8 - 11 Mac ( 4 hari 3 malam )
Ramadhan menjelang lagi. Nampaknya sampailah masa untuk balik jenguk rumah di Manjung. Semenjak tinggal di Kuantan ni sekali sekala kami akan balik ke Manjung untuk bersihkan rumah dan buat apa yang patut. Ada jugak cadang nak buat homestay, sementara kami tinggal di sini. Tengoklah macamana nanti.
Alang alang nak balik, jomlah ke Cameron boleh sekali try guna laluan Sungai Koyan. Apapun sebelum start Ramadhan ni eloklah bagi sejuk badan dan rehat rehat apa yang patut di tempat terbaik ni.
Day 1
Bertolak dari Kuantan pagi pagi. Kami sebolehnya memang suka travel pagi tapi itulah kadang kadang berjaya kadang tak. Untuk kali pertama aku menggunakan laluan Kuantan - Raub - Sungai Koyan - Tanah Rata. Best jugak laluan ni. Selain kurang kenderaan, jalannya tidak curam macam laluan Simpang Pulai atau Tapah. Tak begitu terasa mendaki bukit menuju ke arah Tanah Rata. Ini sudah bagus.
I love Raub. Singgah solat Jumaat di sini
Kali ni check in di Cahaya Villa Tanah Rata untuk satu malam. Percutian ni ditaja oleh Nabila. Semua hotel pun dia yang pilih dan booking. Semenjak dia bekerja pemurah sungguh asyik nak belanja aje.
Cantik betul tempat ni dengan pelbagai bunga dan lanskap yang menarik. Lagi mantap kami ditempatkan di chalet banglo yang comel. Sebenarnya masa mula sampai depa semua dok berangan kalaulah dia bagi banglo ni mesti best, banglo pun ada satu unit saja. Sekali betul dapat yang ni. Memang rezekilah. Alhamdulillah.
View dari balkoni
Ruang tamu ni sebelah bilik tidur
Jom makan strawberry
Suasana malam depan bilik. Ni masa baru balik dari makan malam di Medan Selera Box Port
Day 2
Untuk sarapan hari ini depa ajak pergi makan di Ayahman Strawberi Taman Sedia untuk pertama kali. Cantik tempatnya.
Ayahman Strawberry
Scone dia sedap
Untuk 2 malam berikutnya kami check in di Zetter Suite 2 bedroom Apartment. Ni kali kedua menginap di Zetter Suite. First time menginap masa tahun lepas. Memang selesa dan deco dia pun simple dan cantik.
Master bedroom
Petang sikit pergi makan steambot, mana lagi kalau bukan Highland Steamboat. Susah jugak nak dapat parking, mujur lama sikit lepas tu ada orang keluar jadi dapatlah parking yang dekat dengan restoran.
Jom makan steambot. Lama tak makan ni lazat pule teman rase. Dah licin makan baru nak bergambo
Waffle ni depa tambah macam macam bagi lagi sedap
Day 3
Esoknya sarapan di KHM Strawberi pula. Dah beberapa kali makan sini. Pelbagai makanan ada. Biasanya menu utama restoran kat Taman Sedia ni lebih kurang sama macam nasi lemak, mee kari dan scone. Adalah tambahan menu lain sikit sikit.
KHM ni makanan dia agak sedap
Char kueyteow pun ada. Berseleralah Haikal 😂
Petang sikit Nabila ajak pergi Cameron Agro Market. Nak cuba melawat tempat baru. Bila dah sampai sini rasa macam wahh cantiknya tempat ni. Cara dia susun dan design bunga bungaan dia memang menarik betul. Entry tempatnya RM25 per person.
Style susunan ni nampak unik
Cantik
Bahagian atasnya pulak ada taman burung, biri biri, alpaca dan kucing cantik. Adalah serba sedikit binatang.
Seronok dapat bagi makan burung atas tangan. Kami naik sampai ke atas dan minum minum di cafenya. Ada cafe yang dah tutup sebab dah agak lewat.
Rumah burung
Best betul bagi makan burung macam ni
Ni burung yang peramah. Tak ada makanan pun dia sudi naik atas tapak tangan
Alpaca ni boleh tengok tak boleh pegang
Cafe ni kat bahagian atas sekali. Tinggal dua gerai je yang masih buka masa ni
Day 4
Pagi terakhir ni kami berkunjung ke Big Red Strawberi sekali makan pagi. Tak ramai orang kali ni macam yang biasa kami mai sebelum sebelum ni. Nak beli makanan pun tak perlu beratur panjang.
Big Red Strawberry
Sebelum balik tu depa ajak pi Sheep Sanctuary. Walaupun tempat ni dah lama ada tapi ni baru nak cuba. Ada alpaca dan biri biri. Teringat kami pengalaman dengan alpaca di Perth beberapa tahun dulu. Seronok sungguh masa tu.
Terhibur jugak main main dengan alpaca dan kambing ni. Friendly depa. Sebab ada makanan la kot... Hehehe.
Cuma yang kurang tempat alpaca tu sempit sangat. Tak sepadan dengan pengunjung yang ada.
Comel
Selesai tempat ni depa singgah beli sayur dan buah-buahan sikit lepastu terus bertolak ke Seri Manjung.
No comments:
Post a Comment