Thursday, January 7, 2010

Cameron Highland

Memori 10 November 2007

Ni la tempat yang tak jemu-jemu pergi. Mungkin sebab suasana sejuk macam kat oversea kot, hehehee. Time ni kami pergi konvoi tiga keluarga. Keluarga Kak Da dan keluarga Abang Nan, mak mertua pun ada. Kami sewa flat tiga bilik.

Betullah orang kata tak kenal maka tak cinta. Dulu kecik-kecik aku sikit punya fobia dengan Cameron nih sebab banyak cerita-cerita tentang jalan pusing-pusing, muntah-muntah baru boleh sampai sana. 

Sekarang baru tau betapa bestnya tempat ni. Lagi pulak dapat beli strawberry dan sayur segar banyak-banyak. Jugak beli supply teh spesial yang memang tak de jual kat bawah.......only in Cameron Highland.


Dekat MARDI











 
 Bees Farm





Tapi ada sekali tu masa aku datang sini ....kami sesat jalan sebab kabus turun setebal tebalnya sampai tak nampak apa-apa. Panik laa jugak aku....last last aku decide berhenti dulu tepi jalan sampai kabus reda,baru la nampak jalan sikit sikit.

Tapi banyak banyak tempat yang paling best kat Cameron ni  Mardi dan Ladang Teh Bharat le. Memang cantik.

Sunday, January 3, 2010

Tanjung Balau Beach Resort, Desaru

Memori 11 November 2006

Ini kali kedua kami sekeluarga ke Desaru. Masa 1st time dulu kat Desaru Golden Beach Resort. Kali ni kat Tanjung Balau Resort, bersebelahan aje. Best jugak bercuti kat sini.

Apapaun kolam renang dia memang best sebab luas. Kebetulan time ni tak ada orang apalagi anak-anak aku punya bebas mandi macam kolam bapak dia orang yang punya. Menggelongsor sakan anak anak aku kat sini.

Sebelah petang pulak lepak-lepak kat jambatan depan chalet. Cantik pemandangan. Bila air surut nampak batu-batu kat dasar laut.

Makan malam tu kat Bandar Penawar. Dekat setahun tunggu order. Hati paneh dibuatnya.




kolam renang yang sangat luas....siap ada gelongsor lagi

Saturday, January 2, 2010

Semalam di Pulau Pangkor

Memori Puteri Bayu Beach Resort

Pergi ke sini sempena minggu pertama lepas pindah balik ke Manjung dari Pasir Gudang, sementara cuti masih ada lagi. Masa tu ada break satu minggu sebelum masuk kerja baru. 

Mak aku pun join sekali. Aku ambik kereta sewa dengan kawan Paklang Halim yang kami jumpa dalam feri. 

Kalau ke Pangkor ni, makan ikan bakar kat Teluk Nipah la yang best walaupun gerainya biasa aje. Waktu petang pulak makan laksa tepung beras tepi pantai...memang best.

 


 



Family Day 2006 - Tiara Beach Resort Port Dickson

Memori Sime Darby Engineering

Masa ni aku  kerja kat Sime Darby Engineering Pasir Gudang. Kelab Rekreasi SDE mengadakan Family Day kat Tiara Beach Resort..

Keluarga Azri kawan aku pun join sekali. Seronok jugak datang sini. Tidur semalam. Bilik pun luas dan selesa......dengan view kolam.







Gembira budak-budak ni tambahan lagi dapat pulak kereta remote control free hadiah dari penganjur. Malam ada BBQ. Special kali ini  depa jemput Apek Senario buat show. Bertambah gembira sekelian kanak-kanak.

Tiara Beach ni memang boleh tahan cantiknya. Cukup selesa nak mandi sebab kolamnya luas. Ada pertunjukkan silap mata lagi.