Thursday, April 4, 2013

Gold Coast Day 5 - Wet n Wild & Harbour Town

Catatan 12 March 2013

Hari ke 5. Bangun pagi-pagi aku dan Nora jalan-jalan tepi pantai. Kami menghirup udara dingin dan segar dan melihat matahari terbit. Lepas jalan-jalan masuk pulak ke kedai runcit 24 jam kat sebelah apartment. Duit syiling Australia makin banyak nampaknya dan memberatkan poket, ada lagi baik aku beli barang semua guna duit syiling.



Kedai runcit 24 jam sebelah The Shore


Lepas siap-siap semua kami terus ke destinasi pertama iaitu centre Surfer Paradise sebab nak merasa suasana melepak kat sini waktu siang pulak. Nasib baik senang aje nak dapat parking maklumlah ini hari bekerja. Kalau cuti memang susah nak dapat parking.

Sini pun ada koala





Perjalanan diteruskan kali ni ke Harbour Town pulak. Satu jalan aje dari tempat tujuan asal. Ramai orang-orang Malaysia yang ke Gold Coast ni meminati pusat membeli-belah ni. Bagi aku Harbour Town ni lebih kurang macam Pacific Fair cuma kawasannya lebih luas. Kat sini jugak ada Nando's yang ada sijil halal yang sah sehingga November 2013. Habiskan masa sekejap kat sini dan beli apa yang patut.


Abis tempat ni, kami terus menuju ke Wet and Wild Theme Park yang termasuk dalam senarai VIP Pass kami. Anak anak aku cakap lagi best dari Sunway Lagoon. Gumbira habis nampaknya bebudak ni mencuba berbagai jenis gelongsor air, maklumlah orang semakin berkurangan bila sudah petang. Jadi tak perlu berbaris panjang.


Takde sebarang etika berpakaian kat sini, pakailah apa apa aje yang sesuai. Apa yang aku nampak pengurusan sini betul-betul amik berat pasal safety. Sungai kecik paras pinggang pun punyalah ramai safety personnel yang jaga. Menjelang pukul 5.00, bila tempat ni dah nak tutup, kamipun berangkat pergi.






Tengok mat saleh berayun kat sini pun aku dah ngeri.....tu belum cuba lagi!!!

On the way ke Surfer Paradise, kami melalui Harbour Town sekali lagi. Depan sikit dari Harbour Town kami terjumpa Ian Dipple Lagoon lalu berhenti melihat-lihat. Tak sangka Lagoon ini sungguh indah dan nyaman. Seronoknya berdiri di pasir yang berada di tengah-tengah dua laut yang terpisah. Ada banyak burung camar pulak tu menambahkan suasana ceria.









Kami jenguk sekejap Pasar Seafood ni. Wah.....macam-macam ada. Sotong besar, Lobster dan pelbagai jenis dijual. Sayang tak boleh nak beli apa-apa sebab ada banyak makanan dalam peti ais perlu dihabiskan supaya tak membazir sebelum balik.

Sunday, March 24, 2013

Gold Coast Day 4 - Pacific Fair & Kunjungan Pantai Pantai Indah

Catatan 11 March 2013

Dear Percikan Kenangan,

Hari ke-empat berada di Gold Coast. Cuaca baik. Tempat pertama dalam jadual hari ni Pacific Fair. Dekat aje tempat ni dari Surfer Paradise. Parking pun free. Seronok nampaknya anak isteri aku datang tempat ni. Paling gumbira mestilah Haikal sebab dia dapat beli game PS3 Original sebanyak 4 keping.....sebab ada offer diskaun...kat Malaysia aku belum jumpa lagi harga murah macam ni.

Kat bahagian sayap luar Pacific Fair ni pulak ada macam-macam jualan. Paling best buah anggur fresh yang sangat murah berbanding tempat kita. Jenuh makan.

Menu hari ini, mee kari dan nasi goreng


Senyum memanjang....

Pulun sakan

Lama merayau-rayau mulalah perut mula terasa lapar. Terus keluar dari tempat ni. Tak tau nak makan kat mana, sekali terjumpa sebuah taman di tepian Sungai Neerang. Tak berlengah terus singgah sini. Makan bekalan yang ada dan buat macam-macam rakaman interview lawak......hehehehhee







Perut pun dah kenyang, maka perjalanan di sambung semula kali ni kami decide untuk mengunjungi pantai pantai sekitar Gold Coast. Antaranya Miami Beach, Burleigh Beach, Mermaid Beach dan Tallebudgera Beach.

Sungguh nyaman mengunjungi pantai ni semua dengan pemandangan laut yang memukau mata.



Miami Beach


Burleigh Beach



Tallebudgera Beach

Tallebudgera Beach ni sebenar pantai yang tenang tiada ombak sebab terletak di kuala sungai. Sebab itu ia dijadikan tempat latihan surfing dan berkayak oleh sekolah-sekolah kat sini. Ramailah anak-anak mat saleh dok berlatih di sini dengan bimbingan guru-guru.


Mermaid Beach.....seharusnya kami tinggal Apartment Spindrift on The Beach kat sini, tapi aku cancel sebab Apartment The Shore lagi happening...nasib baik tak jadi, rupanya pantai nya pun dipagar dan macam tutup je

Gold Coast Day 3 - Movie World & Malam di Surfer Paradise

Catatan 10 March 2013

Plan hari ni adalah ke Movie World. Untuk hari ni sarapan pagi adalah mee sup dan untuk makan tengahari pulak nasi putih bersama ayam kunyit. Tempat ni agak jauh jugak dari Surfer Paradise lebih kurang 21 km. Tak de masalah pasal ada lagi sorang pakar GPS Nabila boleh tolong carikan arah.

Sampai sini pukul 10 lebih. Bagi aku Movie World ni biasa biasa je, boleh laa. Apapun dah termasuk dalam VIP package......jangan di sia-siakan.



The Flash
Bersama Willy Wonka and Chocolate Factory


Hansel and Gratel



Cowboy town show

Batman show


Balik dari Movie World, kami tidak merayau-rayau lagi terus ke bilik. Semua orang sudah begitu letih nampaknya. So, berehat seketika untuk memulihkan tenaga. Malamnya kami ke Centre Surfer Paradise pulak.

Walaupun The Shore ni memang kat Surfer Paradise, sebenarnya jarak Centre Surfer Paradise kira-kira 1km dari sini. Sapa rajin boleh jalan kaki. Dan kalau betul-betul nak tempat yang dekat kena amik apartment The Sands misalnya, tapi of course harganya lebih mahal. Parking kena bayar.....tapi lepas jam 9.00 malam free.


Seronok rupanya melepak-lepak dan berjalan-jalan tepi pantai malam-malam macam ni. Lampu-lampu pelbagai warna menambahkan keindahan tempat ni. Angin dingin bertiup kencang, kena pakai jaket kalau tak menggigil lah jawabnya . Kat sini ada jugak pasar malam mat saleh..