Wednesday, September 22, 2010

13th Anniversary


ikan ni baru aje sampai terus kena cubit dengan sapa ntah


Masa berlalu, musim berganti, usia perkahwinan aku kini mencecah 13 tahun iaitu pada 13 September lepas. Kalau artis mau 4 kali kahwin cerai dah ni. Alhamdulillah la masih kekal sampai hari ini. Dikurniakan sepasang cahayamata putera dan puteri yang sangat kami sayangi juga sebagai penghibur dan pengubat sepi. Sambutan tahun ni ditunda ke hari Sabtu baru-baru ni. Macam yang sudah-sudah apa lagi makan yang special sikitlah daripada biasa.

Kali ni aku pilih Restoran Horizan Garden yang agak popular di Manjung ni. Dulu dikenali dengan nama Restoran Cheng Ho tapi terpaksa menukar nama kerana telah disaman oleh pemilik sebenar itu. Suasana memang selesa dan nyaman. Layanan pulak tip top. Aku ni sikit-sikit dah jadi macam food critics dalam cerita Ratatouille la pulak.

Aku ambil package A lagi iaitu siakap masak Horizon style, sotong goreng tepung, ayam lemon crispy dan udang butter. Rasanya memang emphhhhhh.......apalagi balun cukup-cukup. Aku rasa cukup puas hati.... Kalau sapa-sapa nak makan sedap dan macam kelas gitu kat Manjung ni aku rekomen makan kat sini la.

Saturday, September 18, 2010

Eid Recreation @ Allagar Waterfall

Rasanya Aidilftri tahun ni panas betul. Apakah ini tandanya kesan pemanasan global sudah semakin serius?

Untuk menyejukkan sedikit badan, hari raya kedua aku pun bersama keluarga sebelah Nora pergi ke air terjun Allagar. Perjalanan ke sini tak sampai setengah jam pun. Aku ingatkan raya-raya ni takde orang kat sini...tapi ramai jugak rupanya.

Inilah air terjun kegemaran aku sejak kecil lagi. Aku pernah berbasikal maupun berjalan kaki dengan sedara aku yang lain ke sini (dari rumah mak sedara aku kira-kira 8km) demi keseronokan mandi manda di tempat yang sangat nyaman ini. Selain dari itu aku jugak pernah menyusuri sungai dengan laluan yang sungguh mencabar untuk sampai ke air terjun ini. 

Tidak kira musim hujan atau musim kemarau air terjun ini sentiasa mengalirkan air yang sungguh sejuk dan segar. Kalau nak seronok lagi bawalah ikan atau ayam dan buat BBQ.....huhuhu....tersangatlah mantapnya.

Akan tetapi air terjun ini menjadi sangat bahaya ketika hujan lebat kerana air akan melimpah dengan cepat tanpa terduga. Adik aku dulu nyaris maut kat sini ketika cuba mengambil rotan di kawasan ini. Tapi walau apapun aku tetap suka berkunjung ke tempat yang penuh nostalgia ini bila saja ada masa kelapangan. 

Selain tempat ni, satu lagi kawasan mandi yang biasa aku pergi ialah Ulu Licin kat Bruas nun. Sini pun tak kurang jugak bestnya.

Segala nasi dengan kuih raya semua sekali angkut makan kat sini
 

Wednesday, September 15, 2010

Cahaya Aidilfitri 2010 - PB Land

Belakang rumah dalam kebun pisang dengan sepupu-Ihsan


Buai laju-laju sampai balik sana...pejam celik pejam celik dah anak dara rupanya




Raya-raya depa ni sibuk main PS2 aje tak peduli keliling

Masa untuk cekau duit raya - Nabila dapat jugak la dekat RM 9.00 tahun ni, Haikal pulak RM 6.00

Alhamdulillah aku takde lah pening kepala sangat tentang penggiliran balik kampung sempena Aidilfitri sebab rumah ibu mertua tak sampai 10 minit dari kampung aku. Kerja aku semasa raya ni sekejap sana ...sekejap sini. Tahun ni ramai betul orang datang beraya kat rumah mertua aku di Pengkalan Baru ni.

Menu tahun ni ialah rendang lokan, daging dan udang. Nora pulak buat nasi minyak. Laksa pun ada jugak. Minuman spesel macam biasa mestilah air tebu segar dari ladang sebelah rumah.

Acara istimewa kegemaran kanak-kanak khasnya cucu-cucu adalah 'cekau duit raya'. Ini adalah anjuran ibu mertuaku. Caranya selonggok besar duit syiling diletak di tengah rumah. Kanak-kanak dibenarkan mengenggam segenggam penuh duit yang bakal jadi miliknya. Siapa dapat genggam dengan mantap tentulah dapat paling banyak duit raya. Aku pun teringin jugak nak join acara ni, tapi tangan aku yang besar ni menyebabkan aku siang-siang lagi dah terkeluar dari senarai pencalonan.