Showing posts with label Larmor Plage. Show all posts
Showing posts with label Larmor Plage. Show all posts

Friday, April 27, 2012

Ke Larmor Plage Lagi

Catatan 8 April

Sejuk lagi nih walaupun dah spring. Macam kebiasaan, cuti mesti keluar. Tapi satu hal bila keluar ni...mula la kami rindukan kereta kat Manjung , sebab kat sini kena naik bas. 

Yang boleh tahan sikit sebab servis bas depa kat sini cekap dan on time. Siap siap kami simpan kat hp waktu pergi balik bas, jadi tak payah nak tunggu lama. Kalau nak naik teksi sini kena call dulu datang amek dan mahal giler sebab kena cas harga pegi balik.

Tapi takpelah, sekarang kami dah pun ada pas bulanan yang boleh naik turun sesuka hati.

 
 

Agenda Ahad kali ni...datang ke tepi pantai Larmour Plage. Sebab hari tu macam tak puas, so kali ni ulang lagi. Suasana pun kurang sejuk sangat berbanding sebelum ni. Tapi...kalau ditiup angin, nak nangis jugakle pokcik menahan sejuknye.

Nyaman aje duduk tengah panas....ala-ala mat saleh sunbathing laa kekononnya. Tu nasib baik tak bawak spek mata....kalau tak mesti macam Bangla tengah sun bathing, maklumlah depa yang lain semua putih melepak......cuma ada beberapa orang negro yang lagi gelap dari aku.






Beli aiskrim


Balik dari Larmor Plage singgah  kat taman dekat Alasce Lorraine sekali lagi. Lepak lepak sambil menelan angin sejuk bersama  Fillet O Fish. Makan lagi, padahal tadi baru makan roti dengan nasi goreng ayam kat tepi laut sana.

Masa ni aku tengok makin banyak daun di pokok dan bunga-bungaan yang tumbuh dan nampak makin cantik.





Monday, April 2, 2012

Larmor Plage

Catatan Ahad 24 Mac

Ahad lepas kami ke tepian pantai di Larmor Plage kira-kira 6km dari Lorient. Naik bas nombor 51 di Gere de Exchange. Semua ni atas maklumat seorang Indonesia yang aku jumpa masa solat Jumaat di Masjid Lorient. Terima kasih. 

Bercakap pasal sembahyang jumaat, syukur aku kerana masjid dekat aje dengan pintu pagar DCNS, jadi tak de masalah berjalan, cuma khutbah dalam bahasa Turki yang tak faham sepatah pun.

Sebelum ke tepi pantai, sempat jugak ke Giant atau di tulis sebagai Gient Casino. Depa kat sini segala benda nak ditukar ke bahasa France, sampai nama khas pun mau tukar ke? Tak beli banyak barang, sekadar tupperware untuk aku senang bawak bekal makanan, maklumlah tak berapa lalu aku nak makan kat kantin DCNS tu.















Sampai di pantai sudah tengahari. Walaupun matahari bersinar terang, suasana tetap sejuk, tambahan pulak bila kena tiup angin. Macam biasa le, makan dulu baru tengok pemandangan. Terasa sungguh lazat nasi berlauk ayam dan roti yang kami bawak bila makan kat sini. Mat saleh sini pun bukan main suka lagi sun bathing.  

Boleh tahan cantik pantai Larmor Plage ni. Cuma masa ni air tengah surut, habis semua batu nampak. Laut kebiru-biruan dan pantainya agak panjang. Aku tengok ada banyak Campevan kat hujung sana. Nampaknya musim bunga sudah bermula dan suasana semakin ceria.