Friday, December 10, 2021

Teluk Senangin


29 August - 1 September

Acara tahunan bercuti di Teluk Senangin datang lagi😅. Tahun lepas  2020 tak mai pun. PKP macam biskut kejap ada kejap takda. Dan macam yang sudah sudah pastinya Chalet Kamal Haji Zaman jadi pilihan. Cuma bilik je yang berubah ubah. 

Tetaplah mengunjungi tempat ini sejak dari zaman Pak Kamal dan pembantunya yang kami panggil brader German sebab anak dia dah jadi warga German, ketika keduanya masih sihat sehinggalah kedua-duanya telah meninggal dunia - إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون  

Chalet ini sekarang diuruskan oleh isteri Allahyarham Haji Kamal. Tak banyak beza malah semakin bersih dan membangun. Begitulah kami. Dalam usia kami suami isteri makin meningkat,  namun kesetiaan kepada chalet yang telah meninggalkan seribu kenangan ini tidak pernah berubah. Heheheh

Kali ni tidur 3 malam. Asal nak dok 2 malam je. Sampai masa nak balik depa ajak tambah hari lagi. Kalau boleh sebenarnya depa nak suruh tambah jadi seminggu terus haha. 

Aktivitinya sama, jadi tak banyak yang boleh diceritakan. Letak gambar aje macam yang sudah sudah.


Bermalam kat chalet hujung kalini. Semi D. Ambil  chalet sebelah kanan tu, tapi Puan chalet bagi lagi sebelah free aje. Terima kasih banyak

              
Home made bread. Rajin Nabila buat roti guna breadmaker. Lembut je... memang lebih sedap dari kedai 



Kembara mencari ketam 

Semakin hampir ke tempat yang dituju.. dekat aje tempat ketam ni sebenarnya heheh. Suspen juga manatau habis dibeli orang atau dah dibook sebab aku ni main terjah je

Alhamdulillah masih ada rezeki ketam yang masih hidup ni dan sedikit ikan 

Bakar bakar 1st night

Malam kedua... yaaa ketam sudah ada ini malam

Meja aluminium ni depa beli kat shopee lama dulu 

Enjoy nampak tidur tepi laut

Seronok main game Saidina  ni. Yang kelakarnya bila ada pemain dah nak muflis, boleh pulak depa merayu mintak pinjam duit dari pemain lain. Macam ni sampai esok pun tak habis

Cantiknya  sunset


Jom makan dulu

Homemade guna daun pisang memang mantop

Jalan kaki beli sarapan kat sini hari ke 3 dan ke 4

Rori canai dan nasi lemak kedai ni memang sedap


Suasana oversea versi Teluk Senangin





Bye Teluk Senangin... jumpa lagi 2022 nanti, InshaAllah.

Tuesday, November 16, 2021

From Taiping With Love

1 - 3 Jan & 14 - 16 Mac

Tajuk "from taiping with love" ni sempena kartun dalam komik Gila-Gila dulu dulu. Saja aku letak dalam entry ni sebagai mengenang nostalgia muda-muda.

Dah November ni. Entry Januari dan Mac pun baru nak publish. Penangan Covid 19 le gamaknya. Lagipun bila anak anak ada di rumah ni, terasa  cepat betul masa berlalu . Macam tak sempat nak update blog hahaha. Dari bulan Februari tahun lepas depa ada di rumah. Alhamdulillah seronok rasa dapat berkumpul sama. 

Pergi Taiping ni sempena kerajaan benarkan rentas daerah, jadi ambik peluanglah. Dua kali mai Taiping ni sebenarnya. Kali ke 2 bulan Mac tu sebab nak hantar Nabila ke UITM. Anak aku ni kene balik  sebab ada kerja kerja lab katanya. Dekat nak raya baru balik rumah semula. 

Tak berapa ingat rentetan peristiwanya, jadi campur campur pun kira ok lah.

Untuk penginapan kami tinggal di Hotel OYO Casavilla dan Wawa Golf Inn masa kunjungan Januari tu. Wawa Golf Inn tu katanya berhantu dan macam macam yang menakutkan kalau ikut ulasan. Tapi aku tengok elok aje, semua orang nyenyak tidur sampai ke pagi. Namun kedudukannya yang agak terpencil jauh dari bandar dan suasana agak suram dan menyedihkan seperti bangunan lama yang ditinggalkan mungkin menyebabkan hotel ni taklah berapa favourite. Tapi kami semua tak kisah belasah aje janji selesa😁

Hotel Seri Malaysia Taiping pulak masa kunjungan Mac. Macam macam benda yang best kat Taiping ni seperti berbasikal serta naik paddle boat di Taman Tasik, makan makan di gerai bawah Larut Matang, yang ni memang best dan penuh nostalgia. Serta melawat Zoo, Museum lama, menjenguk air terjun dan lain-lain.



Parking Wawa Golf Inn

Wawa Golf Inn ni background gunung yang cantik... takde la pulak nampak sebarang hantu. Harga  rm45 je family room. Lepas tengok gambar bilik dengan harga yang macam tu, tu yang buat tak sabar nak booking hahaha. Plan asal nak tido Kuala Kangsar untuk malam kedua tapi entah macamana depa ni nak sambung Taiping lagi 

OYO Casavilla ni betul-betul tengah bandar Taiping


Seri Malaysia... 2 malam sini

Attraction utama Taiping semestinya Taman Tasik. Tempat ni memang legend lah


 Lepak lepak,  bentang tikar... tak sedar masa berlalu




Jom naik bot

Ishh rambut anak aku niiii

Seronok dan terasa lebih family bonding naik Paddle Boat ni

Main belon... nostalgia zaman kanak-kanak


Jom berbasikal

Baru aku tau basikal tayar besar lebih ringan rupanya



Bukan Taiping lah kalau tak hujan😅

Ayuh anak anak kita masuk ke zoo ye









Train dalam zoo

Aku syak last masuk muzium masa depa kecik sangat lagi. Masa ni hujan tiba tiba,  tu yang anak aku dapat idea nak masuk muzium

Muka bahagia dapat masuk muzium 😁

Burmese Pool. Singgah tengok aje


Makanan kat Medan Selera Larut Matang ni sedap sedap belaka. Paling mantap jiwa dia punya pasembor dan popia basah. Ada 2 gerai popia, yang melayu tu lagi sedap bagi aku

Sarapan kat Seri Malaysia

Dinner kat Damia Tomyam Western Food ni memang sedap, murah dan cepat. Lokasinya sebelah Bazar Kamunting 

Sarapan di D' Santai Corner. Sedap juge


Gambar last ni masa dah sampai Penang. Makan makan sebelum hantar Nabila ke UITM. Sampai sana, PKP punya pasal hanya sorang je boleh hantar sampai ke dalam Kolej. Yang lain  kena tunggu dekat area pintu depan.