Saturday, November 16, 2024

VIETNAM : DAY 3 - NHA TRANG

12 SEPT 24



Hari ke 3 di Nha Trang. Ini sarapan kami hari ini. Ada nasi goreng, mee segera dan roti. Alhamdulillah sangat kenyang. Bersempena dengan aktiviti yang bukan bukan semalam, jadi semua orang pakat letih terkapar tak habis lagi. Jadi jomlah sambung lena. 

Lunch pula nasi putih beserta lauk pauk DapoGo. Sekali makan buka 2 paket dan tambahan telur dadar.

Bilik ni tak ada sebarang jug maka terpaksalah bancuh air coklat di dalam mangkuk besar ni

Esok dah nak ke Dalat. Jadi ada baki lagi setengah hari ni bolehlah ronda ronda mana yang sempat. Lepas dah selesai solat jamak dan lunch semua kami bersiap untuk turun. 

Untuk tujuan tu aku sewa skuter dari tempat menginap ni. Dua buah skuter sewanya RM48 selama 24 jam. Oleh kerana start sewa lebih kurang jam 1 petang jadi boleh guna sampai 1 petang esok.


Macam biasalah skuter sewa mana pernah ada minyak. Reserve level memanjang. Jadi terus pergi cari stesen minyak dan isi. Lama dah aku tak naik skuter ke motor ke, jadi aku agak kekok sikitlah. Lagi satu nak sesuaikan dengan jalan di sebelah kanan.

Wife aku elok je aku tengok. Dah la first time dia bawak sebelah kanan tu. 


Sampai petrol pump ada yang lawak sikit. Sikit jelah. Duit VND depa  kan puluh puluh ribu punya. Jadi pening kejap, nak isi berapa. Kalau terlalu banyak confirm tak habis pasal jalan dekat dekat aje. Rugilah. Kalau sikit sangat tak cukup pulak. 

Pastu aku main bantai aje hulur, sekali mamat tu tunjuk isyarat camni. Terlalu sikit sangat ler tu. Pilu hati dia gamaknya. Haha. 


Pokok kat petrol pump ni dok dalam pasu aje, tapi boleh ada buah yang besar masak ranum macam ni

Sini ada banyak aktiviti laut macam island hopping, snorkeling atau cruising. Tapi kami takde plan nak pergi.

Habis isi minyak tadi teruslah pusing pusing Nha Trang ni mana yang patut. Laluan tepi pantai nampak menarik. Singgah di pantai yang paling hujung ni kejap.




Ke pantai lain pulak. Depan sikit dari yang tadi. Lawa sini. Dengan pohon kelapanya yang melambai lambai.



Lajak lagi sikit kami singgah di Tram Huong Tower. Ianya merupakan landmark di Nha Trang. Malam malam nampak cantik dataran ni.





Ni suasana kawasan di hadapan tower.


Inilah Night Market yang kami tak jadi pergi tu

Habis tengok tengok sini lajak lagi ke pantai hujung sana pulak. Tak sampai 15 minit pun duduk duduk kejap tiba tiba je hujan lebat. Kelam kabut ke motor ambik baju hujan. 

Ada cek weather forecast kata memang hujan lebat harini. Masa keluar tadi cuaca nampak cerah aje. Itu yang kami tukar plan ke Vinpearl awal sehari disebabkan katanya harini hujan. 

Plan lepas pantai tadi nak ke Nha Trang Night Market. Tak jadilah nampaknya. Terus balik bilik. Bawak motor dalam keadaan hujan lebat, kalut jadinya.


Sebelum masuk bilik tu singgah kejap kat kedai kecil sebelah receptionist ni. Dah lalu banyak kali tapi tak teringat nak singgah. Beli telur, minuman dan sedikit beras.

Wednesday, November 6, 2024

VIETNAM : DAY 2 - NHA TRANG

 11 SEPT 24

Bangun pagi dengan view macam ni memanglah seronok. Nampaknya ramai pengunjung pantai ini dah mula mandi laut padahal masih awal lagi. Terjaga tengah malam dan awal pagi pun dah ada yang mandi. Musykil betul. Pantai ni memang hidup 24 jam gayanya. Nampak dari jauh kecik dan hitam, macam semut pun ada😊.

View dari sebelah kiri

View dari sebelah kanan

Plan hari ni nak ke VinWonders Vinpearl Land. Tengok kat youtube theme park ni memang sangat luas, jadi kena awal baru berbaloi.

Terus ambil teksi ke sana. Rupanya driver teksi kat sini dah style ulat aje, depa dah ada contract dengan ejen tiket masuk ke Vinpearl. Orang suruh direct ke sana pun depa tetiba berhenti kat tempat ejen jual tiket. 

Harga tiket RM600 lebih untuk kami berempat. Yang bestnya dapat claim makanan atau minuman sebanyak 4 kali di restoran tertentu kat dalam ni. Total claim untuk 4 orang lebih kurang dalam RM160 macam tu. Kalau kira balik maknanya tiket 4 orang dalam RM400 lebih ajelah. 

Tak lama perjalanan menuju ke stesen kereta kabel Vinpearl ni. Bijak betul planning owner theme park ni, mana dia dapat idea nak buat taman hiburan dipulau secantik ni. Naik kereta kabel lagi, mesti para pengunjung awal awal lagi dah teruja.

Cantiknya view dari dalam kereta kabel menuju ke pulau ni. Staf dia arrange takde kongsi kongsi, satu kereta untuk satu keluarga. Lagipun cable car memang banyak. Tak perlu tunggu. Memang mementingkan keselesaan pengunjung.

Lepas scan tiket tu terus masuk ke dalam. Dia punya sambutan kepada para pengunjung terasa di alu alukan. Dah masuk dalam sikit, ada lagi sambutan. 

Cantik view tepi laut ni

Hari ni pengunjung tak lah terlalu ramai maklumlah weekday.

Attractions Vinpearl ni termasuk Fairy Land, Adventures Land, Kings Garden, World Garden, Tropical Garden, Sea World,  Water World dan lain lain. Setiap satu main atrraction ni dipecah pecahnya pula ke pelbagai jenis lagi. Memang banyak, seharian confirm tak boleh habis.  

Tempat pertama yang kami masuk Vinpearl Aquarium. Fish Feeding Show dia best tapi tak sempat tengok dari mula. Dapat separuh pun jadilah. 

Seronok tengok diver bagi makan ikan

Besar besar ikan pari 


Lepas tengok show terus sambung ke aquarium di sebelahnya. Sebelum ni yang aku ingat dah pernah sampai  Aquaria KLCC, Underwater World Langkawi dan Sea World Gold Coast. Semuanya best best belaka.


Underwater world ni memang best


Lepas habis aquarium pergi ke Bumper Cars. Ini punya game dari zaman aku kanak kanak lagi dah main.


Masuk pulak ke Tata World River Adventures. Asalnya taktahu apa benda yang depa ajak masuk ni laluan dah macam pameran buku dekat library je. Jalan sampai hujung rupanya wahh memang gempak habis. Nabila ni buat surprise pulak.

Konsep dia menyusuri sungai sambil menghayati Hikayat Princess Tata. Macam Its A Small World Disneyland tapi versi lebih menarik.



Tata World River Adventure ni memang best

Next yang dituju ialah Harry And The Lost Magician. Dia punya special effect memang mantap, menarik dan terasa real. 


Turun dari game tadi masuk ke Adventures World. Segala mak nenek video game ada dalam ni. Termasuk yang Virtual Reality game pun ada. Banyak betul kerusi rehat dalam ni. Sementara aku berehat jap depa pergi naik Alpine Coaster.  Sampai tertidur aku sini.


Alpine Coaster

Dah petang sikit depa pergi claim air guna 2 voucher. Jenuh minum macam macam jenis. 8 gelas terus hahaha. Ada lagi baki 2 voucher.


Untuk makan tengahari, kami cari tempat yang tersembunyi sikit. Dekat taman bunga yang agak tersorok.😁. Sekali solat jamak kat sini.  

Menu lunch DapoGo nasi biriani ayam dan nasi lemak. Tiga bungkus pun tak habis makan

Sementara aku lepak kat sini, depa semua tengok show. Sebelah ni aje.

 Tempat merpati berkumpul


Show sebelah petang

Melawat Water World. Tapi tak mandi pun. Taman air ni tutup pukul 5.


Next place Kings Garden. Atas bukit nun. Tapi jangan risau ada escalator yang sangat tinggi untuk naik ke sana. Selain Kings Garden atas bukit ni juga ada Rose Kingdom, African Desert, Japanese Garden dan Sky Wheel.

Sapa tak sudi naik escalator boleh guna tangga ni


King's Garden ni Zoo dalam taman



Attraction kedua atas bukit yang kami pergi Sky Wheel. Lagi tiga tempat tu langsung tak sempat intai.

Suasana lewat petang dari atas bukit

First time dapat tengok bangau warna pink. Lawa sungguh. View pun cantik

On the way ke Sky Wheel. Nabila dan Haikal singgah restoran atas ni untuk claim air voucher ke 3

Jom naik Sky Wheel

Rasa macam tempat healing pulak bila masuk dalam ni. Lepas berjalan sana sini dapat pulak berehat sambil tengok view cantik dan sejuk pulak tu lagilah nyaman. Rasa takmau turun pulak 

View dari dalam Sky Wheel


Tengok apa lagi tu... jom la kita turun

Lepas turun dari bukit terus laju laju ke Musical Water Fountain Show. Semua orang pun berpusu pusu menuju ke sini.

Rupanya bila menjelang petang ke malam makin ramai pulak orang. Baru teringat sini memang ada tiket half day yang lebih murah.

Fountain show ni memang best dan sungguh menarik hati



Tak sempat Fountain Show tadi habis, kami tengok ramai pulak yang dah beredar turun. Depa  nak ambil tempat bahagian depan untuk show Princess Tata ni.

Last event sebelum balik. Princess Tata Show ni memang kegemaran ramai

Dah balik baru perasan ada perkataan Welcome 

Pulanggg marilah pulang... 

Seharian menghabiskan masa ditempat ni, itupun masih banyak lagi permainan, show dan attraction yang tak sempat dikunjungi. 

Keseluruhannya memang hebat tempat ni. Permainan dan attraction pun terkini dan lebih moden. 

Masa nak balik ke Apartment cadang nak ambik Grab. Sekali kat depan station cable car dah ada yang menunggu dan tanya kami nak kemana. Siap bagitau dia boleh beat harga Grab yang kami dapat. Dah lagi murah takkanla kami tak sudi pulak. Hehe 

Sambil tu dia dok bagitau kereta dia wangi dan selesa. Haha. Dan offer kalau kami nak ke Dalat boleh bagitau dia. Tapi tak janji apa apa lagi dengan dia sebab tak tahu lagi.

Tamat second day.