26 - 28 Jan 2020
Nak kena hantar Arif Haikal ke Gambanglah nampaknya sebab cutinya selama 3 minggu dah tamat. Ni kira semester last lah anak aku ni kat CFS. Kakaknya pulak cuti semester sebulan, jadi lengkaplah sekeluarga. Alhamdulillah. Cantiklah kalau ada ramai driver gantian😄. Lama dah tak mai Pahang ni.
Untuk penginapan kali ini aku memilih tinggal selama 2 malam di Pantai Batu Hitam. Apartment pilihan adalah Zara Suite, TimurBay Seafront Suites & Residence.
Perjalanan lancar aje, maklumlah hari Ahad jalan belum sesak lagi. Tunggu Isnin kalu, baru tau sesak ke tak sesak bila warga kota pulang semula dari cuti CNY.
Macam biasalah, otw tu singgah merata termasuk makan pagi kat medan selera Lekir, cendol kat Batang Kali dan yang paling wow, singgah makan patin tempoyak yang famous di Temerloh 👍👍
Anak-anak aku pantang nampak cendol nak aje menyinggah
Restoran Go' Bang Maju Temerloh ni memang ramai orang padahal dah pukul 5 petang... ada baca kata cawangan dia ada di Bangi dan Sri Rampai
Meletop. Kuah dia style pekat. Memang sedap rasa dia. Satu mangkuk ni RM12. Ada orang suggest Patin Bangau tapi masa aku lalu depa dah tutup
Singgah merata punya pasal, dah gelap baru sampai apartment. Check in tak sukar, ownernya hantar parents dia bagi kunci dan terangkan cara nak access masuk. Memang comel, bersih, kemas dan cantiklah apartment ni. Semua orang suka.
Deko yang menarik hati
Ada TV pun tengok gitu-gitu aje, adakah aku telah mencapai tahap percutian ala-ala mat saleh yang request tv diremove dari bilik? 😅
Dapur yang lengkap
View dari tingkap dapur
Paginya kami ke CFS. Tujuannya sebab wife aku ajak beli makanan serta minuman tambahan Haikal kat Taman Tas, jugak nak tengokkan bilik dia dan tolong susun apa yang patut. Aku tengok banyak jugak wife aku beli barang untuk anak aku ni. Udah mcm supermarket kecik nampaknya🤣🤣.
Ni kira kali kedua la masuk bilik dia lepas setengah tahun lebih dia duduk sini, hahaha. Tu dia Haikal, bilik dia kena inspection dengan warden asrama 😇
Ni kira kali kedua la masuk bilik dia lepas setengah tahun lebih dia duduk sini, hahaha. Tu dia Haikal, bilik dia kena inspection dengan warden asrama 😇
Cantik viewnya
Suasana malam agak sejuk dan sangatlah banyak angin
Santai nampak
Makan malam restoran depan apartment. Ikan masak stim dia sedap jugak
Makan pagi kedai depan apartment jugak... senang jalan kaki aje
Keropok ni depan apartment
Suasana apartment ni memang menarik. Cuma kolamnya tak begitu jernih, agaknya sebab ramai orang datang sempena CNY. Lagi satu seram jugak kami nak beria-ia mandi maklumnya sekarang ni tengah heboh pasal coronavirus. Ntahlah kebelakangan ni makin takut kami bila nampak geng ni, rasa macam nampak virus aje 😅
Macamanapun nak merasa, hari last tu sebelum check out mandilah juga kat pool sini, sambil mengelak-ngelak bila nampak depa datang dekat.
Suasana tepi pantai
Pantai sini memang luas dan panjang. Kami tak mandi pun
Habis mandi naik bilik kemas apa yang patut dan terus gerak. Singgah sana sini makan pizza bagai last last lewat petang jugak baru bertolak balik dari CFS. Selamat tinggal anakku... sampai jumpa lagi.
Alhamdulillah, perjalanan pulang pun lancar aje, maklumlah kebanyakan wargakota dah pulang semalam. Selamat.
Alhamdulillah, perjalanan pulang pun lancar aje, maklumlah kebanyakan wargakota dah pulang semalam. Selamat.
No comments:
Post a Comment