Saturday, April 14, 2012

Le Ter


Catatan 3 April

Hari Selasa tetiba aje dapat cuti free satu hari. Apa lagi....pegi pekan la. Turun kat Gere D'Exchange dulu. Tujuan utama nak amik pas bulanan untuk Nora pulak. Untuk Nabila dah buat minggu sebelum ni, lebih jimat. Lagi satu nak ambik E- tiket train lagi.

Ambik pas bulanan tu jadi lawak sikit ler, pasal mat saleh jaga counter tu tak tau cakap omputih. Dia mintak ic nora, rasa rasa aku le. Tertinggal le pulak. Aku cakap dia langsung tak faham. Dia cakap lagi la aku tak faham. Asyik lawan cakap tu kat 10minit. Aku senyap jap, dia cakap lagi. Adeh. Last-last jadi macam ayam berdialog dengan itik. Apakeheiiii. Macamanapun akhirnya dapat jugak aku pas bulanan tu, cuma Haikal aje tak beli pas sebab dia ni naik turun bas free aje. Lagi bagus.

Habis kat situ naik bas ke Le Ter. Cantik jugak tempat ni. Merayau-rayau kejap walaupun tetiba aje cuaca bertukar jadi semakin sejuk. Dua beranak tu sempat jugak masuk beberapa kedai baju, depa kata murah. Tapi tak beli pun.



 



On the way balik ambik pulak bas no 40 dan singgah kat Giant Lannester. Beli barang dapur apa yang patut. Kebanyakan barang terutama sayur-sayuran dan buah-buahannya murah. Kalau orang sini, yang gaji dalam Euro memang ok sangat le.




Saturday, April 7, 2012

Tiket Train ke Paris

Catatan 31 Mac

Tujuan utama keluar kali ni sebab nak amik E-Tiket ke Paris yang aku dah beli online tempohari. Alasan je tu....sebenarnya nak merayau kat pekan ni dengan sekali pegi beli barang dapur kat Gient Casino macam tiap- tiap minggu. Print tiket ni dibuat kat Train Station Lorient. Mudah je nak print tiket kat mesin tu.


Dah selesai tu ambik bas dan decide apa kata turun aje kat tepi sungai....nampak macam menarik aje. Singgah tempat tu sekali makan-makan bekalan yang dibawak. 


Tepian sungai




Lepas tu naik bas semula dan turun pulak kat Gient Casino. Apa lagi, beli barang-barang dapur le kasi penuh peti ais yang kecik tu.


Lepas Giant ke MC D pulak. Apa lagi, Makan Fillet O Fish ler. Euro 3.20 sebijik. Balun lagi...Sejuk sejuk ni asyik lapo aje, bahaya betul..



Depa kat sini makan macam kat Malaysia jugak. Masak macam macam. Spagheti dibuat macam mee fungsinya, maka jadilah mee goreng, hailam, sup, bandung dan macam-macam lagi. Sandwich, roti john buat jugak. Strawberry makan sampai jemu, maklumlah murah. 

Orang lain datang sini boleh simpan duit....aku lagi abis duit....hahahhaa.....tak pe janji bahagia.

Monday, April 2, 2012

Larmor Plage

Catatan Ahad 24 Mac

Ahad lepas kami ke tepian pantai di Larmor Plage kira-kira 6km dari Lorient. Naik bas nombor 51 di Gere de Exchange. Semua ni atas maklumat seorang Indonesia yang aku jumpa masa solat Jumaat di Masjid Lorient. Terima kasih. 

Bercakap pasal sembahyang jumaat, syukur aku kerana masjid dekat aje dengan pintu pagar DCNS, jadi tak de masalah berjalan, cuma khutbah dalam bahasa Turki yang tak faham sepatah pun.

Sebelum ke tepi pantai, sempat jugak ke Giant atau di tulis sebagai Gient Casino. Depa kat sini segala benda nak ditukar ke bahasa France, sampai nama khas pun mau tukar ke? Tak beli banyak barang, sekadar tupperware untuk aku senang bawak bekal makanan, maklumlah tak berapa lalu aku nak makan kat kantin DCNS tu.















Sampai di pantai sudah tengahari. Walaupun matahari bersinar terang, suasana tetap sejuk, tambahan pulak bila kena tiup angin. Macam biasa le, makan dulu baru tengok pemandangan. Terasa sungguh lazat nasi berlauk ayam dan roti yang kami bawak bila makan kat sini. Mat saleh sini pun bukan main suka lagi sun bathing.  

Boleh tahan cantik pantai Larmor Plage ni. Cuma masa ni air tengah surut, habis semua batu nampak. Laut kebiru-biruan dan pantainya agak panjang. Aku tengok ada banyak Campevan kat hujung sana. Nampaknya musim bunga sudah bermula dan suasana semakin ceria. 

Friday, March 30, 2012

First Survey Lorient

Catatan 17 Mac

First time aku ke pekan Lorient dengan family hari Sabtu minggu pertama sampai. Sebelum ni singgah gitu-gitu aje masa pergi dan balik dari office. Lagi pun anak aku teringin sangat nak try makan kebab, walaupun aku dah cakap kebab Malaysia lagi sedap.

Cari punya cari kedai kebab tak jumpa pun, aku pun bagitau dia, takdak rezeki Haikal kot nak makan kebab hari ni. Dalam perjalanan nak balik tu rupanya terjumpa jugak kedai kebab Turki tu. Suka la dia. Belilah kebab, tapi rasanya mestilah tak sama dan tak sesedap kebab kat pasar malam. Sampai sekarang ni dia tak pernah mintak kebab lagi.


Menuju bus stop

Tempat kerja DCNS



Kedai kebab



Depan Careffour - Selain dari Giant, tempat ni pun favourite jugak

Masa ni jugak kami pergi register Sim Card France untuk handphone dekat service provider 'Orange'. Terimakasih banyak kat Firdaus rakan BNS yang sudi bawak aku ke tempat ni....maklumlah orang baru mana tau pasal tempat ni semua. 

Lama jugak tunggu sebab kat sini depa suka melayan customer style meleleh dan lama-lama. Apatah lagi kalau opah-opah, macam-macam soalan ditanya dan dijawab dengan panjang lebar......adeh.  Alang alang dah jauh berjalan ke sini tunggu jugaklaa. Jenuh que.

Balik tu wajib la singgah Carrefour Lorient sebelah Hotel Ibis untuk beli barang dapur, maklumlah makanan dalam tin pun sudah mau habis.