Yasin Valley - Gupis - Khalti Lake - Gahkuch - Bubur
Pagi Ahad yang ceria dan sejuk semestinya. Sementara menunggu untuk bertolak pagi ni aku dan Haikal merayau-rayau sekitar chalet ini. Menikmati nyamannya suasana dan persekitaran yang sangat menarik.
Tak ketinggalan jugak sempat kami join owner bagi makan ikan trout pagi ni. Katanya ikan dah berkurangan sebab baru aje dia jual musim panas haritu. Patutlah aku tengok saiznya pun tak berapa besar. Apapun yang pasti ikan saiz kecik lebih sedap dari saiz besar bagi aku.
View pagi Rock and River Resort
Menjenguk kolam trout pagi-pagi memang best
Seronok tengok trout ni menyambar makanan
Pagi ni kami order 4 ekor ikan trout goreng sebagai sarapan sebab tak de idea nak makan apa dah. Selain itu owner ni bagi kami buah-buah kering dan epal yang baru dipetik dari pokok di rumahnya.
Selesai sarapan kami pun berangkat meninggalkan tempat yang penuh kenangan ni. Kesimpulannya tempat ni sangatlah best dan betul-betul enjoy.
Buah-buah kering ni memang popular di Pakistan. Nampak kat pekan-pekan banyak orang jual
Ikutkan perjalanan hari ini pula hanyalah 70km saja lebih kurang 2,3 jam aje. Pagi ni terlebih santai punya pasal pukul 10 lebih baru kami checkout. Sebab itulah beberapa kali asyik sampai lewat ke hotel. Haih
Selamat tinggal Rock and River Hotel
Tempat pertama yang dituju untuk hari ini adalah Lake Khalti. Sebenarnya plan asal aku nak bermalam GOHO motel di Lake Khalti ni, tapi dah terjumpa Rock and River teruslah tak jadi. Nasib baiklah tak jadi, walaupun view tempat ni indah tapi kedudukan motel tu agak jauh dan tinggi dari tasik, jadi Rock and River lebih berbaloi.
Akan tetapi tak dapat dinafikan, Lake Khalti ni sangatlah indah. Suasana yang sungguh tenang dan mendamaikan. Kami menghabiskan masa seketika menikmati view yang hebat ini.
Laluan yang sama semalam selepas jambatan ke Yasin
Khalti Lake sudah semakin hampir
Motor sapa gamaknya. Semua motosikal yang kami jumpa kat Pakistan ni jenis macam ni
Nice view
Sama cantik dengan tasik-tasik di Swiss, New Zealand atau Japan
Jernih betul air tasik ni
Selalu kami macam hairan mana datangnya budak-budak ramai macam ni padahal rumah jarang-jarang nampak, sekali waktu naikkan drone baru tau ada banyak rumah sampai ke belakang sana tepi-tepi gunung.
Budak-budak ni dok main lawan-lawan aku tengok, sebelum tu depa dok korek-korek pasir. Lagi satu group remaja tepi tasik sana tengah main bola
Drone view Khalti Lake
Selesai Khalti Lake, perjalanan disambung semula. Kami melalui laluan yang sama. Kelmarin tak perasan pulak kami dengan tempat menarik ni. Semalam dan harini ada banyak masa jadi bolehlah singgah aje mana yang patut kalau nak.
Tempat ni memang cantik siap ada 2 sungai yang bercabang
Aku syak tepi sungai tu orang tengah basuh baju sebab nampak pakaian yang disidai atas-atas batu... bestlah dapat membasuh sambil berkelah di tempat yang indah macam ni
Mana-mana jumpa aje kambing biri-biri ni atas jalanraya. Anehnya tak jumpa pulak najis dia
Singgah solat di ladang jagung tepi sungai ni. Nampak macam tak de apa padahal menggigil Haikal ni nak berwuduk punyalah sejuk. Aku pun mengetor jugak dibuatnya.
Jemaah sebelah pokok jagung
Ladang jagung tepi sungai turquoise.... heaven
Haikal ni dok tengah membebel bilalah nak dapat makan sedap-sedap macam char kueyteow ke. Cettt ini orang... sini punya tempat cantik pun lagi mau teringat makanan Malaysia ke😆
Sebenarnya keadaan kami dari segi pakaian dah agak kritikal. Pakaian bersih dah makin sedikit, yelah takkan nak bawak pakaian banyak-banyak nanti beratlah luggage. Jadi kami pun berlegar-legar sekitar Pekan Gahkuch mencari kedai dobi. Jumpa kedainya tapi sini semua jenis dry cleaning yang memakan masa yang sangat lama. Esok petang baru boleh siap katanya. Adeh.
Kalau petang baru siap dobi, nampaknya tidur di Gahkuch sudah tak practical lagi. Alang-alang ada masa lagi kami decide sambung perjalanan. Sudah lewat petang kami tiba di satu tempat dinamakan Bubur. Aku nampak satu motel, teruslah singgah. Bubur pun Buburlah janji boleh makan dan tidur. Rate hotel ni RM70 sahaja siap tambah 1 tilam.
Kedai ni seberang jalan depan hotel. Aku nak cari roti ala-ala roti cream ke kat sini. Tak de pun. Yang ada cuma kek manis aje. Jadi aku beli bun kosong jelah
Hotel kami untuk malam ini... tepi tu ada jambatan dan sungai
Family room... single bed dan queen bed
View sungai belakang hotel
Untuk makan malam aku order nasi biriyani dan kari daging. Sedap jugak rasanya. Lagi sekali layanan depa masa makan ni memang tip top. Sama macam di Yasin Valley kami terasa bagaikan "Malhotra Family"... hahahhaha. Patutlah kedai mamak kat Malaysia pun layanan elok mungkin ni style depa la. Pakistan dan mamak lebih kurang kot hahah. Kata orang tak baik mengutuk negara sendiri... dah betul nak buat macamana. Memang kebanyakan kedai makan kat Malaysia layanan sendu. Kita ni nak bagi peniaga tu duit, alih-alih muka pelayan dan tokei kedai macam kita pulak yang mintak duit depa.
Makan malam yang agak sedap
Habis makan tak ada apa aktiviti nak buat. Letih sangat dah ni. Sejuk-sejuk pulak tu paling afdhol mestilah tidur. Esok nak ke Hunza Valley pulak
No comments:
Post a Comment