Thursday, October 28, 2010

KL Unplanned Trip

Ni le kali pertama aku jejak kaki di Masjid Negara. Luas jugak rupanya masjid negara ni. Landscaping pun boleh tahan. Masa ni ada ramai orang termasuk budak-budak tahfiz ...yang tengah nak mandi pun ada. Ada kursus agaknya.

Lepas masjid negara terus ke KLCC pulak. Sengaja nak mengembalikan memori 4 bulan lepas masa aku kerja kat 8th Floor sana. Kebetulan ada pameran motorsikal grand prix. Ramai jugak peminat-peminat motor ni. Sempat jugaklah Nabila berposing dengan "Agnes Monica", kata dia. Haikal teringin jugak nak bergambar kat situ sebenarnya tapi disebabkan ada awek-awek aje kat atas motor tu semua, terus tak mahu dia.

Kat Masjid Negara di bahagian atas 

Sini pun ada tempat exercise jugak, habislah tambah kurus anak aku





Tuesday, October 19, 2010

Outstation - Cable Manufacturer Visit

Emerald Puteri Hotel Sungai Petani

Outstation lagi. Kalau ikutkan tiap-tiap minggu ada lawatan Vendor Audit. Nasib la boleh filter. Minggu ni Kedah pulak. "Mai Cek Mai... Alhamdulillah perjalanan lancar. On the way ke Kedah sempat aku singgah Pengkalan Baru ambik mak mertua dan hantar ke Bagan Serai.

Kalau Kedah ni aku teringin la jugak nak tengok keindahan sawah padi sepanjang perjalanan tapi rupanya sekarang musim membajak dan menanam aje.....maka tak nampaklah kehijauan tu semua.

Lawatan pertama ke Southern Cable Kuala Ketil. Lebih kurang 20 minit perjalanan dari Hotel. Sebelum tu check in dulu kat Emerald Puteri Hotel. Lokasinya betul-betul sebelah kiri depan pintu susur keluar Sungai Petani Selatan. Bilik ok, kolam renang atas bumbung pun cantik.

 Saujana mata memandang jelapang padi


Makan malam aku pegi kat medan selera depan hotel aje. Boleh tahan sedapnya nasi goreng padprik. Haikal pun mau makan. Suka aku tengok sebab anak aku ni bukan senang nak suruh dia makan nasik.


Depa semua makan tengahari di Leboss. Aku pulak di Kuala Ketil


Kolam atas bumbung lebih menarik dari kolam di bawah rupanya

Pasal lawatan pulak, kilang Southern Cable ni memang besar. Semua dia buat kat sini cuma bahan mentah aje yang diimportnya. Proses membuat cable ni memang menarik. Besar sungguh Processing Plantnya, sempatlah aku lenguh kaki dan bermandi peluh. Balik dari lawatan tu singgah Bandar Perdana amik depa semua di rumah Suhaida, anak sedara Nora. Besar dan cantik jugak rumah dia ni.

Destinasi seterusnya adalah Alor Setaq"dengan kepala hang aku putaq". Check in di Grand Crystal sebelah Masjid Zahir yang popular tu. Makan malam kat gerai Alia 4 tepi stadium Alor Setar. Sedap betul masakannya.

Selesai makan merayau kejap dekat uptown sebelah stadium tu. Tak ramai orang macam uptown kat KL sana. Lawatan ke sini tak begitu menjadi sebab Vendor yang nak dilawati ni cokia habis. Opis pun rumah kedai aje....macamanalah dia boleh jual barang juta-juta. Kroni???




Sepatutnya aku check in kat Vistana Penang pulak untuk lawatan ke Bayan Lepas, tapi aku dah abis tenaga, apalagi bertolak pulang laa. Sempat singgah Bukit Merah Laketown atas permintaan kanak-kanak. Layanzzzzz.   

Thursday, October 14, 2010

Outstation - Port Shipyard Visit

Royale Bintang Hotel

Di Restoran Jejantas

Outstation kali ni aku menginap di Royale Bintang. Mewah jugak hotel kepunyaan Boustead Group ni.

Dalam masa yang sama buat pertama kali sempat pulak aku ke Plaza Low Yatt.....yang merupakan pusat teknologi digital terkini. Macam-macam ada.

Lawatan hari pertama ke Port Shipyard di Kelang. Boleh tahan port ni.....produktif.





Lawatan hari kedua ke MAN Diesel di Subang Jaya. Tengok presentation ajelah separuh hari. Macam biasa tengahari tu makan lagi.....kali ni betul-betul Hao Liao.....terutama ayam pandan dan udang besarnya. Balun....

Majlis Hari Raya Boustead


Dah lama jugak aku tak merasa jamuan hari raya kat Boustead ni macam tahun tahun yang telah berlalu.  Jamuan ni diadakan pada 16 Syawal yang lepas dan bermula jam 9.00 pagi. Sedap jugak makanan kali ni terutama nasi biryani dan rendang ayam.

Lepas makan aku bawak pusing-pusing keliling yard. Merasa la jugak depa tengok - tengok sekeliling yard termasuk kawasan yang selama ini kawasan larangan bagi orang luar. Dulu depa kecik lagi masa datang sini. Anak-anak aku paling suka dapat masuk office dan bilik tempat kerja aku.






Surau yang bertaraf masjid sekarang ni