18 April 2018
Myeongdong - Nandaemun - Seokchon Lake
Plan hari ini adalah khas untuk kaum wanita mencuci mata dan membeli apa yang patut. Kat Seoul ni yang popular mestilah Myeongdong dan Nandaemun. Memang dekat aje dengan Itaewon.
Fikir balik kalau naik teksi pun takpe sebab dekat macam ni punya jarak memang tak seberapa tambangnya dan tak payah jalan kaki banyak-banyak. Anyway cara nak ke Myeongdong macam ni :
Fikir balik kalau naik teksi pun takpe sebab dekat macam ni punya jarak memang tak seberapa tambangnya dan tak payah jalan kaki banyak-banyak. Anyway cara nak ke Myeongdong macam ni :
Station Iteawon - ambik Line 6 ke Samgakji Station - Tukar Line 4 ke Myeongdong station
Pepagi sebelum ke stesen... beli kebab dulu kat Sultan kebab ni. Nampaknya kat Itaewon ni kebab depa sedap sedap belaka
Suasana Myeongdong
Tak banyak yang mampu aku cerita sebab bab shopping menyoping ni isu kaum wanita. Isu kaum lelaki ialah aliran tunai......😁😁😁
Mula-mula tu meronda-ronda kat Myeongdong. Banyaknya kedai penjagaan kecantikan kat sini... akan tetapi nampaknya kaum wanita aku ni sekadar cuci mata je.
Laluan ke Nandaemun. Depa singgah kedai ni beli stoking... murah katanya
Access ke shopping center bawah tanah
Tu dia pasar Nandaemun... kaki dah makin lenguh ni
Seterusnya ke Nandaemun. Jalan kaki aje ke tempat ni. Hah....tempat ni memang boleh rambang mata. Orang pun ramai berpusu-pusu.
Jumpa satu bangunan kedai agak popular aku rasa sebab penuh orang... lupa nama pulak. Hampir semua barang depa beli kat sini.
Jumpa satu bangunan kedai agak popular aku rasa sebab penuh orang... lupa nama pulak. Hampir semua barang depa beli kat sini.
Bab menunggu Nabila dan Nora shopping, memang lama gayanya. Sampai aku dengan Arif terlentoklah atas kerusi menunggu kat satu sudut. Sempit la bazar ni dah la ramai orang.
Rupanya ada jugak makcik bawang kat Korea ni, ingatkan kat Malaysia je ada. Dua tiga ahjumma sibuk dok tengok anak aku melentok dan bisik-bisik. Aku tak tau nak cakap apa spontan keluar dialog "Omma Shopping". Terus depa angguk-angguk......hahahahha.
Aku tengok boleh tahan jugak shopping depa. Ada senduk, set sudu-garfu, sampai pinggan Corelle pun hade. Tak ketinggalan sedikit sourvenir dan tak lupa juga crystal ball.
Habis shopping ni terus ke Seokchon Lake pulak. Asalnya nak ke Seokchon Lake ni dari Itaewon. Sebab dah ada di Nandaemun aku ke kena re - route semula cara nak ke Seokchon Lake ni.
Habis shopping ni terus ke Seokchon Lake pulak. Asalnya nak ke Seokchon Lake ni dari Itaewon. Sebab dah ada di Nandaemun aku ke kena re - route semula cara nak ke Seokchon Lake ni.
Station Heohyeon/Myeongdong - ambik Line 4 ke Station Sadang - tukar Line 2 ke Station Jamsil Exit no 4
Apa yang penting kena study cara nak tukar-tukar line supaya boleh sampai dengan betul. Bab tukar tukar line ni aku banyak dibantu Arif yang rajin meninjau ke sana kemari.
Bunga- bungaan yang menarik hati area Lotte World
Sisa-sisa cherry blossom yang masih ada... tempat ni sebenarnya sangat popular dengan cherry blossom di sekeliling kedua dua tasik yang terletak bersebelahan ni. Aku pergi kat satu tasik aje
Azalea lagi
Nice view
Best dan lawa tempat ni. Sebelahnya meriah dengan Lotte World, kami sekadar lalu sahaja. Nampaknya tak dapat nak lepak lama sebab waktu dah agak lewat petang.
Habis tempat ni terus pulang semula ke Itaewon. Kena rehat lebih sesiap ni, sebab esok nak jalan jauh ke Everland.
Habis tempat ni terus pulang semula ke Itaewon. Kena rehat lebih sesiap ni, sebab esok nak jalan jauh ke Everland.
2 comments:
Seronok shopping2 the Myeongdong ya...;)
Seronok nampaknya depa menyoping
Post a Comment