Sunday, October 7, 2012

Cenderahati


Sebenarnya tak banyak pun yang dibeli. Bukan sebab tak sempat......tapi aku dah kopak - kapik sebab maklumlah dah merentasi 4 negara....banyaklah pakai duit untuk bayar tiket keretapi, bas, hotel, makan dan tiket flight balik. Jadi beli beberapa souvenir aja dan pakaian lebih kurang. Lagipun semuanya serba mahal dan dalam Euro.

Wife dan anak anak aku dapat la serba sikit beg, jaket, baju dan kasut dari France. Aku pulak beli kasut aje.....maklumlah aku ni berkorban bagaikan lilin....hehehehhe. 

Souvenir kesukaan aku mestilah crystalball yang aku beli dari setiap negara. lain-lain key chain Eiffel Tower (habis dibahagi-bahagikan kepada saudara dan kenalan ), beberapa souvenir kat Disneyland dan Swiss serta Fridge magnet setiap negara. 

Sebelum ni dah ada beberapa crystalball dari Singapore, Italy dan Australia. Sayangnya crystalball aku dari Germany telah dipecahkan......aku patut tuduh Haikal ke Nabila punya kerja ni?? 


Sebahagian souvenir yang mampu aku beli 


Friday, October 5, 2012

Amsterdam

Catatan 30 & 31 May

Kami tiba di Euroline Coach Station Amstel, Amsterdam lebih kurang pukul 7 pagi. Tidak berlengah terus mengambil teksi ke hotel De Munck yang telah aku tempah sebelum ini. Masih terlalu awal untuk check in, nasib baik kat depan hotel ni ada taman....bolehlah lepak-lepak sambil makan bekalan makanan yang masih ada.
 

Nampak macam bangku kosong aje.....sebenarnya ada Haikal tidur bawah jaket....alahai keciknye anak lelaki aku ni

Nabila ni serasi sungguh dengan haiwan-haiwan jinak ni.....tak kira ke mana dia pergi

Lebih kurang pukul 8 pagi, kami pun check in. Mujurlah aku dah request hotel ni untuk check in awal melalui email terlebih dahulu. Alhamdulillah lega rasanya sebab diberikan bilik 4 bedroom pada harga yang sama walaupun aku hanya request bilik dengan 3 katil. Mengantuk dan letih punya hal semua orang tertidur sejam dua untuk merehatkan badan.


Hotel De Munck - bilik 4 katil ni memang luas dan selesa

*

*

*

*

Bangun tidur, badan rasa lega sungguh, apalagi pusing-pusing Amsterdam la....jangan buang masa lagipun kami cuma ada sehari sahaja.





Pertama kali aku tahu pasal Amsterdam/Belanda bila terbaca dalam buku teks masa sekolah rendah dulu. Cerita tentang pengorbanan seorang budak yang cuba menghalang empangan bocor daripada membanjiri perkampungan mereka.

Budak ini cuba menutup kebocoran empangan tersebut dengan tangannya dari malam sehingga ke pagi. Budak ini akhirnya ditemui dalam keadaan pengsan dan terselamatlah kampung mereka dari tenggelam. 




Amsterdam ini digelar kota di atas air kerana sana sini memang sentiasa terjumpa sungai dan terusan yang sambung-menyambung. Fakta-fakta menarik tentang Amsterdam : ada 165 terusan dengan panjang 75 km, luas daratan 171 hektar (dengan hanya 750 ribu penduduk) dan 2 juta kubik meter air, dan terdapat 1000 jambatan.

 Rembrandt Garden.....tempat santai-santai dengan persembahan seni dan nyanyian






Satu hal yang menarik kota ini memang dipenuhi basikal. Basikal di mana-mana dan memang merupakan budaya penduduk di sini. Kami pun kekadang tergelak tengok mat saleh yang pakai sikit punya smart ke, siap dengan neck tie, blazer bagai.....tapi naik basikal buruk aje.

Tempat kedua...Flower Market. Tempat ni memang menarik, cuma kena siap duit banyak-banyak sebab boleh rambang mata tengok pelbagai sourvenir, bunga-bungaan dan barangan-barangan yang sungguh menarik hati.





 Tempat ketiga - I Amsterdam. Kalau mai Amsterdam, tak sah kalau tak bergambar kat tempat ni. Macam-macam aksi orang ambik gambar kat sini. Panjat sana panjat sini....adeh







Pertunjukan akrobatik dan shuffle bebudak muda ni memang hebat dan menarik. Tapi aku tengok orang bagi duit sikit aje..... Mungkin depa buat semua ni atas nama seni kot.



 Makan tengahari di Restoran Turki......makanan nampak sedap tapi rasanya biasa-biasa aje......terbang 36 euro

Kenangan bersamamu ......berlatarbelakang terusan dan flower market

brader ni memang unik....nampak saja kami terus dia nyanyi lagu dalam bahasa melayu.....lepas tu sebut I love Malaysia





Seharusnya kami pergi melawat kincir angin di Zaanse Schans atau Van Sloten   atau kilang keju.....apakan daya sudah tiba giliran aku pulak uzur dan sakit kaki. Tak pelah kalau ada rezeki boleh datang sekali lagi dan melawat tempat-tempat lain yang terlepas seperti ladang tulip keukenhof dan lain-lain lagi.

Lewat petang kami pun balik ke bilik hotel. Makan malam dan berkemas-kemas untuk penerbangan balik ke Malaysia esok pagi.


Menuju Airport Schipol


Kat airport......makan pagi yang paling tak sedap

Pesawat MAS ....view dari Airport Schipol



Dalam flight...Ni baru betul-betul sedap hahaha

Dalam pukul 9 pagi kamipun mengambil teksi ke Airport Schipol. Sampai di airport kami melakukan aktiviti biasa, print tiket, check in lugage dan makan pagi.

Pukul 12.00 tengahari waktu eropah kami telahpun berada di dalam pesawat MAS. Dan apabila kapalterbang mula take off maka berakhirlah pengembaraan kami selama 3 bulan di benua Eropah. Bermula dari Lorient France dan berakhir di Amsterdam. Walaupun hanya 3 bulan, sungguh banyak kenangan yang kami pahatkan bersama dan tersimpul rapi dalam ~Percikan Kenangan~ buat selama-lamanya. Selamat tinggal bumi Eropah...........ada umur dan rezeki berjumpa lagi. 

Terimakasih Ya Allah, atas anugerahMU sehingga kami berpeluang melihat keindahan negara orang. Subhanallah.

Thursday, October 4, 2012

Sehari Perjalanan : London - Amsterdam

Catatan 29 May 

Asalnya Amsterdam ni tak termasuk dalam negara yang nak dilawati sebab plan asal nak amik direct flight dari London. Entah macam mana terlintas hati aku nak tengok tiket MAS Amsterdam-KL. Wow....terkejut aku rupanya untuk route ni murah sampai 3K berbanding London-KL. 

Tak berlengah lagi terus aku booking............sapa nak lepas peluang tambah satu lagi negara dalam senarai lawatan.

Pukul 9 pagi kami bertolak ke London dari rumah Amir. Akhirnya kami sampai ke London lebih kurang pukul 5 petang setelah mengharungi traffic jam yang agak teruk. Macamanapun sempat singgah di Hyde Park dan makan-makan bekalan yang dibawak dari rumah Amir tadi.

Jugak beli sedikit sourvenir kat sekitar Hyde Park ni walaupun tak berapa cukup masa. Alhamdulillah tiba jugak di Victoria Coach Station on time. Pukul 7.00 malam bas Euroline kami pun bertolak. 





 Parking bawah Hyde Park

Perjalanan kali ni berbeza sedikit sebab kali ni perlu menaiki feri dan tidak lagi melalui tunnel macam sebelum ini. Bas kami tiba di pelabuhan Dover sudah agak malam. Selepas pemeriksaan kastam (kali ni kastam tak banyak songeh macam masa masuk London dulu) bas memasuki feri pulak untuk perjalanan Dover-Amsterdam.

Besar sungguh feri mat saleh ni sehingga boleh memuatkan 1850 penumpang termasuk kereta, bas dan lori. Feri ni lengkap dengan restoran, tempat mainan kanak-kanak, supermarket. Ni baru feri murah aje (tambang sudah termasuk dalam tambang bas).....belum lagi cruising feri......mesti lagi lengkap.

Akan tetapi tak dapat ler nak enjoy view kali ni sebab gelap gelita tak nampak apapun kat tengah lautan. Kalau siang aku yakin seronak naik feri ni.

   Menuju Dover Checkpoint