Sunday, January 12, 2014

Sydney : Day 3

Catatan 29 November 2013


Tiba di Sydney dari Christchurch sekali lagi melepasi kastam tanpa sebarang pemeriksaan luggage. Alhamdulillah.

Keluar aje aku terus ke kaunter Budget Car Hire untuk selesaikan booking kereta aku. Kali ini dikenakan bayaran AUD 112 untuk dua hari penggunaan. Kereta yang diberi lebih kurang sama aje, tapi harganya lebih rendah dari sebelum ini (masa datang dulu AUD 164). Entah dia kira macam mana aku pun tak tau.

Dapat aje kereta, lepas load semua barang kami terus menuju ke Blue Mountain. Bagi yang ke New Zealand dulu, kemudian baru ke Sydney  mesti tau perbezaan yang ketara dari segi view sepanjang perjalanan ini.

Nampaknya view New Zealand jauh lebih indah dari ini sehingga menjadikan view ini terasa biasa-biasa je. Apapun dah ada masa dan peluang jangan dilepaskan.

 


Beberapa jam perjalanan yang tidak berapa lancar akibat kesesakan, akhirnya kami tiba di Katoomba dan seterusnya ke Echo Point. Tak ada rezeki kami kali ini, suasana agak gelap dan berkabus, langsung tak nampak 3 Sister yang dikatakan famous tu.

Echo Point. Blue Mountain la sangattt.......ini aje yang nampak



Dapat la tengok gunung dalam 10 saat. Sebelum tempoh berharga ini merasa jugaklah tengok fenomena luarbiasa di mana kabus tebal di sekeliling gunung terangkat perlahan-lahan bagaikan tirai yang tersingkap. Subhanallah. 

Habis tempoh 10 saat tu, kabus datang semula kali ini lebih tebal lagi sampai tak nampak apa-apa. Tak cukup tu hujan lebat pulak datang. Habis semua orang lari masuk dalam kedai souvenir. Yang balik pun ada.

Dalam keadaan macam ni, idea nak ke Scenic World pun kena cancel.

Mujurlah kami dah puas dengan view di New Zealand, jadi taklah terasa apa-apa sangat. Kalaulah kami memang datang khas untuk ke Sydney sahaja mau tergolek-golek kecewa dibuatnya......heheheheh



On the way balik....dekat Katoomba

Lewat petang kami tiba di Malaysian Hall sekali lagi. Terus masuk ke bilik. Kali ini kami diberikan bilik nombor 22. Malaysian Hall ni tengah dalam proses nak buat renovation rupanya, jadi suasana agak kelam kabut sikit.

Oleh kerana sudah pukul 6 lebih, makanan pun dah ready. Apa lagi terus order kat Mr Sam (mujurlah masih ada makanan lebih kalau tak, nangis.....). Menu malam ni kari salmon dan daging masak hitam serta sayur. Memang sungguh lazat, apa lagi balun cukup-cukup.

Saturday, January 4, 2014

New Zealand : Day 8 - Farewell to Land of Thousand Memories


Catatan 28 November 2013

Dunedin - Oamaru - Timaru - Ashburton - Christchurch

Nampaknya pengembaraan kami ke bumi Kiwi ini sudah makin hampir ke penghujungnya. Begitulah hakikat kehidupan. Setiap yang bermula pasti akan berakhir dan kami semakin hampir ke penamat perjalanan yang serba indah ini.

Maka setelah check out dari Dunedin Holiday  Park ini, aku pun memutarkan kunci, menghidupkan enjin dan memulakan perjalanan untuk hari ini. Sebelum bertolak ke Christchurch kami ke St Kilda Beach terlebih dahulu. 


Suasana di Holiday Park ni agak menarik


Cuaca memang cantik hari ini dan pantai kelihatan indah. Kami mengambil sisa-sisa masa berharga yang masih tinggal untuk menghirup udara segar dan menikmati keindahan dan kehebatan alam ciptaan Allah sepuas-puasnya.

St Kilda Beach
Isi minyak dulu

Dalam masa yang terhad ini kami sempat ke bandar Dunedin sekejap dan singgah di sebuah kedai untuk membeli souvenir serba sedikit sebelum menyambung perjalanan.

Besar-besar strawberry kat sini......cecah pulak dengan coklat bar yang dicairkan memang best le


Kami melewati tempat-tempat yang terasa ingin sangat nak singgah terutama pantai pantai dan taman taman tapi apa boleh buat Campervan ini perlu dipulangkan sebelum jam 5 petang.

Macam dalam teletubbies view ni


Macamanapun singgah jugak sekejap di Oamaru Public Garden. Cantik taman ni. Ada itik lagi. Kat sini kami terserempak dengan 3 orang budak Cina. Terkejut aku dengar dialog "Abang, abang  dari Malaysia ke ?". Hahhahaa.....konfiden betul depa aku ni dari Malaysia.

Rupanya depa ni datang kerja kat Oamaru ni di ladang buah-buahan. Menurut mereka kerja kat sini macam kerja kat Singapore. Dah 6 bulan kat sini dan depa dah nak balik. Wah.....jauhnya merantau mencari rezeki. 

Tengoklah Cina, cepat sungguh depa menghidu peluang macam ni. Ini pastinya lebih baik dari budak Melayu suka melepak tak tentu hala. Lain kali kalau anak lelaki aku dah besar, lepas SPM ke boleh aku hantar dia kerja sini. Nanti aku hantar dia sampai Oamaru.....lepas tu berkeliling New Zealand sampai 2 bulan.....hahahhahaha.


Oamaru Public Garden

Walaupun segan aku nak letak gambar bunga banyak-banyak (rasa cam mat bunga pulak).......tapi  bunga-bungaan ni minat isteri aku, lagipun kebanyakan foto kat NZ ni wife aku yang amik....... kena letak lah......gitulah pengorbanan sorang suami.....hehehhehe

Taman ni memang banyak itik
 
Rakaia river......rasa macam nak singgah, apa boleh buat masa terhad


Roti telur dan dadih



Bilik kat Airport Gateaway Lodge ni luas dan selesa. Interior design dia pun menarik.

Melepasi Timaru, Ashburton dan Rakaia kami akhirnya tiba di Christchurch. Memang peraturan Campervan kena penuhkan tangki minyak dan kosongkan sisa buangan sinki/tandas sebelum memulangkannya. Dendanya sangat mahal kalau gagal berbuat demikian. Lagi satu pastikan mengambil "Stress Free Insurance"  atau yang sewaktu dengan supaya kalau terjadi kemalangan tak payah bayar apa-apa. Penting tu.

Oleh kerana barang memang banyak maka kami check in terlebih dahulu di Airport Gateaway Motor Lodge. Tak membuang masa lepas dapat kunci terus angkut semua barang-barang ke bilik dan bersihkan dalam campervan apa yang patut. Terus ke Jucy Rental dan pulangkan Campervan. Lepas proses pemulangan ni selesai, aku minta staff Jucy hantar kami ke Hotel semula.

Best bilik motel kat sini. Selesa betul maklumlah ratenya NZD200. Ini aje harga yang ada untuk 4 orang. Sebenarnya Airways Motel yang masa kami sampai dulu lebih murah, tapi apa boleh buat dah penuh. Oleh kerana Flight ke Sydney esok pukul 6.30 pagi, aku booking siap-siap transportation ke Airport pukul  4 pagi.

Maka tinggalah kami di sini menghabiskan sisa-sisa masa di New Zealand ini dengan berehat-rehat dan makan-makan sementara menunggu esok menjelang. Tepat jam 4 pagi, kami menunggu di lobi. Rupanya driver mat saleh motel ni dah sedia kat sini. Ni lah yang dikatakan "jam mat saleh".....memang tepat pada masa. 

Lepas load barang semua, kamipun bertolak ke Christchurch Airport. Jam 6.30 pagi pesawat berangkat menuju Sydney sekali lagi.

Farewell to New Zealand....... land of thousand memories...Ada umur dan rezeki pasti berjumpa lagi.
Pengembaraan kami di South Island New Zealand ini menempuhi laluan sejauh lebih 1900 km . Laluan yang masih belum cover adalah Arthur Pass/ Fox Glacier dan  Lake Tekapo ke Dunedin, masa terhad jadi simpan kot-kot nak repeat lain kali.....insyaAllah   

Rasanya patutlah aku membuat sedikit kesimpulan tentang trip kali ini. Apa yang dapat aku katakan adventure, hebat, sangat indah dan puas hati.

Aku bagi 7 bintang untuk pengalaman sehebat ini. Insyaallah kalau direzekikan Allah, kami akan ke sini lagi......tapi kalau boleh ingin lebih lama sekurang-kurangnya 3 minggu dan termasuk Pulau Utara sekali.

Tuesday, December 24, 2013

New Zealand : Day 7

Catatan 26 November 2013

Dunedin - Peninsula Otago - Larnach Castle

Peninsula Otago Road

Pagi yang tetap ceria di Dunedin walaupun cuaca agak mendung dan berangin. Destinasi hari ini semestinya Peninsula Otago Road yang diletakkan sebagai main attraction di Dunedin ni. 

Selepas menikmati spaghetti goreng, kami terus check out dari motel yang best ni. Sebelum memasuki Peninsula Otago Road kami terlebih dahulu menyusuri bahagian persisiran pantai sebelah kiri sehingga ke Saint Leonard sebelum berpatah balik.
 

Isi minyak kasi penuh lagi

Laluan ni bersetentangan dengan Peninsula Otago Road di seberang sana

Unik........laluan keretapi di kiri kanannya ada laut

Selesai laluan ini, kami singgah sebentar di Train Station Dunedin yang katanya bersejarah. Nun di seberang sana terlihat pulak Cadbury Chocolate Factory tapi tak masuk pun.

Nampak segar suasana di train station ni. Yelah kan mestilah segar dalam sejuk-sejuk dan berangin ni....hehehhee.

Dunedin Train Station


Habis kat sini kamipun mula menyusuri Peninsula Otago Road. Pemandangan tetap nampak menarik sekalipun dalam cuaca seperti ini. Kami membayangkan yang view ini tentu jauh lebih cantik jika cuaca terang seperti di Milford Sound semalam.

Kalau aku ada magic macam Merlin......mesti aku dah buang kabus ni......barulah cantik


Laluannya agak berbukit dan jalan kadang-kadang sempit, tapi masih ada beberapa lookout yang boleh berhenti untuk menikmati pemandangan. Kami pergi sampai ke hujungnya iaitu di Harrington Point, Royal Albatross Colony.

Sejuknya kawasan ini ditambah dengan tiupan angin laut yang kencang. Menerokai kawasan ni memang mengambil masa yang agak lama sebab laluannya yang berliku-liku.



Kuda ni memang cute 


Royal Albatross Centre.......sejuk sungguh masa kat tempat ni

Sombong la depa ni...gigih wife aku intai nak dapatkan gambar dari dekat...kalau nampak mesti habis lari punya


 Laluan persisiran pantai

Next kami singgah pula di Larnach Castle yang berada di laluan yang sama. Inilah satu-satunya Castle yang wujud di New Zealand ini. Bayaran masuk ke tamannya saja NZD32 untuk 4 orang. Kalau masuk dalam Castle kena tambah lagi.

Cantik tamannya tapi tak boleh nak berlama-lamaan sebab cuaca semakin dingin aku rasakan terutama bila kena tiup angin . Dah peringkat terketar-ketar ni.....






Suka wife aku dapat ambik gambar bunga macam ni


 

Berikutnya kami terus ke Dunedin Holiday Park untuk check in. Rupanya aku menempah apa yang dinamakan Tourist Flat. Biliknya simple dan kecik sikit dari semalam.

Tak de apa nak komplen, dapur lengkap, katil selesa, cuma rasa tak best sebab kat biliknya banyak betul kata-kata peringatan dan notis. Yelah.....rasa macam disiplin lebih, udah macam kat asrama masa teman kecik-kecik dulu.....itu yang teman tak berapa gemor.....hehehhe.

Sesapa yang terbaca blog aku ni, kalau kat Dunedin, aku lebih rekomen stay kat Beach Lodge Motel yang kami tidur semalam berbanding Holiday Park ni.


Lepas makan kami sekeluarga tertidur agak lama. Maklumlah, agak letih dan sejuk-sejuk macam ni mata asyik nak tertutup aje. Macam ada gam melekat kat pelupuk mata tu.

Beras yang sedap kat sini jenis yang gambar di atas. Jenis lain kurang sikit dari segi rasa.
Lewat petang baru terjaga...kami pun keluar sekejap pusing pusing bandar Dunedin dan masuk ke Supermarket Countdown. Sebelum balik ke bilik singgah kejap di St Kilda Beach...nampak gelap le pulak.


Menu malam ni kari salmon yang kami beli kat Countdown tadi. Rasanya tetap sedap cuma kurang sedikit dari salmon yang dibeli di High Country Salmon Farm tempohari. Agaknya datang dari ladang yang sama cuma sudah tersimpan beberapa hari.