27 APRIL : ISTANBUL
Hari yang ceria dan semestinya sejuk di Istanbul. Plan pagi ni nak merasa pengalaman naik feri di Istanbul dan takde tujuan tertentu nak ke mana pun masa naik ni. Katanya feri ni sangat penting bagi penduduk tempatan untuk ulang alik pegi kerja. Memang betul, nampak ramai penumpang berpakaian kemas gaya masuk office dan kelebihan naik feri jugak katanya membantu masalah trafic jem di sini.
Awal pagi terus kami menuju ke Eminonu Ferry Terminal atau Eminonu Iskelesi dalam bahasa Turkey. Jalan kaki aje. Tapi sebelum tu kenalah singgah sarapan dulu. Jarak dalam 15 minit macam tu.
Kami skip hotel punya sarapan sebab nak gerak awal, maklumlah waktu Subuh awal dan cepat siang.
Boleh tahan jugak rasa makanan kat Balkan Lokantasi atau Balkan Restaurant ni. Sup pekat cicah roti dia memang sedap. Siap bertambah lagi.
Total sarapan kat kedai ni rm46
Puding nasi atau sutlac ni agak sedap
Jalan depan sikit singgah beli ni
Sampai Eminonu Terminal terus kami beli Istanbul Card. Sini ada dua jenis kad iaitu Istanbul Card dan Istanbul City Card. Bezanya Istanbul Card boleh kongsi kongsi, banding jenis City Card tu boleh guna sorang je. Kad ni beli kat mesin depan terminal guna wise.
Ada banyak laluan feri ni kalau nak diikutkan. Kami pilih ke Kadikoy saja yang ambil masa dalam setengah jam sehala. Nampaknya kami dah terlepas satu feri sebab masa dok sibuk nak beli tiket, feri pun jalan jadi kena tunggu lagi 15 minit.
Kadikoy ni terletak di bahagian Asia Istanbul di selatan Selat Bosphorus.
Sebelum beli Istanbul Card, aku terbeli City Card ni satu
Besar jugak ferinya, penumpang tempatan kebanyakan duduk di lower deck. Jadi sebagai pelancong kami pun bergerak ke upper deck, baru view lebih mantap. Lagipun kat atas sekali ni ada sorang je selain kami. Ini feri Ahmad Albab yang punya😁
Gabungan cuaca yang cantik hari ini dan air laut yang kebiruan menjadikan pemandangan sepanjang perjalanan ke Kadikoy ini terasa sangat indah.
Sekejap je dah sampai di Terminal Kadikoy. Takde jalan mana mana sekadar melepak dan minum minum di satu gerai tepi laut ni. Memang syoklah santai santai tepi laut di kedai kopi bersama family dalam suasana macam ni. Terasa macam dalam movie😀
Kat hujung tu ada taman tapi tengah ada kerja kerja pembinaan pulak.
Tiba di Kadikoy
Signboard perkhidmatan feri di Istanbul yang kini berusia 175 tahun.. lama betul usia company ni beroperasi, dikatakan dari zaman Empayar Uthmaniyyah lagi
Best wei lepak sini
Dah terbayang nak order nasi lemak daun pisang😐
Jomlah kita naik feri semula... kalau biar ni asyik nak terlajak lama aje. Rugi lah masa macam ni esok dah nak ke Denmark dah.
Terminal Kadikoy
Next ambik feri semula dan menuju ke Karakoy.
Deretan restoran bawah Galata Bridge
Yeni Mosque dari seberang jambatan
Dari Karakoy tadi ambik tram menuju ke area Kabatas.
Kabatas Square atau Kabatas Meydani dalam bahasa Turkey ni terletak di tepi selat Bosphorus. Suasananya lapang, ada kemudahan tandas berbayar sekali.
Terminal feri Kabatas
View sebenar dari atas ni jauh lebih cantik daripada gambar
Jalan depan sikit ada Dolmabahce Mosque dan seterusnya Dolmabahce Palace. Tak masuk pun dalam istana, sekadar tengok dari luar aje.
Dolmabahce Mosque
Seberang jalan ada stadium
Banyaknya mesin ATM
Security check sebelum masuk kawasan istana
Dolmabahce Clock Tower atau Dolmabahce Saat Kulesi
Dolmabahce Palace
Habis kat sini, kami try pulak guna teksi menuju ke Taksim Square. Harga RM25 tak silap. Area ni antara lokasi popular di Istanbul. Tapi masa sampai, sebahagian kawasan ditutup dengan penghadang. Tak pasti lah pulak kenapa.
Jualan makanan
Kat sini kami solat jamak di Masjid Taksim.
Tempat wuduk wanita di Taksim Mosque
Seterusnya kami ambik Nostalgic Tram Merah yang melalui Istiklal Avenue atau Istiklal Caddesi. Street ni famous dengan shopping dan aiskrim trick. Terdapat deretan cafe, restoran, butik dan macam macam lagilah. Meriah sungguh nampaknya.
Bagus jugak tram ni dia bergerak slow jadi dapatlah tengok santai suasana laluan popular ni.
Masa tengah bergerak ramai pulak dok berebut panjat tram ni dari luar pulak sambil bergayut gayut gitu😁
Yang warna merah tulah Nostalgic Tram
View dari dalam tram
Kami turun berhampiran Galata Tower atau Galata Kulesi untuk seketika. Singgah makan kebab dan roti kat satu gerai area sini.
Galata Tower
Ok je rasa dia
Puas lepak dan mengisi perut, kami mula menapak turun bukit curam melalui deretan kedai yang penuh kiri kanan jalan sambil tengok suasana kota. Nabila dan wife aku singgah satu kedai beli desert yang namanya naugat untuk dibawa balik.
Jalan lagi sebelum akhirnya tiba di jalan besar dan terus menuju ke Karakoy tram stop di seberang jalan. Stesen yang sama masa mai awal pagi tadi.
Underground tram tunnel siap ada kedai lagi
Harap comel aje, bukan main eksyen dan garang lagi yang ni
Ikut itinerary asal lepas area Galata Tower kami sepatutnya jalan kaki melintasi Galata Bridge dan samada ke Grand Bazar atau Gulhane Park sebelum balik semula ke hotel.
Tapi itulah, plan tak menjadi. Tiba tiba aje berubah jadi naik tram di Karakoy.. bukan tu saja, siap terlajak sampai ke Blue Mosque pulak. Semua pun malas nak patah balik jadi decide terus ke hotel melalui Blue Mosque dan Hagia Sofea.
Yang menariknya, dapatlah sekali lagi tengok view kedua dua masjid ni dalam suasana lewat petang pulak.
Alhamdulillah selesai hari kedua di Istanbul. Esok ada lagi sedikit masa sebelum bertolak ke airport.





.png)






.png)








































No comments:
Post a Comment