

Selesai load semua barang dalam kereta, kami memulakan perjalanan untuk hari ini. Cuaca yang baik dan suasana sejuk nyaman menambahkan keceriaan perjalanan. Syukur kepada Allah yang telah memberikan peluang kami menikmati semua ini.

Suasana autumn yang semakin menyerlah

Restoran 



Nampak macam sungai lebar dan dalam tapi guna jambatan kayu je... berani betul orang Pakistan

Sabtu cuti sekolah agaknya... tu yang budak-budak melepak tepi jambatan ni. Tempat melepak pun bukan main cantik lagi

Pulau kat tengah tu buat view jadi lagi menarik

Air terjun ke air longkang tak pasti. Yang pasti memang jernih dan nampak bersih



Selalu jumpak geng jaga kambing macamni merata jalan. Betapa simplenya life depa, rilek aje di tempat yang sebegini indah





Kebanyakan kanak-kanak area ni muka macam anak mat saleh tak kira lelaki ke perempuan. Mana punya genetik entah le


Beberapa kali jugak dapat singgah dan bergambar sambil bagi makanan dan mainan pada budak-budak... budak-budak ni pon enjoy apatah lagi family aku

Dalam sejam perjalanan kami singgah di satu spot yang kelihatan menarik. Sebuah lembah di tepian sungai. Jalan ke lembah tu macam banyak batu jadi aku tak sampai hati nak bawak Honda Civic ni turun. Yelah walaupun kereta sewa takkanlah nak belasah sesuka hati. Jadi semua orang kena jalan kakilah kejap.

Amazing and fascinating itu yang dapat aku katakan dengan tempat ni. Kami menghabiskan masa seketika di sini, termasuk menaikkan drone. Puas la jugak menjamu mata dalam suasana macam ni. 

Spot pertama yang kami singgah. Jalan tak sibuk parking macam ni pun tak ada masalah

Jom singgah sini dulu



 Menaikkan drone

Ni rupa drone kami

Drone view sekitar kawasan ini

Longkang atau taliair tu digunakan sebagai saliran kepada kebun jagung warna kuning tu

Macam itik pulang petang pulak aku tengok gambar ni






Kasi bentang tikar, bakar bakar ikan ke sotong ke... meletop habaq hang

Bayang pun mau ambik gambar jugak

Anak dan bapak 

Anak perempuan bapak


Otai punnn teringin juge😄

Memori yang sukar dilupakan

Selesai spot tadi sambung lagi perjalanan menuju Yasin Valley. Kiri kanan jalan jenuh menyaksikan keindahan ciptaan Allah. Sayang sungguh la tempat sebegini indah jalanraya tidak diselenggara dengan baik. Rosak sana sini. Sukar jugaklah nak lalu dahla kereta ni memang sedia lowered. Macamanapun dengan penuh berhati-hati aku memandu, alhamdulillah selamat.

Dari hotel tadi meggunakan Gilgit Chitral Road sehinggalah sampai ke Yasin Valley Road. Di sini akan melintasi satu jambatan dan terus sambung melalui jalan Yasiney Gun sehingga tiba di lokasi.


Yassin Gupis Bridge. Kalau jalan terus menuju ke Gupis. Kami belok kanan ambik jambatan ini menuju ke Yasin Valley

View selepas jambatan

Gembira wife aku suasana macam ni sebab wife aku ni memang big fan autumn


Air terjun tepi jalan ni ada di mana-mana

Plan asal kami nak berkereta sehingga ke penghujung Yasin Valley ini. Rasa jauh la pulak, lagipun memandangkan suasana jalan yang sukar ni, maka aku ambik keputusan patah balik dan singgah di satu hotel di tepian sungai. Cantik aje nampaknya.

Endpoint... sampai sini terus aku decide berpatah balik 


Hotel ni nampak macam tak ada orang. Sekali aku tanya pekerja dia hotel ni bukak ke tak. Bukak rupanya siap dia boleh sediakan makan sekali. Cantiklah. Rate penginapan untuk semalaman RM140. Ini sudah bagus. Dah la view punya cantik. Rumah tiga bilik. Tapi kami guna dua bilik je tu pun dah cukup. Nama tempat ni Rock and River Hotel. 

Macam sebelum ni, layanan yang kami terima terlalu baik sangat. Manalah biasa kena layan macam ni. Ini sudah macam "Keluarga Malhotra" dalam filem Bollywood... hahhahahah.

Sebab takde orang lain jadi sebijik rumah oren ni terus kami yang punya... atas tu ada loteng kemas bersih boleh lepak, macam surau pun ada

Ruang tamu

Salah satu bilik

Lepas tengok bilik dan simpan barang terus kami keluar menikmati suasana sungai tepi rumah ni... memang best betullah dok sini.




Santai tepian sungai 1

Santai tepian sungai 2

Santai tepian sungai 3

Untuk hidangan makan tengahari owner dia offer kari ayam dan trout goreng serta nasi  putih. Kami ok je tapi sekali dia mai hidang nasi macam nasi minyak pulak, ini sudah bagus. 

Mana nak cari resort yang dapat lunch suasana dan view macam ni harga murah-murah

Kari ayam dan trout goreng ni memang mantaplah. Fresh dari kolam lagi. Macam biasa roti prata hidangan wajib tetap ada walaupun tak order 

Trout goreng ni kulit dia lain macam punya rangup dah macam keropok aku rasa... paling suka ni Nabila lah

Lepas lunch dia jamu teh pulak. Kami usung teh ni ke tepi sungai sana, baru heaven... dah la teh dia luarbiasa sedap


Dah kenyang makan pekena teh semua tadi, apalagi masuk rehat tido dululah. dah lewat petang tu baru keluar semula lepak-lepak lagi sambil Haikal naikkan drone.

Drone view sekitar resort


Kebun jagung seberang sungai sana cantik sungguh

Hotel ni jugak siap ada kolam ikan trout lagi. Memang bestlah dapat tengok orang bela trout buat pertama kali. Nampak macam besar-besaran gaya bisnes trout owner ni. Ikan trout ni memang popular di Pakistan. Setakat ni yang aku jumpa kat restoran tepi-tepi jalan sebelum ni semua style goreng je. Harganya pun taklah murah mana. Rasanya RM40 sekilo kalau tak silap aku. 

Jom tengok ikan trout


Seronok dapat bagi makan trout... masa ni dah senja ni 

Untuk makan malam kami order roti, kentang goreng dan jem. Tu pun dah mencukupi. 

Owner ni bagi jem aprikot homemade dan roti prata yang tidak di order tapi tetap ada 

Dengan suasana sejuk macam ni lagi cepatlah mata mengantuk tambahan lagi suasana resort yang selesa ni. 

No comments: