Wednesday, May 2, 2018

Korea Trip - Jeju : Day 2 ~ Part 2


15 April 2018

Jusangjeolli Cliff - Cheonjeyeon Waterfall - Mount Sanbangsan

~ Jusangjeolli Cliff ~

Selesai mengunjungi Oedolgae perjalanan diteruskan menuju attraction berikutnya iaitu Jusangjeolli Cliff. Bayaran masuk ke tempat ini adalah 2000 won untuk dewasa. Di sini ada jumpa beberapa orang Melayu. 

Menarik sungguh view tempat ni. Bila diteliti, aku dapati batu-batu gunung berapi ini kelihatan seolah-olah ukiran manusia yang  membentuk permukaan bongkah kuboid. 

Batu-batu berbentuk bongkah kuboid ni memang menarik hati


Bagi yang ingin pergi lebih dekat dan menyentuh batu-batu tersebut ada aje package menaiki bot untuk tujuan tersebut

Batuan di sebelah kiri

Kat entrance


View sebelum sampai Jusangjeolli tadi

Seketika menghabiskan masa melihat view tempat ini, perjalanan disambung menuju Cheonjeyeon Waterfall pula. 

~ Cheonjeyeon Waterfall ~

Mencari tempat ini agak mengambil masa sebab phone number untuk GPS yang aku dapat dari internet tu tak berapa betul, maka kenalah bertanya sedikit tempat ni baru jumpa. Nasib baik jumpa satu kedai yang staff dia faham English, terus dia bagi panduan. Alhamdulillah. Gitulah pentingnya "English Edukesyen" bak kata Usop Wilcha dalam movie Hantu Kak Limah.😁

Kawasan pintu masuk

Turun tangga sikit jumpalah air terjun yang pertama

Kemas laluan dia

Air terjun yang kedua


Macamanapun bagi aku waterfall ni taklah dahsyat sangat. Biasa aje walaupun ada beberapa tingkat. Kalau nak skip tempat ni pun takdelah rugi mana.

~ Mount Sanbangsan ~

Dah makin petang ni. Perjalanan disambung lagi menuju ke Mount Sanbangsan. Bukan nak panjat gunung, tapi nak jamu mata dengan canola. 

Entry ke ladang yang paling hampir dengan gunung ni 1000 won sorang, kena bayar kat Ahjussi yang sedia menanti sebaik aje keluar dari kereta. Enjoy nampaknya anak isteri aku dalam ladang ni, maklumlah cuaca tak  sejuk berbanding ladang canola semalam. Ditambah dengan matahari yang masih bersinar terang dan background Mount Sanbangsan menjadikan suasana cukup menarik.

Pelancong pun ramai kat sini. Tak putus putus mari. Kena mengelak sikit time nak ambik gambar. Tak lawa pulak gambar bunga ni nanti kalau penuh orang.

Tepi laut sana ada attraction Yeongmeori Coast... aku tak cadang pon nak pegi. Dah jenuh tengok batu dan laut rasanya hari ni.



Selesai ladang canola ni aku bergerak menuju ke AJ car rental untuk memulangkan kereta memandangkan hari sudah semakin lewat. Aku mengambil laluan highway ke sana.  Skip next attraction iaitu Mysterious Road sebab aku bimbang sampai lewat sangat.

River of Canola.......On the way balik jumpa lagi ladang canola dan limau tepi jalan ni. Macam lawa la pulak...wife aku turun kejap ambik gambar

Sampai di AJ car rental terus pulangkan kereta. Rupanya system di sini, tak boleh call teksi, kena naik shuttle ke airport dan cari teksi di sana. Aku pasti yang kedudukan Hill View Hotel ni memang dekat dari sini, tapi dah regulation ikut ajelah. 

Solat jamak pun kami buat di depan opis AJ ni aje, sebab aku rasa memang tak sempat nak sampai hotel sebelum maghrib.

Sampai di airport dah malam dan ada kesukaran baru iaitu  kena beratur panjang dalam kesejukan untuk mendapatkan teksi. 

Tambang teksi ke hotel ni dalam 6000 won sahaja. Tak mahal, sebab kedudukan dia tak jauh mana.



Hotel yang simple. Harga bilik ni RM225 semalam. Tak ada katil sebaliknya tidur atas tilam futon yang disediakan. Macam sebelum ni heating system bawah lantai digunakan. 

Lepas check in, merayau-rayau kejap kat kawasan ni. Meriah nampaknya suasana malam depa. Sikit sujuk la. 

Makan malam cuma panaskan menu nasik dan asam pedas yang asalnya plan untuk lunch tadi. Kenyang pulak seharian rasa makan bihun sarapan. 

Esok pepagi dah nak ke Seoul.

Tuesday, May 1, 2018

Korea Trip - Jeju : Day 2 ~ Part 1

15 April 2018

Seongsan llchulbong - Seopjikoji - Oedolgae

Sedia maklum yang Jeju ni memang banyak tarikannya. Jadi aku pilih mana-mana attraction yang dikira sesuai dan matching dengan route. Konsepnya biar sederhana jumlah attraction tapi enjoy. 

Menu makan pagi hari ini bihun goreng sementara bekal makanan tengahari asam pedas dan sambal tumis telur.

~Seongsan llchulbong~

Pagi-pagi lagi dalam pukul 5 lebih kami sudah ke kaki gunung ini. Kalau betul-betul berhajat nak tengok matahari terbit di puncak kena lagi awal dari ni... tapi tak kuase le teman. Bersemangat nampaknya ahli keluarga aku. Waktu spring ni Subuh pukul 4.37 pagi.

Mendaki tempat ni mengambil masa setengah jam campur berehat sikit-sikit. Turun biasala kejap aje... menikmati view tu yang jadi lama.

View tempat ni memang cantik malah ia telah diregister sebagai tapak Warisan UNESCO. Puncak yang terhasil dari letusan gunung berapi kira-kira 100,000 tahun dahulu ini kelihatan hebat.

Kalau ke Jeju tempat ni kira A must go.




Platform di puncak... bolehlah lepak lepak tengok sunrise kat sini sambil minum minum 

Permukaan kawah gunung berapi dari puncak



Nice view

Sini tempat show lady divers



Selesai tempat ni kami ke apartment semula, makan pagi, berkemas dan check out. Peramah betul tuan punya apartment ni. Tolong angkat beg dan ambil gambar lagi. Setakat ni mana-mana hotel yang kami pernah stay, tidak pernah jumpa owner seramah  dan sebaik ini layanannya. Good job Ahjuma.👍👍👍

Depan Apartment

Menu sepanjang hari

~ Seopjikoji ~

Next kami berkereta menuju ke Seopjikoji. Dekat je dari Seongsan tadi, lebih kurang 15 minit perjalanan. Laluan pesisiran laut menghala ke Seopjikoji ni memang cantik dan menarik. Cuaca pun baik.



  Boleh tahan jugak suasana kat sini


Seafood grill pun ada

Tak lama pun kat sini, terus menuju ke Oeldogae. On the way  keluar tu, singgah sekejap lookout ni. Nun di kejauhan kelihatan Seongsan Ilchulbong... indah sungguh.




~ Oedolgae ~

Laluan nak ke Oedolgae ni pun menarik macam tadi. Kiri kanan kelihatan meriah dengan bunga-bungaan dan pokok limau. Kena memandu berhati-hati sebab speed limitnya sentiasa berubah-ubah dan ada banyak speed trap. Max 70km / hr.

Suasana musim bunga yang ceria

Untung laa.....tanam limau tepi rumah pun buah kemain lebat



Sampai di Oedolgae. Lagi sekali sini pun cantik dan best jugak. Ada taman di sebelah kiri dan kanan kawasan batu berdiri ni. Tak rugilah datang tempat ni ditambah tiupan angin yang nyaman. 

Masuk free. Parking je kena bayar sama macam di Seopjikoji tadi. 


Laluan nak ke taman


Lalang hijau yang berombak cantik bila ditiup angin


Limau kecik ni manis dan boleh makan dengan kulit sekali. Jualan dia style takde orang tunggu. Letak harga dan bakul duit... pepandaila nak bayar. Kalau tempat kita jual macam ni alamat limau cerah licin dan bakul duit kosonglah jawabnya.....😁


Habis tempat ni kami ke next attraction iaitu Jusangjeolli Cliff.

Saturday, April 28, 2018

Korea Trip - Jeju : Day 1

13 & 14 April 2018

Manjung - Pantai Remis - Penang - KLIA 2 - Jeju Airport - Seongsan Ilchulbong

Aku bertolak dari Pantai Remis dalam jam 9 pagi begitu. Ambik Nabila kat Penang dulu sebelum bertolak ke Hentian Salak Tinggi. Perjalanan lancar aje pada mulanya. Sekali masuk aje highway Damansara-KLIA tetiba aje slow macam kura-kura. 

Lama pulak tu traffic jam ni. Ikut highway digital board ada kemalangan yang menutup lorong kanan. Lainnya perasaan orang yang tinggal kat tempat bebas traffic jam macam aku kat Manjung ni....sabo ajelah. Letih ada dan lapar pun ye.

Terpaksa aku susur keluar ikut jalan Dengkil. Sama aje, jam jugak😭. Lepas aje dari traffic jam terus kami singgah di satu restoran ala Thai. Aku order siakap 3 rasa, tomyam campur, sotong goreng tepung, kailan ikan masin dan telur dadar. Wow.....sedapnya makanan kat restoran ni. Apa lagi...balun cukup-cukup.

Lepas parking kereta kat level 2 Hentian Salak Tinggi, kami semua menaiki ERL dan turun di KLIA 2. Terus menapak ke Tune Hotel ikut laluan khas yang disediakan. Sepatutnya check in awal, traffic jam punya pasal, lambat jadinya. 

Tune hotel ni boleh tahan jugak keadaan biliknya. Memang selesa untuk standby sebelum flight pagi-pagi. 


Bilik di Tune Hotel...single bed yang agak besar..muat-muat la aku anak beranak. Tune Hotel ni takde family room.

Flight KL-Jeju dijadualkan pukul 6.50 pagi. Entah apa hikmahnya flight Air Asia ni awal-awal pagi entahlah. Tak boleh nak complain banyak sebab tambang murah la katakan. Jadi dalam pukul 5 pagi kami segera check out dari hotel menuju ke departure KLIA 2. Lebih lancar dari selalu maklumlah sudah berada di area yang sama.

Semua orang solat Subuh di surau dekat departure hall. Sampai masa flight pun departure menuju Jeju.  

Sarapan dalam flight...menu tambahan maggi

Flight selamat mendarat di Jeju Airport pukul 1.50 waktu tempatan. Waktu di Korea lewat sejam dari Malaysia. Suasana agak dingin, bercakap pun keluar asap. Lepas dapat luggage semua, kami terus menuju ke shuttle Avis yang tersedia di seberang jalan arrival hall yang kemudiannya membawa kami ke AVIS office.

Selain dari Avis, banyak lagi company kereta sewa yang lain contohnya KT Kumho dan lain lain. Tapi aku dah biasa dengan Avis ni...booking dia mudah takde kena register bagai dan fully covered insurance beserta GPS sudah termasuk dalam pakej. Harga RM598 dari waktu sampai tu sehingga 7pm esoknya. 

Tunjuk international driving license, sign dan bayar apa yang patut, maka kami pun dapat kereta. Alhamdulillah besar dan selesa kereta ni. Bawak pun seronok.

AJ=Avis Jeju... orang Jeju ni aku sebut Avis depa taktau, sebut AJ baru depa tau

KIA Auto.....Kiri pun kirilah labu...belasah ajelah

Cuak jugak aku pada mulanya drive terbalik macam ni 😢😢... seketika kemudian dapatlah aku menyesuaikan diri. 

Apartment yang aku tempah ni cuma bagi no HP, jadi tak boleh nak set GPS dia ikut no phone premis macam kebiasaan kat Jeju ni. Jadi terpaksa aku mintak staff dia set Seongsan Ilchulbong... lepas tu pandai-pandai lah cari Apartment Seongsan Love Pension ni sendiri.

Suasana mendung dan ada hujan renyai-renyai ketika ini menjadikan suasana macam nak malam aje, risau aku susah nak cari apartment tersebut maka terpaksa aku skip plan asal nak singgah di Hamdeok Beach dan Woljeongri Beach yang katanya cantik itu.

Singgah 7E  beli nasi segera dan susu perisa pisang 

 Nasi segera ni panaskan guna microwave kat 7E yang sama


Ada macam-macam bunga yang sungguh menarik di jalanan

Dekat nak sampai Seongsan tetiba terjumpa sebuah ladang canola. Terus aku berenti singgah. Teruja sekejap... maklumlah last tengok canola dulu masa kat Durham UK 2012. Selain aku ada sebuah kereta pun berenti jugak kat sini...cina rasanya. 

Sejuk kat sini lagi-lagi bila angin bertiup kencang... anyway 14 April ni birthday anak aku Arif...dulu sekali kat Lorient France, ni kat Jeju pulak... kesian dia takde makanan spesel nak jamu. Serunding hade la😐😐😐
생신을 축하드립니다! saengsineul chukadeurimnida to Arif Haikal



Sambung lagi perjalanan. Pusing punya pusing akhirnya kami jumpa jugak apartment ini. Sebab pernah tengok bangunan ni dalam internet. Lagi satu ada orang bagi clue dalam booking.com yang apartment ni terletak di bahagian atas restoran L'aube. 

Bilik yang menarik, serba lengkap dengan dapur dan peralatan memasak. Tuan punya dia pun sangat membantu. Memang bestlah apartment ni bagi kami.

Lega dapat berehat-rehat setelah mengharungi perjalanan yang panjang. Menu malam ini nasi segera yang dibeli tadi beserta serunding ayam  dan sambal belacan udang kering... homemade dari Malaysia. Tak payah masak apa dah malam ni. Bancuh air jelah. Tadi dah makan sikit-sikit dalam kereta sebab lapar. Ni makan banyak-banyak pulak😁😁

Suasana bilik keluarga di tingkat 4.....sewa RM310 semalam. Ada lift.



Ada loteng di tingkat atas yang luas. Heater kat sini beza dengan mat saleh sebab dia guna heating bawah lantai... tak lah sejuk kaki dan bilik pun rasa nyaman

Boleh nampak Seongsan Ilchulbong dari tingkap

Lepas selesai makan,  mandi semua, depa ajak pergi ke satu supermarket dekat aje dengan apartment. Suasana baru tempat orang, sempatlah kami beli sedikit ikan, udang dan kimchi sebab depa nak mencuba dan merasa makanan Korea yang pertama.

Nampaknya jeruk kobis kimchi ni tak berapa sesuai dengan selera aku... depa pun biasa biasa je


Tidurlah kami sekeluarga di tempat yang selesa ini sementara menantikan hari esok yang dijangka penuh kesibukan.