Saturday, July 5, 2025

YUNNAN CHINA - DAY 8

19 JAN : KUNMING - KL

Ahad hari terakhir sebelum pulang ke Malaysia. Masih ada masa, marilah kita jalan mana yang sempat di Kunming sebelum flight petang ni... sementara ada peluang.

Keluar dari hotel jalan kaki sikit ke jalan besar cari farmasi nak beli panadol buat spare. 

Dah dapat ubat terus ambik Didi ke Green Lake Park atau Chui Hu Park. Cantik dan luas kawasannya.

Limau dan Cina berpisah tiada





Dekat nak balik tu ada orang Cina dari Malaysia tegur kami. Muka sama macam orang sini je, memang tak cam lah. Nasib baik kami tak sembang merapu, kalau tak mesti depa dah dengar😬

Tunggu Didi


Lepas pusing taman tadi kami ambil Didi ke next destination pulak iaitu ke Nanping Pedestrian Street atau Nanping Jie. Dalam bahasa Mandarin Jie bermaksud jalan. Cuma 3km saja.

Kawasannya cantik, penuh bunga bungaan dan deretan mall. Khabarnya kalau musim bunga siap ada tulip lagi. Kami jalan kaki sekitar sini sampai ke Jinbi Square di Jinbi Road.
 








This Is Yunnan


Maharaja Guangzhou😐

Terserempak taman ni on the way ke Jinbi Square


Jinbi Square dari seberang jalan



Jinbi Square memang meriah, banyak gerai jualan dan food stall. Kami cuci mata tak beli apa pun. Menariknya, malam tadi kami tengok dari bilik hotel suasana sangat cantik bercahaya dan terang benderang penuh warna warni.



 Gerbang Jinma & Biji - landmark bandar Kunming. Gerbang ini dibina sejak Zaman Dinasti Ming

Golden Horse-Jinma & Jade Roaster-Biji

Melangkah ke depan lagi, tiba di Yongning Mosque. Lokasi Nangping Street, Jinbi Square dan Yongning Mosque ni dalam area yang sama jadi kami plan route sekali harung terus menuju ke hotel, senang sikit. 

Sebenarnya ikut plan, Suncheng Mosque pun ada... tapi tak sempat nak pergi. 

Pintu gerbang masjid ni asalnya ada tulisan jawi, arahan kerajaan terkini suruh buang semua kononnya nak bagi seragam budaya China, termasuklah kubah masjid pun disuruhnya adjust ikut  gaya China. Itulah nasib Muslim di sini

Hanya di sebelah dalam masih ada tulisan jawi itu pun sorok sorok katanya

Dalam kawasan masjid ni ada restoran juga tapi hari ni Ahad cuti kot 

Usai singgah masjid kami terus melangkah pulang ke hotel. Elok pulak sebelah hotel ni ada restoran halal. Rezeki jangan ditolak, jom kita makan dulu sebelum check out.


Suka betul anak anak aku dengan soya panas ni


 Dumpling pun padu


Confirm Yunnan ni mana mana kedai, nasi goreng cina memang sedap

Habis je makan segera naik ke bilik cek barang last kot ada yang tertinggal lagi. Sebelum keluar tadi dah packing sesiap. 

Terus ambil Didi ke airport. Syukur semuanya dipermudahkan dan kami second last queue untuk penerbangan kali ini.

Flight ke Kuala Lumpur dijadualkan jam 5.55 petang. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan flight departure tepat pada masanya. 

Untuk makan malam, aku pilih menu lebih kurang sama macam masa mai haritu.


Selamat mendarat di KLIA2 jam 10 malam. Terus ke Hentian Salak Tinggi ambik kereta, kemudian zass memecut balik ke Kuantan malam itu juga. Nabila kerja dan Haikal ada kelas pagi. Singgah sekejap di R&R untuk solat jamak.

Alhamdulillah  selamat tiba di rumah entah jam berapa pagi. 

Dengan ini dapat disimpulkan kunjungan kami ke Yunnan memang satu pengalaman yang menarik dan meninggalkan 1001 kenangan. Walaupun pergi musim sejuk tapi kami dapat merasai bukan sahaja salji tapi juga dapat melihat bunga bungaan mekar, sungai turquoise, gunung ganang dan tasik menjadikan perjalanan ini sungguh lengkap. Cuaca juga sangat baik dengan langit biru yang cerah hampir setiap hari sepanjang kami berada di sini.

Thursday, July 3, 2025

YUNNAN CHINA - DAY 7

 18 JAN : SHANGRI LA - KUNMING

Masa pun dah tiba untuk bergerak ke destinasi terakhir dalam trip ni iaitu Kunming. Rasa lega dan syukur sebab semalam owner guesthouse dengan baik hati offer nak hantar kami awal pagi ke stesen keretapi Shangrila. Tak payah fikir nak cari Didi atau risau terlewat. Alhamdulillah.

Pagi ni kami bangun awal, kemas barang dan turun dengan hati yang tenang. Dalam cuaca sejuk di Shangrila ni kami pun bergerak ke stesen keretapi. Semuanya lancar dan on time maklumlah ada driver pagi ni šŸ˜Ž.

View indah dari dalam train



Walaupun perjalanan mengambil masa sehingga 5 jam setengah, keretapi ini cukup selesa sehingga kami tidak terasa lamanya perjalanan.

Macam sama je view ni masa dari Dali nak ke Lijiang itu hari

Sarapan roti, biskut, buah buah dan air coklat dalam train

Tiba di stesen Kunming terus book Didi. Lama jugak menunggu katanya dah sampai, tapi bayang pun tak nampak. Rupa rupanya dia tunggu nun seberang sana jalan, mana ler kami perasan. Anak anak aku pegi cek baru dapat. Tak tahu pulak sini Didi tak masuk. Huhu. Menapak le lagi sikit.

Stesen Kunming ni memang sentiasa meriah dan paling ramai manusia setakat ni. Tak pasti sebab weekend atau sebab ni stesen utama. Semua orang pun pakat pilih hari yang sama nak travel ke macamana.

Stesen Kunming

Tak ambil masa lama pun sebenarnya nak sampai ke Mingfanju Hotel yang terletak di Yuntai Building ni, tapi sebab jalan jem tadi, sampai pun jadi lewat sikit. 

Dah agak petang baru sampai hotel. Reception hotel ni pulak bukan macam biasa di tingkat bawah, kena naik lift dulu entah di tingkat berapa kami pun dah lupa, janji sampaišŸ˜…

Masuk je bilik... terus semua macam wow! Bestnya. Siap ada dua bilik tidur, ruang tamu, ruang makan dan dapur. Tak perasan pulak ada peralatan memasak ke tak. Yang pasti dapur elektrik dan cerek air ada.



Hari ini dalam sejarah... tak pernah seumur hidup pakcik jumpa bilik ayo beso rope ini


Sebenarnya kalau ikut itinerary asal, petang ni kami ada plan nak keluar jalan jalan sekitar Kunming. Tapi... terpaksa kensel sebab ada yang tak berapa sihat sikit. Jadi semua ambil keputusan lepak saja dalam bilik yang selesa ni.

Ada projector yang boleh disambung dengan handphone terus boleh play movie

Menu kami hari ini pun special cara kami iaitu nasi putih segera bersama lauk daging rendang dan ayam kicap Dapogo, ditambah pulak dengan Mamee Chef perisa lontong dan kari sebagai pelengkap. Haa sekali harung makan petang terus jadi makan malam.

Sedap betul rasa menu macam ni... maklumlah ni baru dapat makan betul betul setelah perjalanan jauh hari ini.

Ni kira malam terakhir kami semua di bumi Yunnan. Esok dah nak balik Malaysia. Cepat betul masa berlalu.