Wednesday, May 11, 2011

Lawatan Ke Teluk Medan Perak

Cukup bulan hari tu ada cuti 3 hari (bersambung dengan cuti 1 May hari buruh). Pergi melawat emak mertua aku di Bagan Serai sana. Mak mertua aku ni dah 14 tahun lebih dah tinggal kat pondok ni semenjak arwah pak mertua aku meninggal dulu. Biasanya time budak budak sekolah aje mak mertua aku stay kat sini. Tapi kalau rasa nak balik bila bila masa pun boleh. 

Macam-macam idea sebenarnya bila datang area sini sebab pondok tu dekat aje dengan Bukit Merah Laketown Resort. Kalau ikut hati rasanya macam nak masuk aje theme park ni. Walaupun dah banyak kali masuk sini, tak jemu jemu punya kalau dengan budak budak ni. Tapi aku tau aktiviti ni pasti amat meletihkan dan bila tiba hari nak kerja atau pergi sekolah mesti masing-masing letih terkapaq dan mulalah datang idea nak memonteng. Takpe nanti aku cari satu masa cuti yang sesuai untuk datang mandi manda kat theme park ni.

Sampai sini dah tengahari. Sebelum tu aku dah siap siap tapau mee rebus dari Segari untuk dimakan kat pondok nanti. Keluarga ipar aku pun ada sekali tapi depa sampai petang sikit.

Itik oh itik

Pulun nampak

Tok dan cucu cucunya
               
Paip gergasi kat tasik Bukit Merah

Belakang tu semua pondok tok tok...lepas check out, ramai ramai ikut pergi tempat parking untuk acara babai 
 
Sebelah petangnya bawak depa main game kat Bukit Merah. On the way singgah dulu kat pasar malam beli makan petang.  Yelah sambil sambil ambil angin tu, boleh la mengunyap. Dalam pada tu sempat jugak menjenguk apartment Suria kat Laketown ni. Nampak macam menarik aje kalau bersantai-santai kat sini. Kolam renang dia pun besar dan suasana cantik. Mesti budak berdua tu seronok abis kalau aku stay kat sini.
 
Esok pagi tu lepas sarapan laksami kuah (baru jumpak laksami melayu yang halal) yang sedap kat pondok, merayau ke pasar tani kejap. Balik tu terus packing barang dan jalan.... 

Wednesday, April 20, 2011

Arif Haikal's Birthday. Allah Selamatkan Kamu....

Besday Haikal tahun ni sebenarnya jatuh pada 14 April 2011. Dah 10 tahun umur anak aku ni. Hadiah besday dah dapat 2 minggu in advance maka sambutannya dilewatkan sedikit. Tanya tuan punya besday dia cakap nak celebrate kat Pizza Hut Sitiawan. Dan dengan tamaknya dia cakap "ayah kita budget 2 ratus ringgit makan kat Pizza". Aku gelak aje "hehehhe.....Haikal ni nak order gajah ke apa sampai 2 ratus?"
 sehingga menjilat jari




Kalau kakak dia Nabila cukup senang pasal bab makan minum ni. Haikal ni je susah sikit nak bagi makan terutama nasik, jenuh berpantun......tapi kalau makanan macam pizza ni cukup-cukup dia makan. Tu yang dia nak budget sampai 2 ratus tu.

Kali ni order pizza yang siap ada udang tempura kat atas. Sedap.

Penuh meja sampai tak habis makan dan bungkus lagi. Apapun takdelah sampai macam budget birthday boy tu, seratus pun tak habis. Selamat Hari Lahir Haikal Sayang...

Monday, April 11, 2011

Taman Paya Bakau

Petang Sabtu baru ni, ada masa lapang kami pergi ke Taman Paya Bakau. First time pergi dulu masa budak budak ni pun rasanya takde lagi. Sikit punya lama ke, padahal dekat aje kalau nak pergi. Selama hari ni aku dok ingat yang taman bakau ni sama macam dulu. 

Itulah kadang-kadang bila lalu depan tempat ni kami sekeluarga pelik jugak kenapa ada banyak kereta....apa yang dibuat dek orang kat sini ramai ramai, apa yang best sangat?  


Dah masuk kat dalam baru tau yang tempat ni rupanya dah diupgrade jadi tambah menarik, aku je yang ketinggalan zaman...hahha. Selain ada laluan baru, ada jugak menara serta jambatan gantung. Laluan baru pulak sambung menyambung sampai ke tepi sungai.

Disamping budak budak ni dapat tengok monyet dan beruk dari dekat, dapat jugak tengok hutan paya bakau yang menghijau, santai-santai di atas kerusi yang disediakan, lepak lepak tepi sungai dan melintasi jambatan gantung. Pengantin cina pun ada ambik gambar dalam hutan ni.


Mak spa bapak, bapak pulak spa anak...bahagia beno keluarga deme ni

Jambatan gantung - boleh lalu kat sini maksimum 5 orang

Muka penat baru lepas naik turun menara

Tapi yang agak kureng tu, asal ada tempat macam ni je mulalah ada ramai pasangan "love bird". Tu yang buat tak sedap mata memandang. Lagi satu  kenapa la depa tak buat restoran terapung ke kat sini, mesti tambah meriah.  

Habis kat sini terus ke Teluk Batik pulak. Ada banyak angin hari ni....segar. Lepak-lepak sambil makan dan tengok gelagat budak-budak muda yang terjerit-jerit naik pelampung/banana yang di tarik oleh bot laju.  

Sunday, April 10, 2011

Basikal Baru

Aku dilahirkan di sebuah kilang. Badanku diperbuat daripada besi  dan aku mempunyai 2 buah roda........Kecik-kecik dulu begitulah rupanya bentuk karangan kalau diberi tajuk "aku sebuah basikal".  Tapi sampai sekarang pun masih laku lagi karangan macam ni kat sekolah rupanya. Macam tahun lepas Haikal dapat A masa buat karangan tajuk ni walaupun belum pernah ada basikal.

Sebenarnya baru-baru ni aku telah membeli sebuah basikal untuk Haikal. Dia ni baru aje belajar naik. Aku tak pernah beli kat dia selama ni, dia pun takde mintak dan aku sendiri rasa takde keperluan untuk dia ada basikal. Pergi balik sekolah pagi petang ada driver...Baru baru ni aje bila dia dah pandai baru dia minta aku belikan. 

Sayang tu..roda pun cuci. Jangan hangat hangat tahi ayam dah le


Kes dia sama macam aku kecik-kecik dulu. Dia dapat naik basikal secara mengejut sebab ada satu hari tu dia tak tahan hati tengok sepupunya boleh naik dengan cekap. Tercabar......dia berusaha gigih dan dalam masa 3 jam dah berjaya naik. Aku dulu berjaya naik basikal pun sebab tercabar jugak pasal adik aku dah dapat naik...hahha...immediately terus boleh bawak.

Aku harap dia takdelah gunakan basikal ni untuk merayau-rayau tak tentu hala. Risau jugak aku tengok budak-budak taman ni ada yang merayau sampai ke bandar Manjung. Tapi setakat ni under control lah.