Sunday, October 29, 2017

Kembara Motorhome Perth : Day 2

16 October 2017

Perth - Lancelin Sand Boarding - Pinnacles Desert - Moore River 


Nyamannya suasana di homestay ni. Ownernya nama Tania. Parents dia sebelah rumah memang peramah dan semua orang panggil ni rumah Mak Long... hehehee. Halaman rumah yang sangat bersih dan dihiasi indah dengan pelbagai bunga-bungaan yang cantik-cantik belaka.

Jam kat Perth ni memang sama dengan Malaysia, tapi waktu subuhnya dalam 4 lebih begitu. Jadi dalam 5 lebih sudah terang benderang.

Aku dok melawak dengan wife aku, kalau kita boleh tanam pokok ni kat Malaysia, boleh buat duit  pasal pasti ramai yang nak beli pokok ni...pokok ni jugak aku perasan ada merata-rata di Perth 


Mak mertua aku kata macam berus cuci botol bunga dia 







Selepas sarapan dan bersiap-siap tepat 7.45 pagi teksi Swan yang aku booking pun sampai. Tak muat teksi Estima tu untuk 7 orang walaupun 7 seater sebab ada banyak beg termasuk kerusi roda. Jadi driver tu request lagi satu teksi. Segera kami bergerak ke Britz Motorhome. Sekejap aje dah sampai.


Rupanya tempat ni centre untuk semua motorhome tak kira Britz, Maui atau yang lain. Selepas diberi penerangan, tunjuk lesen dan sign apa yang patut, kami dibawa ke Motorhome. In law aku ambik Britz untuk 2 orang. Aku pulak Maui 6 berth. Motorhome Maui ni nampak baru dan mantap. Anak anak aku sangat suka motorhome ni. Memang besar gedabak tapi insyaaAllah tak de masalah.

Untuk 5 hari 4 malam sewa motorhome AUD1522. Mahal banyak dari kereta campur accomodation. Ini aku sudah sedia maklum cuma nak mencuba pengalaman baru bermotorhome. Kelebihannya perjalanan yang selesa dan semua ada di situ. Kalau tak sempat sampai boleh tidur mana-mana, pasal makan dan bilik air tak payah risau.

Jadi konsep motorhome adalah  melancong secara adventure yang luar dari kebiasaan.

Documentation

Interior yang serba baru



Ok semua dah ready. Apa lagi... jalan. Destinasi pertama kalau ikut itinerary aku adalah Pinnacles Desert. Jaraknya agak jauh 300km lebih dari Perth. On the way sempat lagi kami pergi Belmont Forum cari bahan makanan.



Perjalanan lancar walaupun agak kekok sedikit menyesuaikan diri dengan motorhome terutama masa nak parking kat Belmont Forum tadi. Tambahan pulak angin kencang ketika ini.

On the way tu terfikir pulak aku, kalau lambat nak patah balik mesti lagi sukar nak masuk ke Guilderton Caravan Park sebab park ni last check in dia pukul 6 petang. Aku try call pun tak dijawabnya.

Jadi aku amik keputusan check in sesiap kat Park ni yang memang on the way, cuma perlu masuk sikit dalam 4 km macam tu. Lagipun boleh sekali makan tengahari.

Ikut kat website holiday park ni minimum booking mesti 2 malam tapi aku request untuk semalam  saja melalui email dan dia approve.

MasyaaAllah....holiday park yang terletak di tebing Moore River ni memang sangat indah dan menakjubkan. Sungai ini bertemu dengan laut dan menghasilkan pemandangan luarbiasa yang belum pernah kami saksikan. Enjoy sekejap suasana kat sini.



In real life Moore river ni jauh lebih cantik dari foto ni 







Makan bekalan kat meja depan tu

Cantik macam mana pun tak bolehlah nak berlama-lamaan. Perjalanan masih jauh. Jadi lepas makan dan solat, perjalanan disambung lagi.


Lagi sekali tukar fikiran. Aku decide pergi sand boarding dulu baru Pinnacles memandangkan masa suntuk dan takut kedai peralatan semua tutup. Jadi kami pun segera menuju ke kedai peralatan  papan luncur Lucky 7 ni yang agak popular dikalangan orang Malaysia. Sewanya AUD10 satu. Kami amik 2 papan luncur.

Tempat ni mengkagumkan. Cuma nasib kurang baik sebab angin sangat kencang sampai nak meluncur pun sukar. Mau sekati pasir dah masuk mata aku ni...hahah. Dalam telinga pun pasir masuk. Depa tiga beranak meluncurlah jugak mana yang mampu. Nak merasalah katakan.


Nak celik mata pun tak berapa boleh

View dari atas bukit pasir...nampak laut di belakang sana

Ada hujan sikit sikit...tu yang ada pelangi

Habis sand boarding, perjalanan disambung menuju ke Pinnacles. Letih jugak rasanya nak sampai tempat ni. Sampai pun dah lewat petang. Tapi wife aku suka, boleh tengok sunset katanya. Jadi kami pun terus masuk ke tempat ni. Masa masuk tak bayar duit....balik baru aku bayar kat peti besi yang disediakan.

Agak menarik tempat ni. Jadi kami enjoy sini sampai matahari terbenam sebelum bertolak ke Guilderton Caravan Park semula.



Awas !!!! Jangan cuba-cuba nak parking di luar kawasan batu ni...nasib tak baik tayar boleh terbenam






Kami sampai holiday park agak lewat. Kunci masuk gate dah ada, teruslah parking motorhome. Hujan renyai dan angin kencang. Terpaksalah kami sambung power tengah-tengah hujan tu. Satu cabaran. Bilik airnya memang besar dan sangat bersih. Mat saleh lah katakan.

 Lepas mandi dan  makan malam semua orang keletihan dan terus tidur sampai ke subuh.

Saturday, October 28, 2017

Perth : Travel Day & Day 1


14 - 15 October 2017

Manjung - Permatang Pauh - Salak Tinggi - KLIA - Perth Airport - Homestay Belmont 

Secara ringkas program penginapan aku macam ni :
  • 1 malam di Hai O Hotel Salak Tinggi - sebab flight pagi
  • 1 malam di Belmont, Perth - Menginap di homestay
  • 4 malam - Bermotorhome sekitar West Australia
  • 2 malam di Belmont, Perth - Menginap di homestay dan jalan-jalan sekitar Perth
Bab persiapan, sama jugak macam sebelum ni aku prepare list makanan dan ubatan yang lengkap. Maklumlah Australia ni cerewet sikit. Visa/ETA amik dari agen sebelum ni iaitu si Intan RM20 seorang. 

Makanan pulak dibeli di Tesco Manjung lengkap dengan paste dan perencah pelbagai jenis. Maka pada 14 Oct kami pun bergerak ke Hotel Hai O di Salak Tinggi. Sebelum tu kena amik Nabila dulu kat Permatang Pauh.

                                                       Singgah makan di Perhentian Tapah

Hotel Hai O ni jadi pilihan aku sebab jaraknya yang agak hampir dengan stesen ERL Salak Tinggi. Lagi pun tak banyak hotel berhampiran yang aku jumpa dalam internet, sekali bila sampai area ni, nampak banyaknya hotel lain yang lebih baru. Rate hotelnya RM130 untuk family room. Boleh tahan la keadaan bilik aku di tingkat 2 ni.

Oleh kerana flight awal pagi, maka terpaksalah aku dengan Nora pergi riki dulu kata orang utara (survey). Takut-takut sampai masa nanti tak jumpa stesen ERL. Susah sikit nak jumpa sebab tak perasan langsung ada jalan masuk sebelah fly over untuk ke stesen ni. Nasib baik ada sorang pemuda baik hati tolong tunjukkan. Alhamdulillah. 

Pagi pagi lepas subuh terus kami check out dan segera ke ERL Salak Tinggi. Setelah drop out lugage dan ahli rombongan Cik Kiah depan ERL station, aku dan biras Abang Sudeen terus parking kereta. Aku ingat banyak parking kosong sebab masih awal pagi, rupanya agak penuh. Sampai kena naik level 3 baru ada kosong.

Suspen jugak aku pasal masa agak suntuk, lagi lagi memikirkan KLIA 2 ni memang hazab kena berjalan jauh. Akan tetapi syukurlah check in lugage lancar aje memandangkan ibu mertua aku yang berkerusi roda, maka boleh check in di kaunter khas. Tambah lagi semua orang tak payah jalan kaki jauh-jauh kerana dipelawa menaiki kenderaan khas. Alhamdulillah lagi sekali.

Flight agak delay ke sana kemari kat runway entah berapa lama. Tak taulah apa sebabnya. Apapun selamat take off dan penerbangan ini mengambil masa 5 jam. Apa lagi aktiviti yang sedap dibuat melainkan tidur ...maklumlah letih travel semalam pun belum reda.  



Sampai

Perth Airport


Flight landing di Perth Airport lebih kurang 3.15 petang. Still on time, gamaknya pilot dia pecut kot haha. Pemeriksaan lugage berjalan lancar. Kastam cuma tick aje list makanan dan ubatan yang aku bawa tu....terus jalan keluar tanpa pemeriksaan. Lega.

Homestay yang aku tempah terletak di Belmont. Nak ke sana kena naik teksi nampaknya. Nasib kurang baik tiada sebarang teksi masa tu. Petang Ahad macam ni mat saleh kira nak berehat aje. Call Swan Taxi, dia kata tak boleh hantar teksi masa ni. 

Ada sorang minah Indon tu approach kami dan bagitau ada member dia  boleh hantar tapi dia nak dekat AUD100. Mahal tu, Belmont sekitar 4 km aje dari airport. Sekali ada sorang mat saleh offer abang ipar aku naik bas ke Belmont. Kami pun malas nak tunggu teksi ikut aje. 

Dalam bas

Ini pengalaman lucu dan letih sebab bas tu tak lalu Gardiner Street tempat homestay tu. End up kami sampai kat CBD Perth. Nasib baik driver tu bagitau dia boleh patah balik dan drop kami kat Belmont Forum , lepas tu kena amik bas lain. Mujurlah sekejap aje bas lagi satu tu sampai, dan kami pun turun depan IGA Belmont yang kira-kira 300m dari Homestay. Kosnya AUD15 untuk 7 orang. Memang jimat banyaklah.

Sampai homestay kami disambut oleh parents owner yang tinggal di sebelah rumah sahaja. Terus dia bagi kunci dan penerangan serba sedikit.

Rumah ni aku book kat Airbnb  pada harga RM 610 semalam. Ada 3 bilik, laundry dan dapur serba lengkap dan selesa. Halaman rumahnya pun cantik dengan bunga-bungaan. 

Dapur yang luas

Bilik mandi

Tandas siap  ada library...kagum anak anak aku

Ruang tamu pun agak besar


 View dari ruang makan

Bilik tengah

Ni bilik belakang...bilik depan lagi besar ada 1 katil queen  dan 1 katil bujang..lupa nak snap

Menu pertama.....nasi impit dan bihun goreng

Backyard. Yang besar tu pokok avocado rumah belakang


Kakak ipar aku ni ada kedai makan. Jadi pasal makan-makan dan masak-masak tanggung beres. Ikan bilis dan sambal udang kering pun dibawaknya. Perut pun dah kenyang. Sejuk sejuk macam ni memang sedap tidur. Esok bermulalah kembara Perth.